Thursday, March 15, 2012

Bersama Adik-adik Tahun 6 SK Felda Batu Lapan

السلام عليكم

Alhamdulillah... akhirnya program yang dirancang telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, para waris dan izin daripada ALLAH. Tanggal 11-12 Mac lalu, sebuah program telah dijalankan kendalian bekas pelajar SK Felda Batu Lapan. Aktiviti ini hanya dijalankan separuh hari sahaja... (8.00am-1.00pm)

Pada mulanya program tersebut hampir-hampir sahaja dibatalkan kerana banyak masalah dan agak rumit untuk dilaksanakan. Namun, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik. Hasil musyawwarah dengan para guru, akhirnya program ini 'TERPAKSA' dijalankan jua. Namun, kita sentiasa perlu ikhlaskan diri dalam melaksanakan amanah yang dipikul. Terlalu banyak berfikiran negatif mampu mematahkan semangat. Walaupun demikian, berkat dorongan ibu ayah, rakan-rakan seperjuangan dan doa, perkara ini telah menjadi mudah dan mampu berjalan lancar.

Everything will make sense

HARI PERTAMA



DEDIKASI ; Solehah, Maziana, Nadiah, Aliah, Suliza, Wahida Aisyah &Intan
Hari yang amat memenatkan dan agak kelam kabut. Almaklumlah, banyak perkara yang telah dirancang perlu dipastikan berjalan dengan sempurna. Memandangkan kawasan lapang di sekolah agak terhad, cuaca yang agak panas biarpun masih pagi, kami terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti. Slot pertama ialah ice breaking. Selepas selesai memperkenalkan diri kepada adik-adik, para fasilitator masuk ke dalam kumpulan.

slot kedua

Seperti biasa, setiap kumpulan perlu ada nama masing-masing dan mempersembahkan kepada para fasilitator dan rakan-rakan mereka yang lain.


Selepas tamat slot presentation tadi, barulah mereka diberikan 'senjata' untuk menyertai program ini.(p/s- program ini hanya untuk subjek matematik sahaja sebab subjek lain tak sempat nak ulangkaji)

Barang amanah yang diberikan tersebut adalah hasil kreativiti saudari Nadiah.. Dalam tisu yang diikat tersebut ada rempah ratus, guala garam dan macam-macam  lagi. Tujuannya dalah untuk menguji setakat mana kemampuan mereka menjaga amanah tersebut.


Seterusnya tibalah masa untuk para fasilitator menjadi 'guru praktikal' sementara. Segala keupayaan kami kerah untuk menolong adik-adik memahami MATEMATIK yang sebenarnya.. Namun begitu, ada satu kejadian yang takkan mampu dilupakan. Semasa mengajar mereka tentang pembahagian nombor yang agak besar. Tiba-tiba mereka beramai-ramai menyuruh aku yang di hadapan menyelesaikan soalan dengan menggunakan 'sifir gabung'. Aku yang sedang semangat mengajar tercengang sesaat. ;-)
SIFIR GABUNG??
Lantas seorang adik dipanggil ke hadapan bagi menerangkan kepada rakan-rakannya (termasuk kami) apa itu 'sifir gabung'...


oh.. macam tu rupanya. Dah lama kami ( kakak-kakak) meninggalkan teknik sebegini. Almaklumlah, bila sudah masuk ke sekolah menengah, kalkulator sentiasa di tangan.

HARI KEDUA


hari kedua adalah hari yang paling seronok bagiku kerana kami sudah mengenali adik-adik dan aktiviti yang dijalankan agak santai dan banyak permainan. Tetapi di sebalik permainan itu, kami selitkan unsur-unsur pembelajaran (^_^) sedikit..

treasure hunt

Alhamdulillah.. pagi itu cuaca amat baik sekali dan sesuai untuk dijalankan aktiviti-aktiviti outdoor macam senaman pagi, bola beracun, treasure hunt, blind train dan macam-macam lagi.. Syarat-syarat untuk treasure hunt ialah mereka perlu mengumpulkan soalan di setiap checkpoint. Juara diadili dengan mereka yang tiba di checkpoint terakhir yang paling awal dan mereka yang berjaya menjawab kesemua soalan m3 dengan betul.

Kemudian, kami membuat game yang boleh memecahkan lemak iaitu bola beracun (biasa-biasa saja).
Selepas itu barulah blindtrain  dijalankan..


objektif;
  • merasai kesusahan yang dialami oleh mereka yang tiada daya penglihatan...
  • mengasah nilai fokus dalam diri
  • membina sikap kerjasama antara ahli kumpulan

Selesai sahaja bermain, penat dsb, kami menjamah nasilemak yang telah ditempah oleh Cikgu Tahar. Biarpun ala kadar, tetapi kami puas.

Cuaca di luar semakin panas dan bahangnya masih menggigit tubuh kami. (wah...puitis)
Jadi tibalah masa untuk klimaks program ini.. iaitu slot MUHASABAH.. Solehah menjadi pengendali slot ini dengan bantuan muzik latar belakang. Slot ini juga boleh digelar slot 'tidur' kerana ada dalam kalangan mereka yang tertidur.. Ada juga yang teresak-esak menangis...




Usai sahaja slot muhasabah, kami bersiap sedia untuk acara terakhir iaitu PENYAMPAIAN HADIAH...
Setiap kumpulan mendapat hamper bernilai RM20 setiap satu..



program ini bukan sahaja menjadi program untuk adik-adik sahaja, bahkan seolah-olah reunion buat kami rakan-rakan......

TERIMA KASIH diucapkan kepada adik-adik, rakan-rakan, mak ayah, cikgu-cikgu serta mereka yang telah terlibat dalam menjayakan program ini!!! SYUKRAN, DANKE SCHON, THANK YOU...

Diharapkan agar program ini mampu memberi 1001 manfaat buat kita semua... amiin.

No comments:

Post a Comment