Tuesday, December 10, 2019

Travelog : Musafir ke Semporna, Sabah

السلام عليكم
Alhamdulillah, pada 15 November 2019 yang lalu aku telah berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke bumi Borneo buat pertama kali. Seperti biasa, trip kali ini aku pergi bersama-sama dengan Widad.

Jadi, aku nak kongsikan berkenaan dengan itinerary sepanjang kami berada di sana. Aku akan tulis posting bagi setiap perjalanan. Senarai di bawah hanyalah perjalanan secara kasar sepanjang kami berada di sana.

HARI 1
Balai Ketibaan Lapangan Terbang Tawau
0800 : Berlepas dari Alor Setar ke KLIA
1600 : Berlepas dari KLIA ke Tawau
2000 : Tiba di Lapangan Terbang Tawau
2100 : Bertolak ke Semporna *RM25*
2300 : Check-in penginapan di Monster Home *RM71.78* (2 malam)

HARI 2
Permandangan di Pulau Timba-timba
0800 : Tiba di Jeti Umum Semporna
0830 : Island Hopping *RM100* (termasuk makan tengah hari & permit)
  • Pulau Timba-timba (bergambar & snorkeling)
  • Pulau Mataking (makan tengah hari & snorkeling)
  • Pulau Pom-pom (snorkeling)
1630 : Tiba di Jeti Umum Semporna
2000 : Berjalan-jalan di sekitar kawasan penginapan

HARI 3
Bergambar kenangan semasa check-in di Dragon Floating Inn
0730 : Check-in di Dragon Inn Resort *RM105.89* per kepala sebab 2 orang kan
0800 : Tiba di Jeti Umum Semporna
0830 : Island Hopping *RM90* (termasuk makan tengah hari & permit)
  • Pulau Mabul *RM5* sebab masuk melalui sebuah chalet (makan tengah hari & snorkeling)
  • Pulau Kapalai (snorkeling)
  • Pulau Gusungan (melawat dari atas bot)
1600 : Tiba di Jeti Umum Semporna
2000 : Bersiar-siar di sekitar Pusat Pelancongan Laut Semporna *RM5* (tiket masuk)

HARI 4
Permandangan di pintu masuk hadapan Pasar Tanjung Tawau
0900 : Check-out penginapan
  • Membeli-belah barangan cenderamata
1000 : Bertolak ke Airport Tawau *RM25* 
  • Simpan bagasi di Pill Box Pharmacy, dalam Lapangan Terbang Tawau *RM5* per beg
1030 : Bertolak ke Pekan Tawau *RM15* (van)
1100 : Tiba di Pasar Tanjung Tawau
1300 : Makan tengah hari di Stharmin Cafe *RM37* per kepala (makan seafood)
1500 : Bertolak ke Lapangan Terbang Tawau *RM17* (grab) per kepala
1950 : Bertolak ke KLIA

HARI 5
1600 : Bertolak ke Alor Setar
1830 : Tiba di Alor Setar

Jumlah perbelanjaan kasar : RM 501.67 tidak termasuk tiket penerbangan, cenderahati dan makanan asas di sana. Murah, kan? Sebenarnya perancangan asal kami berdua ialah pakej island hopping selama 3 hari. Namun begitu, kami berubah fikiran kerana rugi rasanya jika tidak berkunjung ke Pasar Tanjung Tawau jika sudah berada di sana. Jika mahu lebih jimat, bawa barangan keperluan sahaja. Banyak juga wang yang kami belanjakan untuk check-in bagasi kerana berat beg melebihi 7kg.

Berikut saya sertakan nombor-nombor telefon yang boleh dihubungi jika berminat untuk ke sana :
  • Ciciek (Island Hopping) : 0128612046
  • Haziq (agen yang banyak membantu) : 0148826170
  • Van (taktau apa nama) : 0148577653
***

No comments:

Post a Comment