Wednesday, February 29, 2012

Program Waktu Cuti?

السلام عليكم

Semalam ayah pulang dari Mesyuarat PIBG sekolah dengan membawa sebuah berita yang aku sendiri tidak pasti akannya. Amanah yang ayah galaskan ke atas aku dan kawan-kawan aku rasakan seperti berat untuk dipikul.

Cuti sekolah Mac ini. Aku dan rakan-rakan diberi amanah untuk mengadakan sebuah program kepada adik-adik sekolah rendah kami dahulu. SK Felda Batu 8. Memandangkan aku dan rakan-rakan masih belum memasuki mana-mana institusi pengajian tinggi dan masih menunggu keputusan SPM. Walaupun begitu, kami sendiri belum pasti aktiviti bagaimanakah yang bakal diadakan.Aku cuma berharap agar ramai rakan-rakan yang mahu melibatkan diri secara sukarela. Masing-masing ada yang bekerja sambilan, ada yang sudah melanjutkan pelajaran, ada juga yang kelapangan.

Kami bukanlah mahir apatah lagi profesional dalam hal-hal sedemikian. Namun, InsyaALLAH aku dan rakan-rakan bakal melakukan yang terbaik demi membantu adik-adik. Moga-moga niat kami ini mendapat izin-Nya dan dipermudahkan segala urusan. Amin.

memberi walaupun tidak seberapa


p/s; moga-moga program tersebut berjalan lancar. amin

kita merancang, ALLAH jua yang menentukan

Tuesday, February 28, 2012

Jenis-jenis Nafsu

السلام عليكم

terlalu banyak pilihan


Hari tu ada cakap pasal nafsu. Jadi, hari ni nak sambung lagilah pasal nafsu ni.Saya petik daripada sebuah buku  yang telah dibeli kira-kira dua tahun yang lalu. Buku ini memperincikan tentang definisi nafsu manusia.

Di dalam al-Quran, hawa nafsu ini banyak disebutkan bagi menunjukkan diri manusia itu sendiri. Merujuk kepada kamus dan kajian tasawuf, naf's mengandungi empat erti ;

  1. kekuatan hawa nafsu amarah, syahwat dan perut yang terdapat dan  jiwa manusia dan merupakan sumber bagi timbulnya akhlak.
  2. Jiwa rohani  yang bersifat 'Lathif' (lembut), 'Quddus' (suci)' rohani dan 'Rabbani'. Pengertian kedua ini merupakan hakikat diri dan zat manusia kerana fungsinya amat besar dalam kehidupan.
  3. Sama jenis, sama bangsa seperti yang diertikan di dalam surah an-Nuur ayat 61.
  4. Kehendak, kemahuan, dan nafsu-nafsu atau dengan kata lain, 'nafs' merupakan kekuatan penggerak yang membangkitkan kehiatan di dalam diri makhluk hidup dan mempengaruhi segala pergerakan tingkah laku serta mengarahkannya pada suatu tujuan atau berbagai tujuan.
_________________________________


Menurut kitab Al-Jilli di dalam kamus Tasawuf, 'nafs' dibahagikan kepada lima jenis iaitu;

An-Nafs Al-Hawaniyah (Jiwa Kebinatangan)

iaitu jiwa yang patuh secara pasif kepada dorongan-dorongan alami.

An-Nafs Al-Ammarah (Jiwa yang memerintah)

iaitu jiwa yang suka memperturutkan kesenangan syahwat tanpa mempedulikan perintah dan larangan ALLAH SWT.

An-Nafs Al-Mulhamah (Jiwa yang menerima ilham)

iaitu jiwa yang mendapat bimbingan Tuhan untuk melaksanakan kebaikan.

An-Nafs Al-Lawwamah (Jiwa yang menyesali diri sendiri)

iaitu jiwa yang goyah dalam pendiriannya.

An-Nafs Al-Muthmainnah (Jiwa yang tenteram)

iaitu jiwa yang menuju Tuhan dalam keadaan tenang dan berada di sisi Tuhan dalam keadaan tenteram.

Sunday, February 26, 2012

Program Tv menyentuh jiwa

السلام عليكم
Monkey Winks Cici
InsyaAllah, hari ini saya akan membicarakan tentang satu program TV yang berunsurkan keIslaman. Sungguh menyentuh jiwa dan perasaan. Objektif program ini adalah untuk membudayakan sifat-sifat Rasulullah S.A.W dalam masyarakat hari ini. 

LAU KANA BAINANA
"seandainya baginda masih bersama kita"

dan salah satu episod yang mampu menyentap perasaan ialah episod di bawah ini.. 



lihatlah bagaimana reaksi seorang wanita apabila soalan "Pernah anda terfikir, jika baginda Rasulullah S.A.W. datang dan baginda duduk di sisi anda. Walaupun hanya untuk satu minit. Apakah yang akan anda katakan kepada baginda?"

Allahuakbar!!
Salam dan selawat ke atas Baginda......


p/s; bersiaran pada Ahad, 8.30 malam di tv al-HIjrah..    

Sunday, February 19, 2012

Sampai macam ni...

السلام عليكم

Astagfirullah... tadi sempat jalan-jalan dekat facebook. Kemudian, ada seorang insan ni  postkan gambar yang telah disnap dari akaun seseorang. Saya pun tak kenal. Cuba baca....





Ada komen? Astaghfirullah... kita sama-sama lah mendoakan agar mereka diberikan petunjuk dan hidayah daripada ALLAH S.W.T.

p/s;
sedih..sedih...

"Mak Cik nak ke mana?"

السلام عليكم

Sore tadi aku keluar ke pekan Jitra bersama beberapa teman yang lain. Sewaktu menunggu bas untuk pulang, kulihat ada seorang Mak Cik yang mundar-mandir juga turut menunggu bas. Raut wajahnya telah menggamit hatiku untuk meletakkan rasa kasihanku padanya. Entah mengapa. Aku sengaja ingin menegurnya dengan pertanyaan yang ringkas. "Mak Cik nak ke mana?".. Dia diam lantas memberi isyarat kepadaku. Aku faham akan maksudnya. Lalu aku berpaling ke arah lain sambil memerhatikan kenderaan yang menderu deras di atas jalan raya. Mak Cik yang aku tegur sebentar tadi rupa-rupanya bisu. Kasihan. Aku benar-benar tidak tahu apa  reaksi yang harus aku berikan sejurus dia memberi isyarat bahawa dia tidak boleh berkata-kata. Mak Cik itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tangannya membuat isyarat 'tidak boleh'di bahagian bibir.

Subhanallah...aku bersyukur kepada-Mu kerana masih diberi nikmat yang tak semua orang dapat. Bila difikir-fikirkan balik, walaupun ALLAH tak kurniakan insan-insan seperti Mak Cik tadi kebolehan berkata-kata, tapi mereka dah terlepas dosa-dosa yang orang lain selalu buat. Contohnya macam dosa mengumpat, dosa maki hamun, dosa memfitnah, dan lain-lain lagi dosa yang melibatkan kata-kata. Macam gambar-gambar di bawah ni...-->



elakkanlah...
SESUNGGUHNYA.........



Jadi,buat muhasabah diri sendiri dan teman-teman, kita ni diuji oleh ALLAH S.W.T bukan saja di kala kesusahan, kesedihan, kehilangan dan perkara-perkara yang menyentap jiwa sahaja, tapi nikmat juga merupakan satu ujian untuk kita. Kita berdoa, merintih agar diberikan nikmat, kebahagiaan... tapi bila sudah dapat, adakah kita mengingati ALLAH? Mulut, lidah bukan saja-saja ALLAH beri. Tapi ada sebabnya. Sejauh mana kita dapat 'bertahan' dengan nikmat-nikmat yang ada sekarang? Kita yang pilih.. ke mana arah jalan untuk kita gunakan nikmat-nikmat ALLAH.
ingat tu!!
**__________________________________________**



Firman ALLAH S.W.T;

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Al-Maidah;ayat 7



Sunday, February 12, 2012

Tak Cukup Lagi??

السلام عليكم

Kadangkala aku berfikir sendirian, awatlah aku tak dapat macam orang lain dapat? Bila dah dapat, hendakkan yang lebih hebat pula.Tak henti-henti mengkehendakkan sesuatu yang lain walaupun apa yang telah diberi sudah lebih dari mencukupi. 


Wait Here...


Remaja. Apabila melihat rakan-rakan sudah ada telefon bimbit masing-masing,hati meronta-ronta untuk mendapatkannya. Bila sudah dapat,

Saturday, February 11, 2012

Kanak-kanak dan Imaginasi

السلام عليكم

Setiap perkara yang terjadi pasti ada peringkatnya. Untuk menjadi seorang manusia, kita bukannya dilahirkan terus menjadi dewasa. Bahkan, kita terlebih dahulu melalui beberapa peringkat tertentu sebelum bergelar manusia.

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta.
al-Mukminun;ayat 14

Semasa lahir, kita masih bayi,kemudian membesar menjadi kanak-kanak, remaja, dewasa dan meniti usia tua... Begitulah peringkat-peringkat usia seorang homosapien.

Semasa menjalani peringkat-peringkat tersebut,sudah pasti ramai yang mengatakan zaman kanak-kanak ialah suatu memori yang takkan dapat dilupakan. Pelbagai karenah dan sikap yang kadangkala aneh telah dilakukan suatu ketika dahulu. Semasa kecil, kita mula merangkak dan bertatih-tatih untuk berjalan. Pengalaman pertama memegang sebatang pensil ataupun pensil warna juga merupakan suatu proses pembesaran. Semasa membesarlah imaginasi amat diperlukan untuk mempelajari sesuatu perkara. Apa tidaknya, bayangkanlah detik-detik pertama kita memegang pen atau pensil. Ibu atau bapa kita akan cuba mengajar kita menggenggamkan tangannya sambil memegang jari-jemari kita yang masih comel itu. 

DAN.....

Sunday, February 5, 2012

Ulangtahun keputeraan Rasulullah S.A.W

Inspired by Muhammadالسلام عليكم

Alhamdulillah...hari ini 12 Rabi'ul awal 1433h. Ulangtahun keputeraan kekasih Allah; pemimpin teragung; tokoh  terhebat; dan Rasul kita semua umat Islam... Baginda ialah Nabi Muhammad S.A.W... jadi, wajarlah untukku menukilkan beberapa perkara mengenai baginda Rasulullah S.A.W. Walaupun sekadar menerbitkan beberapa keping gambar yang bukanlah ciptaanku sendiri. Tetapi,apa yang lebih penting ialah kecintaan terhadap baginda bukan sahaja dapat ditunjukkan melalui sambutan seperti perarakan sahaja, bahkan banyak lagi. Menghidupkan sunnah Rasulullah juga merupakan salah satu cara kita menunjukkan rasa cinta terhadap baginda. Oleh itu,marilah kita berselawat ke atas Baginda Rasulullah S.A.W serta ahli keluarga Baginda. Ops!! Bukan hari ini sahaja..tetapi jadikanlah amalan dalam kehidupan seharian!!!!!


hayati kata-kata ini






dari Ibnu Abbas r.a bahawa Nabi S.A.W. yang berkata; "Barangsiapa yang berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerosakkan pada umatku, maka baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam riwayat Thabarani Abu Hurairah ada sedikit perbezaan,iaitu katanya ; Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib wat-Tarhib)




wallahu 'alam....
XD