Sunday, March 25, 2012

ALLAH kata itu yang terbaik

السلام عليكم


Hari ni dah 25 Mac. Nampaknya sudah 4 hari berlalu meninggalkan 'HARI YANG MENDEBARKAN' itu. Alhamdulillah. Kalimat kesyukuran ini perlu diucapkan walau apa jua keputusan yang telah diterima. Redha. Ya, itu yang terbaik. Tapi redha juga tak bermakna kita perlu menerima keputusan itu tanpa sebarang rasa ingin memperbaiki kekurangan di masa lalu. Jangan pula terlalu berputus asa sampaikan kita tidak lagi mengharap daripada ALLAH. Na'uzubillah..

Kita kena ingat, keputusan yang kita terima adalah berdasarkan usaha di masa lalu. ALLAH dah kata itu yang terbaik. 

Sunday, March 18, 2012

Berdebarnya!! Hanya ALLAH yang tahu..

السلام عليكم

Alhamdulillah....
satu per satu perkara yang ditunggu-tunggu sudah berlalu.. dan kini yang masih menghantui minda, fikiran, mahupun apa sahaja yang dilakukan sekarang. Kalau minggu lepas masa kawan-kawan lain sedang hangat menceritakan mimpi mereka (tentang keputusan SPM), aku masih tidak merasa apa-apa.. Namun begitu, semakin dekat aku dengan hari yang dinanti-natikan itu, semakin berdebar-debar rasanya. Namun, segala-galanya telah tercatat di Luh Mahfuz.

Apa sahaja ketentuan ALLAH, harus diterima dengan hati yang redha. Mungkin itu yang TERBAIK buat kita. Memanglah semua orang hendakkan yang terbaik, tapi kadangkala apa yang kita semaikan itu tidak sejajar dengan apa yang kita impikan... Betul atau tidak?? Tepuk dada, tanya selera.. (tanya selera??!)

Friday, March 16, 2012

Formula Pemakanan dalam Islam


السلام عليكم

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. 
Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengketengahkankembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan dalam kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

___________________________________

Thursday, March 15, 2012

Bersama Adik-adik Tahun 6 SK Felda Batu Lapan

السلام عليكم

Alhamdulillah... akhirnya program yang dirancang telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, para waris dan izin daripada ALLAH. Tanggal 11-12 Mac lalu, sebuah program telah dijalankan kendalian bekas pelajar SK Felda Batu Lapan. Aktiviti ini hanya dijalankan separuh hari sahaja... (8.00am-1.00pm)

Pada mulanya program tersebut hampir-hampir sahaja dibatalkan kerana banyak masalah dan agak rumit untuk dilaksanakan. Namun, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik. Hasil musyawwarah dengan para guru, akhirnya program ini 'TERPAKSA' dijalankan jua. Namun, kita sentiasa perlu ikhlaskan diri dalam melaksanakan amanah yang dipikul. Terlalu banyak berfikiran negatif mampu mematahkan semangat. Walaupun demikian, berkat dorongan ibu ayah, rakan-rakan seperjuangan dan doa, perkara ini telah menjadi mudah dan mampu berjalan lancar.

Everything will make sense

HARI PERTAMA

Takziah buat adik Nurul Nadirah bt Abdullah

السلام عليكم

baru- baru ini negara kita telah dihangatkan dengan satu berita tentang kehilangan adik Nurul Nadirah bt Abdullah ataupun yang lebih dikenali sebagai Dirang oleh ahli keluarganya. Dipercayai hilang sejak 1 Mac lalu, ketika keluar ke kedai.

Ibu mangsa juga telah menerima satu SMS ugutan berkenaan kehilangan anaknya itu.

 

Nurul Nadirah bt Abdullah

Kehilangannya disedari selepas bapanya pulang bekerja kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa dipercayai dibunuh dahulu sebelum dibakar dan dicampakkan ke ladang kelapa sawit bagi menghilangkan bukti. Rangka manusia rentung yang dijumpai oleh pihak polis SAH milik Dirang.

Innalillah wainna ilaihi raji'uun...

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah bt Abdullah. Semoga rohnya aman di sana. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya...

La tahzan 

Wednesday, March 7, 2012

Teman sejati

السلام عليكم

Alhamdulillah... ALLAH masih sayangkan kita. Jadi, sampai sekarang masih lagi diberi kesempatan menumpang di atas bumi pinjaman-Nya.

Kadangkala kita diuji. Tapi kita tak sedar benda yang datang itu adalah satu ujian buat kita. Ujian bukan sahaja kesusahan, bahkan kesenangan juga satu ujian.

Burden

Tatkala diri dilanda kesusahan, ramai orang cakap waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk menilai siapa sahabat yang sebenarnya. Walaupun berat, namun mereka sudi menemani kita untuk sama-sama terus kuat. Kita tahu, kita sendiri tidak mampu menghadapi dugaan itu, namun mereka masih tersenyum.

Thursday, March 1, 2012

Pergaduhan Lima Jari

السلام عليكم

Pernah dengar atau tidak tentang pergaduhan lima jari??

_______________________

Pada suatu petang yang agak teduh, angin bertiup sepoi-spoi bahasa, maka terdapatlah seorang lelaki ni nak pergi beli cincin. Tapi tidak pastilah cincin itu untuk siapa. Setelah masuk ke kedai cincin tadi, si lelaki tersebut sedang memerhatikan cincin manakah yang layak menghiasi jari-jemarinya itu. Belek punya belek, jadi si lelaki tadi dah pilih cincin yang berkenan di hati. Tiba-tiba......

''jari mana nak pakai ni???''

Masa hendak mencuba cincin di jari, kelima-lima jari tadi bergaduh antara satu sama lain. 

IBU JARI ; akulah yang sepatutnya menyarung cincin tu! aku kan IBU jari, lagipun aku yang paling besar dan tua....

JARI TELUNJUK ; akulah!! aku yang paling layak sebab aku sering digunakan oleh tuan kita. Kalau nak tunjuk apa-apa, aku yang sering digunakan...

JARI HANTU ; Aku yang paling panjang.. aku berada di tengah-tengah... maka akulah yang paling layak menyarung cincin yang cantik itu!!

JARI KELINGKING ; Tidak! Aku yang paling kecil, aku yang bongsu. Jadi aku yang paling sesuai memakainya.

tetapi jari manis diam tak berbicara. Tiada apa yang boleh dibuat hujah. Oleh sebab itulah Tuan  cincin tadi membuat pilihan untuk menyarungkan cincinnya ke jari manis. Perkara itu berlanjutan sehingga sekarang.... Cincin akan disarungkan ke jari manis si pemakai..... sebab tu jugalah namanya JARI MANIS. 


________________________

p/s; sekadar bercerita. tiada bukti kesahihan mengenai cerita di atas....