Tuesday, June 4, 2013

Masa Lapang bersama #TeenACE & MPPB Kolej Matrikulasi Kedah 2013/2014

السلام عليكم

Air yang bertakung tidak mengalir akan di rosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan di bunuh oleh masa lapangnya itu..
 Pepatah ini saya jumpa dalam sebuah buku karangan Ustaz Hasrizal Abd Jamil. maksudnya kena tepat pada saya. Inche Gabbana pun pernah kata, seorang dai'e takkan pernah ada masa lapang.

jadi, macam mana nak pastikan yang kita ni sentiasa sibuk? sibuk di sini adalah sibuk dengan perkara-perkara kebaikan. bukannya sibuk dengan benda-benda sia-sia.

sebagaimana firman Allah di dalam surah al-Mukminuun ayat 1-3 yang bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya. (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. (3) 
misalannya, setelah tamat sahaja pengajian di matrikulasi memang sangat-sangat free. free ni lah racun yang paling berbisa. dulu masa banyak kerja, sibuk sampai tak sempat nak relax... teringin nak lapang.tapi sebenarnya saya teringin nak sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti persatuan atau apa-apa saja sebab saya tak perlu habiskan masa berangan, lepak-lepak... last-last menyesal sebab buang masa.

jadi, sementara ada kesempatan, saya nak promote sikit sebuah program anjuran Langit Ilahi.
nak tau serba sedikit tentang program ni, sila berkunjung ke page ni --> http://langitilahi.com/teenace/
bayarannya insyaAllah tidaklah terlau mahal atau tidak terlalu murah... "just fine"
jika berminat, bolehlah isi form kat page ni --> https://docs.google.com/forms/d/1Zl41aVBBSsTev9D8NU5ACtbUoLDUWpM6pC0Y1Qym7dQ/viewform

_________________________________________
MINGGU PENGURUSAN PELAJAR BAHARU

sebagai alternatif, saya telah mengikuti MPPB 2013/2014 di Kolej Matrikulasi Kedah yang berlangsung minggu lalu. alhamdulillah berjalan dengan lancar dengan izin Allah. seramai lebih kurang 130 orang alumni dan juga pelajar KMK batch sesi lepas yang telah suka dan rela menjadi PF (pembantu Fasilitator) bagi MPPB kali ini.

Kepada para PF dan juga pensyarah yang meguruskan MPPB kali ini, kami telah tiba di KMK 3 hari lebih awal sebelum 'adik-adik' baru mendaftar. 3 hari pertama agak relax. cuma pembahagian tugas dan briefing tentang tugas-tugas (actually amanah) yang bakal kami semua galas. 

hari pertama.. saya dan beberapa orang sahabat lain telah ditugaskan untuk mengawal lalu lintas. alhamdulillah... dengan bantuan daripada para pensyarah, staf, pengawal, RELA, dan beberapa orang polis peronda... kami berjaya menguruskan kesesakan biarpun pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi. sehinggakan ada yang tak sempat makan. sarapan pun dah 'combine' dengan makan tengah hari. memang best. tak menang tangan, tak menang lidah... 


setelah cari parking, kenalah mendaftar......


lepas daftar, masuk bilik..cup katil... 


lepas tu ada taklimat.......


malamnya.... ada perjumpaan dengan pengarah, pengenalan dengan PF-PF ..


hari kedua.... dan seterusnya... cuma kali ni lepas kuliah Subuh (muslim) dan Kuliah Moral (non-Muslim) students akan terus bergerak ke padang, kali ni senamrobik dah tak da. cuma hari last ja. sepanjang MPPB, students ni dibahagikan kepada beberapa buah rumah sukan antaranya rumah Changloon, Sintok, Malau, Asun, Jitra, Napoh, Kodiang, Hosba...

objektif kali ni adalah untuk mencungkil bakat bagi SIPMA. satu kejohanan baru yang kami sendiri belum pernah dengar. sebab dulu ada KAKOM ja.

alhamdulillah... nampak para PF dan students enjoy dengan aktiviti riadah kali ni. ada perbarisan, dah macam  hari sukan betul.

antara aktiviti sepanjang MPPB (standard lah..) tiap-tiap kali MPPB programnya hampir sama.

__mentor-mentee__

__riadah__

__kuliah di masjid__

      
pengalaman?? memang penat. PF kena bangun awal, ada yang kena kejut Subuh tapi 4.30 dah bangun, tidur pulak 2 pagi. setiap malam PF akan ada post mortem antara kami, dan para pensyarah. walaupun adik-adik tak suka kakak-kakak dan abang-abang rush depa, tapi itulah satu-satunya perkara yang tak asing kalau orientasi. (ingat kami suka nak marah-marah?..tak suka pun) memang bersalah sangat nak paksa suruh 'cepat!! cepat!!' padahal nampak yang depa dah habes langkah dah... sori noh adik-adik!! nanti apply jadi PF, boleh buat kat batch akan datang pulak... 

dan..inilah wajah-wajah PF


*tulang belakang MPPB*
Sir Kherul Jefri
madam Maira
madam Zahiah
miss Aza & cik Ita
serta ramai lagi..... :)

tak semua ada....nak tengok lagi, sila ke page ->https://www.facebook.com/media.kmk

dan akhir sekali, PF telah diberi penghargaan dengan satu jamuan di New Regency Hotel, Alor Setar. jutaan terima kasih buat Para Pensyarah, MT MPPB, para PF, Pakcik supplier makanan kami, kilang baju, adik-adik dan semua sekali yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan MPPB kali ini. kenangan yang terpahat sukar dilupakan..insyaAllah..... jumpa lagi!!!! ma'assalamah!!


No comments:

Post a Comment