Sunday, March 18, 2012

Berdebarnya!! Hanya ALLAH yang tahu..

السلام عليكم

Alhamdulillah....
satu per satu perkara yang ditunggu-tunggu sudah berlalu.. dan kini yang masih menghantui minda, fikiran, mahupun apa sahaja yang dilakukan sekarang. Kalau minggu lepas masa kawan-kawan lain sedang hangat menceritakan mimpi mereka (tentang keputusan SPM), aku masih tidak merasa apa-apa.. Namun begitu, semakin dekat aku dengan hari yang dinanti-natikan itu, semakin berdebar-debar rasanya. Namun, segala-galanya telah tercatat di Luh Mahfuz.

Apa sahaja ketentuan ALLAH, harus diterima dengan hati yang redha. Mungkin itu yang TERBAIK buat kita. Memanglah semua orang hendakkan yang terbaik, tapi kadangkala apa yang kita semaikan itu tidak sejajar dengan apa yang kita impikan... Betul atau tidak?? Tepuk dada, tanya selera.. (tanya selera??!)


Namun, ada juga insan-insan istimewa yang ALLAH sudah sediakan sesuatu yang lebih baik untuk mereka. Nak tahu siapa? Mereka yang selalu berusaha sehabis baik tetapi masih belum mendapat ganjaran yang mereka inginkan yakni sejajar dengan usaha mereka. Kenapa mereka istimewa? kerana ALLAH inginkan mereka untuk terus berdoa dan berdoa kepada-Nya memohon kejayaan dan kebaikan buat diri mereka. Apa yang pasti, ALLAH telah merencanakan sesuatu yang lebih hebat daripada yang mereka sangkakan... bersangka baiklah kepada ALLAH...

ini sedikit kata-kata yang masih saya ingat daripada seorang sahabat saya; Nur Aleea Low.

"barangkali kejayaan itu akan membuatkan kita jauh daripada ALLAH dan kegagalan itu lebih mendekatkan diri kita kepada-Nya. Jadi, ALLAH tangguhkan dahulu kejayaan itu daripada menjadi milik kita.Jangan terlalu mengharap perkara yang kita inginkan itu menjadi milik kita kerana takut kekecewaan itu mampu meracuni diri. Ingatlah, perancangan ALLAH itu adalah yang terbaik buat hamba-hambaNya.."


To be the happiest 


___________________________

kata-kata ini sedikit sebanyak mampu membuatkan saya lebih bersedia untuk menghadapi keputusan yang bakal menjelma ini. Jadi, banyakkan berdoa kepada ALLAH.. Masih belum terlewat.. kejayaan itu ada di mana-mana... banyak lagi perkara yang perlu kita tempuhi kerana perjuangan itu tidak hanya di sini..
____________________________

baiklah, sebagai persediaan untuk melangkah ke alam yang lebih 'matang' saya nak kongsikan sedikit; beberapa info untuk 'budak-budak' SPM 2011 mahupun mereka yang sewaktu dengannya.. Untuk memasuki universiti dalam negara, anda perlulah mengisi borang UPU secara online ( semua dah tahu rasanya)
tetapi?? macam mana nat tahu sama ada kita dan kos yang dipilih itu benar-benar sepadan?? baiklah, setelah mendapat keputusan SPM mahupunSTPM, bolehlah ke laman web >>ini<<  untuk mengetahui sama ada keputusan kita itu layak untuk kos yang dipilih..

baiklah... rasanya setakat itu sahaja luahan, catatan mahupun bingkisan untuk kali ini.. sebarang komen, kata-kata atau kritikan bolehlah diajukan kepada.....(eh, macam rancangan tv pulak)

apa-apapun, saya memohon maaf kepada sesiapa yang mengenali saya. MAAF andai saya pernah menyakiti hati sesiapa ( bermaaf-maafan bukan hanya di Hari Raya tau..)
doakan saya dan rakan-rakan yang lain medapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2011..

3 HARI LAGI!!


Pray 

Wassalam...

1 comment:

Anonymous said...

Salam, boleh saya dapatkan email Aleea? saya kawan baik dia di sekolah dahulu. email saya di anafisha96@yahoo.com

Jazakallah :)

-Ana