Manisnya senyuman yang berkembang di bibir
Siti Hasanah dan suaminya, Nor Haikhal jelas kelihatan dari jauh. Hari yang
paling bahagia buat mereka sudah tentu tidak dapat dilupakan oleh Siti Hasanah.
Memorinya masih jelas merakam setiap detik pada hari itu. Namun setelah 3 tahun
berumah tangga, suasana menjadi hambar. Semuanya gara-gara mereka diuji dengan
satu khabar gembira yang masih belum diterima biarpun telah sekian lama
menanti. Anak. Ya, anak. Nor Haikhal masih menunggu kehadiran
cahaya mata dalam
hidup mereka.
“Allah belum nak beri. Kita sabar dulu bang.
Kita usahakan. InsyaAllah, ada rezeki kita.” Dialog yang sama masih bermain di
tubir bibir Hasanah tatkala suaminya mengutarakan soal anak.
“Abang tak kisah kalau awak cakap macam tu dua
tahun lepas. Tapi ini dah nak masuk tahun keempat kita berkahwin. “
“Abang , kita baru 3 tahun diuji. Tapi abang
dah nak melenting. Kita sepatutnya bersyukur sebab tak semua hambaNya dapat
ujian macam ni. ”
“Apa awak merepek ni? Apa yang seronoknya?
Saya tak fahamlah dengan perangai awak.”
“ Ya, saya seronok sebab nabi kita, Baginda Nabi Zakaria A.S. dahulu pun
pernah diuji dengan perkara macam ni. Tapi lihatlah, setelah meniti di usia
yang tua barulah mereka dapat zuriat. Semuanya sebab mereka sabar dan yakin dengan
Allah. Saya seronok sebab kita boleh rasai ujian yang sama. Kita kena
percaya dengan ketentuanNya. “
“Hasanah, saya bukan tak yakin dengan takdir.
Tapi dah banyak kita berusaha, tetap tak ada apa-apa hasil. Membuang masa dan
wang saja.”
“Itupun abang nak berkira? Tapi kita tak
pernah pun buat pemeriksaan doktor. Tak tahu masalah yang sebenar.”
“Awak ada masalah ke? Setahu saya, saya
normal. Mungkin awak yang mandul. Sebab tu sampai sekarang kita tak ada anak.”
“Ya Allah.... abang, kita tak boleh nak
salahkan siapa yang salah atau siapa yang betul. Baiklah kalau macam tu. Kita
buat medical check-up. Kalau saya bersalah, saya akan izinkan abang berkahwin
lagi satu. Saya redha bang.”
Air mata Siti Hasanah mengalir jua walau
ditahan. Wajahnya yang kemerah-merahan disembunyikan disebalik tangannya yang menangkup wajah yang tertunduk.
“Baiklah. Kalau macam tu yang awak janjikan.
Saya tak pernah mintak pun,kan?”
Nor Haikhal tersenyum sinis sambil kakinya
menghayun laju ke muka pintu. Hidangan di meja makan langsung tidak
disentuhnya. Siti Hasanah teresak-esak sendirian.
“Abang? Kenapa tak makan dulu?” suaranya cuba
ditinggikan melihat kelibat suaminya semakin jauh. Namun soalannya sia-sia
tanpa berbalas. Hati Hasanah semakin remuk. Siapa sanggup dipersalahkan
sedemikian. Dia telah mengikat dirinya dengan janji yang amat sukar untuk
ditunaikan sekiranya benar dia yang bermasalah. Namun, dia yakin dengan Allah.
Setiap yang berlaku pasti ada kebaikan yang disembunyikan agar dia lebih berharap
kepada Allah. Setiap malamnya diisi dengan tahajud dan air mata. Hubungannya
dengan keluarga mertuanya semakin renggang. Angin Haikhal juga tidak berapa
baik. Ada kalanya baik tetapi ada kalanya juga dingin. Hasanah juga bingung.
“Ya Allah. Berat benar hati aku untuk
menghadapi dugaan ini. Jika aku ditakdirkan tidak mampu hamil, aku redha Ya
Allah. Namun wanita mana yang tidak mahu sempurna. Aku juga mahukan zuriatku
sendiri. Tapi tak mengapa Ya Allah. Andainya dugaan ini mendekatkan aku padaMu,
aku pasrah. Berikanlah aku kekuatan Ya Allah. Janganlah engkau titipkan rasa
putus asa di dalam diri ini.”
Doa dan air mata menjadi peneman Siti Hasanah
saban hari.
Setelah dua minggu menjalani pemeriksaan,
tibalah hari keputusan diumumkan kepada mereka. Hasanah telah bersiap-sedia
dengan apa-apa sahaja ketentuanNya.
“Menurut hasil pemeriksaan saya, isteri Encik
Haikhal tidak mengalami kitaran menses yang sempurna. Perkara sebegini telah menyebabkan
dia tidak boleh mengandung kerana rahimnya lemah. Kalau hamil pun, peratus
untuk melahirkan anak itu amat tipis. Melainkan isteri encik menjalani satu
rawatan ini. Namun, kosnya memang mahal.”
Kata-kata doktor itu telah membuatkan Hasanah
bagaikan terjunam ke lembah dalam. Fikirannya terawang-awang. Dirinya bagaikan
tidak di situ. Kesakitan yang dirasai bagaikan ada tombak yang menikam dada.
Air matanya diseka. Haikhal melihat isterinya.
Suasana sepi di dalam kereta. Haikhal dan
Hasanah masing-masing melayan fikiran sendiri. Haikhal menoleh ke arah
isterinya.
“Jadi, awak pasti dengan janji awak dulu?”
“Hah?!” lamunan Hasanah terhenti.
“Awak lupa janji awak dulu?”
Berat untuk Hasanah berbicara. Dia cuba
menyusun kata-kata agar hatinya sendiri tidak disakiti.
“Manusia yang memungkiri janji adalah munafik.
Lagipun, itu untuk kepentingan abang. Abang perlu ada zuriat di samping abang. Saya
rela bang. Tapi pilihlah calon yang benar-benar layak, bukan atas dasar nafsu.”
“ Tapi, kenapa awak relakan saya berkahwin lain? Saya pun
hairan.”
“Kalau abang dah ada zuriat, saya pun tumpang
gembira. Abang fikirlah baik-baik.”
Beberapa hari kemudian, ibu mertua Siti
Hasanah datang ke rumahnya. Membawa satu khabar yang amat menyentap perasaan
kaum Hawa. Berita yang telah lama diketahui namun belum bersedia menghadapinya.
Suaminya akan dikahwinkan dengan seorang wanita pilihan ibu mertuanya sendiri.
“Mak harap Nah datanglah ye? Mak faham, kalau
Nah tak datang pun.”
Siti Hasanah tersenyum tawar. Tetap berusaha
mengikhlaskan tindakannya.
“InsyaAllah, mak.”
Beberapa bulan kemudian.....
Setelah hampir setahun berkahwin, Nor Haikhal
sudah semakin jarang-jarang pulang ke rumah. Masanya lebih banyak dihabiskan
bersama isteri mudanya. Sudah enam bulan dia tidak menjalankan amanahnya
sebagai suami dengan adil. Sekadar memasukkan wang melalui bank sahaja. Giliran
bermalan tidak dijalankan mengikut sistem poligami yang sebenar.
Suatu petang dia keluar menemani isteri
mudanya membeli belah. Sewaktu melintas sebatang jalan, dia hampir-hampir
melanggar seekor kucing di atas jalan tersebut. Malang tidak berbau. Semasa cuba
menyelamatkan nyawa seekor kucing, dia terlanggar seorang wanita yang berada di
bahu jalan. Orang ramai mengerumuni
kenderaannya. Haikhal lantas menuju ke arah wanita tadi.
“Ya Allah... Hasanah??!!” Haikhal terkesima
seketika. Dia tidak menyangka dia telah melanggar istrinya sendiri. Hasanah separuh
sedar. Tubuh isteri pertamanya dirangkul kemas ke dada.
“Maafkan abang..” air mata Haikhal tidak dapat
ditahan lagi. Munirah, isteri mudanya mengusap-usap bahu Haikhal. Syukurlah,
nyawa Hasanah masih panjang. Dia segera dikejarkan ke hospital. Setibanya di
hospital, dia terus dimasukkan ke wad kecemasan. Sewaktu keluarga terdekat
mangsa dipanggil, Haikhal bingkas menuju ke arah doktor.
“Encik suaminya?” Haikhal mengangguk-angguk.
“Encik, bayi yang dikandungkan selamat.”
“Bayi?” Haikhal mengangkat wajahnya.
“Ya, bayi. Isteri encik mengandung 7 bulan. Alhamdulillah,
kami sempat menjalankan pembedahan. Bayi
itu terpaksa ditahan di wad kerana masih belum cukup bulan. Saya harap encik
dapat bersabar. Sedekahkan al-Fatihah buat isteri encik. Isteri Encik tak sempat diselamatkan. Dia kehilangan
darah yang banyak.”
“Apa???” mata Haikhal membulat. Seakan-akan
bermimpi. Sekelip mata sahaja segala-galanya berlaku.
“Encik, kita kena redha dengan qada’ dan
qadarNya. Bila Allah kata ‘Kun’, maka jadilah ia.” Doktor menepuk-nepuk bahu
Haikhal.
“Te..terima kasih doktor.”
Haikhal tidak dapat menahan sebaknya. Bukan sahaja
kerana isterinya meninggal, tetapi juga mewariskan zuriat? Allahuakbar...
Engkau Maha Berkuasa. Kini dia mengerti betapa hebatnya keyakinan yang
diletakkan isterinya terhadap Allah. Akhirnya Allah menghadiahkan zuriat
buatnya. Namun, sebuah nyawa terpaksa menjadi galang ganti. Nyawa orang yang
disayangi.
“Aku bersalah Ya Allah... maafkan aku.
Hasanah, maafkan abang.”
“Boleh jadi
sesuatu yang kamu benci itu amat baik untuk kamu dan boleh jadi sesuatu yang
kamu sukai pula amat buruk untuk kamu. Allah Mengetahui sedangkan kamu tidak
mengetahui.”
Al-Baqarah;ayat
216
~the;end~
sadisnya..
ReplyDeleteAllahuakbar..