Saturday, January 7, 2012

Cemburu betul...



Masa boring-boring macam ni, memang banyak benda yang nak menyelinap masuk dalam otak,kan? Berebut-rebut, tapi taklah macam traffic jam kat highway tu. Tiba-tiba aku teringat detik-detik aku pergi dengar ceramah untuk kelas memandu... Cikgu Amran. Lawak spontannya membuatkan kami semua yang menghadiri kursus KPP hari tu tak kering gusi. Berair mata kami. Sampai satu part ni beliau mula bercerita tentang anak lelakinya yang kebetulan sebaya denganku yang bersekolah di MRSM. Lepasan SPM.



Bukan aku nak berceloteh mengenai hal itu. Tetapi sesuatu perkara yang aku pasti membuatkan ramai lagi budak-budak lepasan SPM cemburu mendengarnya. Kata Cikgu Amran, ada beberapa orang rakan sekolah anaknya yang mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke negara 'seberang lautan'. Ops! Bukan di pulau-pulau. Tetapi dari benua seberang sana. Berbekalkan pointer yang cemerlang semasa trial SPM, mereka telah beroleh sesuatu yang bagi aku amat berharga dan amat sukar untuk diperoleh dari mana-mana tempat.

Walaupun mereka tu bukan kawan-kawan aku, tapi perasaan cemburu tu memang menebal. Rasa macam nak pergi apply masa tu juga. Sedihnya. Kenapalah aku telepas pandang dulu? Tapi, takpa. Masing-masing dah ada rezeki masing-masing. Mungkin itu yang terbaik untuk kita...

sob...sob...sedihnya

Itu baru dengar pasal orang yang aku tak kenal. Rupa-rupanya ada juga kawan-kawan SAINA aku yang dapat tawaran masuk IPT pengambilan Januari. Masa tu aku keluar pergi Pekan Jitra temankan mak beli kain sekolah adik. Sebaik sahaja kaki melangkah keluar CMart tu, ternampak sorang ni.
"Macam kenai ja" aku bermonolog.
Rupa-rupanya Hanan. Pada waktu itulah aku dikhabarkan yang dia mendapat temuduga  di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Ada lagi beberapa orang yang sewaktu dengannya dapat juga.
Di saat aku sibuk isi borang UPU Fasa 1, mereka dah pergi temuduga. Tercabar!!!
Tapi tak apa. Aku masih menunggu sesuatu yang benar-benar layak untukku.
Apa-apa pun, aku harap suatu hari nanti aku turut merasai peristiwa manis macam mereka..

wassalam

No comments:

Post a Comment