Tuesday, September 5, 2023

Misi Sebelum 2023 Berakhir!

السلام عليكم

Bismillah. Sebelum mengakhiri tahun ini, aku berazam untuk menjadikan diari 2023 aku berakhir dengan perkara-perkara yang best! Antara benda yang boleh aku buat, dan tak perlu mengharapkan orang lain pun. Sekarang ni dah masuk September. Jadi, aku cuma ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum menutup tirai tahun ini.

Ya, age is just a number. But, do you know that every number is counted! So do you. 

Inshaa Allah, semoga Allah mudahkan niat aku untuk :

1. Merapatkan diri dengan Allah

Aku berazam untuk turun ke masjid setiap hari untuk solat Maghrib dan Isyak berjemaah. Aku dah lama sangat teringin nak buat tapi bila mengenangkan kenderaan aku dan faktor lokasi yang agak jauh, aku jadi lemah. Semoga satu hari nanti Allah hadiahkan aku sebuah kereta kat Bintulu ni supaya mudah untuk aku bergerak ke masjid dan menghadiri majlis-majlis ilmu.

Selain tu, aku berusaha untuk melazimi amalan-amalan sunat sambil perbaiki amalan yang wajib. Aku cuba!!!!

2. Hidup dengan lebih sihat

Sekarang ni aku perasan berat badan aku semakin bertambah. Jadi, aku berazam untuk jadi lebih sihat dan happy. Aku rasa aku kena paksa diri aku keluar petang-petang. Briskwalk atau jogging. Aku kena buat grounding. Supaya cas-cas negatif boleh transfer keluaq.

3. Travel

Aku dah lama sangat teringin nak solo travel ke mana-mana. Tapi aku tau, bahaya kan. Dekat Bintulu ni pergerakan aku agak terbatas disebabkan aku cuma boleh naik skuter sahaja kalau nak ke mana-mana. Jadi pergerakan aku terbatas dan tak dapat nak pergi jauh. Tapi takpa, kita manfaatkan apa yang mampu sahaja. Balik cuti nanti inshaa Allah aku cuba cari peluang untuk laksanakan apa yang aku nak.

4. Gembirakan family

The most precious people. Antara BIG WHY aku kuatkan semangat ialah keluarga aku. Aku berazam untuk bawa mak dan adik jalan-jalan, pi tempat yang best, spend masa yang ada semaksimanya. Kita tak tau sapa yang Allah akan ambik dulu.

5. Beli apa yang aku nak

Banyak benda yang aku dah lama teringin nak beli tapi asyik tunda. Kebanyakannya barang dalam bilik aku dan jugak pakaian. Tapi tengok bajet jugak la nanti.

Semoga 2023 berakhir dengan baik-baik saja. 

Monday, September 4, 2023

A Lesson to Learnt

السلام عليكم

Alhamdulillah, Allah masih memberi nikmat bernafas.
Cuma kesihatan aku agak terganggu sejak akhir-akhir ni. Aku batuk tak berhenti. Harini dah mula mengajar dan kesihatan aku agak membataskan aku daripada bercakap dengan lantang semasa mengajar.

Hari ini, aku belajar untuk menjadi seorang yang lebih kuat dan tak perlu bergantung dengan sesiapa. Hari ni, aku belaja bahawa aku perlu menghargai insan yang menyayangi aku, iaitu keluarga aku. Aku belajar bahawa sesiapa saja yang datang dalam hidup aku, boleh pergi begitu sahaja dengan kuasa Allah.



Sebagai manusia, kita memang tak sempurna dan takkan pernah jadi sempurna. Itu sifatnya. Aku terluka kerana aku meletakkan harapan kepada makhluk yang lemah. Barangkali melebihi pengharapan aku kepada Allah. Astaghfirullah. Tak sepatutnya begitu. Aku tahu.

To whoever came to my life, I just wanna thank you for everything you had done. 

..TBC

Saturday, January 21, 2023

Hilang

السلام عليكم



Bismillah. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan untuk aku bernafas, dan menulis sebuah coretan.

Alhamdulillah, sudah memasuki 10 bulan berkhidmat di bumi Sarawak. Tak pernah terjangkau dek fikiran akan bekerja di sini. Allahuakbar.

Tahun ini usiaku menginjak lagi satu angka. Ketika ini, satu per satu rakan-rakanku yang akrab sudah membina kehidupan sendiri. Aku agak sedih sebenarnya. Dahulu mereka banyak bercerita kepadaku seandainya ada masalah. Aku pun sama.

Namun kini, apabila mereka sudah punya kehidupan sendiri aku terasa seperti ditinggalkan. Tidak pula aku berniat untuk mengganggu mereka. Aku faham masing-masing punya privasi yang harus aku hormati. Aku tidak kurang seperti arkib menyimpan masalah orang sahaja.

Ada waktunya aku juga memerlukan tempat untukku meluahkan rasa dan menceritakan masalah. Hanya diari dan blog ini sahajalah yang menjadi tempat aku meluahkan rasa. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buatku.

Habis kuluahkan kepada-Nya yang Maha Mendengar. Dia sedang menghantarku ke suatu destinasi yang misteri. Aku yang sedang melalui takdir-Nya tidak tahu apa yang sedang menanti di hadapan sana. Walau kurasa berat dan tidak mahu melangkah, namun aku perlu tetap melangkah walau perlahan.

Pada usia ini aku terasa seperti kehilangan sahabat-sahabat baikku. Satu per satu. Sedih, kosong itu pasti terasa. 

Jika dahulu, aku akan hiking ke mana-mana tempat yang berdekatan untuk aku bahagiakan diri sendiri. Namun sekarang Allah uji aku. Aku tak punya kenderaan yang sesuai dan aku takda rakan-rakan yang boleh aku ajak sesuka hati. Tambahan pula, tempat di sini agak jauh jika aku nak ke sana.

Tak apa. Aku tetap akan bersabar menanti apa yang Allah dah susun untuk aku. Aku kena kuat dan yakin dengan takdir-Nya.

Allah takkan beri sesuatu untuk sia-siakan hamba-Nya. Dia Maha Tahu yang terbaik, maka pasti yang terbaik juga Dia akan bagi untuk aku. Inshaa Allah aminn..