Monday, January 16, 2012

Bahasa di Asrama~~

السلام عليكم

sebenarnya dah tau nak post tentang apa. Tiba-tiba teringat pulak kehidupan di asrama. Apa yang speselnya asrama? Banyak.... Antaranya boleh menambahkan vocabulary kita.. Iyalah, kalau dekat luar tak tentu lagi boleh jumpa perkataan-perkataan aneh macam ni. Tapi tak semua asrama menggunakan term yang sama. Apa yang disenaraikan dekat bawah ni adalah term yang seringkali digunapakai di SAINA. 


capab

program menCARI PUBLISITI....tak tau nak letak gambar apa..

~ capab ni singkatan daripada CARI PUBLISITI. Atau selalunya digelar kepada seseorang yang suka menonjolkan dirinya dalam sesuatu perkara.

tapau


 ~ tapau juga singkatan daripada TUPPERWARE. Maksudnya membungkus makanan ataupun mengambil makanan yang diletakkan kat dalam bekas makanan. 

kalat 


~ pelik juga bunyi ni. Asalnya daripada KALKULATOR. Tapi tak tahulah siapa yang memendekkan perkataan tu sampai bunyinya jadi 'KALAT'.

palab 
~ yang ni... short term juga. tapi malas nak terang asal-usulnya..

palag 
~ sama jugaklah macam yang di atas. cuma maksudnya lain sikit.

after 

cara-cara nak AFTER..

~ yang ni paling popularlah sebab masa orientasi lagi perkataan ni dah diajar oleh senior-senior. AFTER ni seumpama macam nak cup sesuatulah. Kalu nak cup shower cakaplah.."After shower". Maknanya nanti orang tu fahamlah yang kita nak guna selepasnya. Tapi dekat sesetengah asrama, tak pakai term ni. Ada yang guna TENDER, SECOND HANDLE, dll.

maintain 



~ yang ni term budak perempuan selalu guna. MAINTAIN ni merujuk kepada bentuk tudung si pemakai. Kalau tak ok, maksudnya tak MAINTAIN la.Macam kena tiup angin ka..
 Atau dekat sekolah lain ada yang panggil KON.. Hm. macam-macamlah..

jipang 


~ GILA PANGKAT. Kalau orang tu ada banyak jawatan dekat sekolah, kenalah gelaran ni. Biasalah...adat manusia.

jambu


~ ada dua maksud. Pertama merujuk kepada perwatakan, yang kedua merujuk kepada sikap. Macam mana tu?? Yang perwatakan, tak tahu nak cakap sebab tak arif sangat. Tapi yang sikap ni biasanya digelar kepada mereka yang suka buat baik dengan senior ka, cikgu ka. Kalau bahasa rasmi kita panggil me... me.. apa ntah. Macam buat baik tu sebab nak rapat ngan senior-senior atau cikgu-cikgu supaya disayangi.. Kesian, kan? Lepas ni siapa nak tolong cikgu kalau pantang buat baik pun dah kena gelar.. 


walau apapun gelarannya atau ejekan. Semua tu tak bermakna tidak disukai. Ada juga sebab nak menimbulkan suasana yang ceria dan kondusif. ;-) walaupun kadangkala orang yang diejek tu tak gembira. Tapi, hidup di asrama merupakan pengalaman yang tak semua orang boleh rasa....


wassalam.

2 comments:

syakira said...

assalamualaikum...
bukan jipang..tapi gipang...

fastabiqul khairat said...

waalaikumsalam... erm xreti eja. tapi nak pronounce kena eja jipang la...hehe