Wednesday, August 28, 2013

Mimpi

No comments:
السلام عليكم

Quotes for today~
"A dream is not what accompanies you in sleep.
--------
A dream is that makes you fail to sleep."
Ameen Misran
August 25 
Detik demi detik kian berlalu. Allah.. pantasnya masa berjalan. semuanya mengikut Sunnatullah. terasa rugi pula sebab dah terlepas banyak perkara dalam "To-Do-List" yang dah ditulis sebelum habis belajar di matrik lagi.

4 bulan cuti bukanlah suatu masa yang singkat. Sekarang terasa benar-benar menyesal sebab apa yang dirancang tak berjaya ditepati. Salah diri sendiri juga.

***********

Tanggal 5 Syawal aku dikejutkan dengan berita sahabatku yang pernah belajar di matrik mengalami kemalangan jalan raya. Dia membonceng ibunya di belakang. Alhamdulillah sahabatku selamat. Cuma ibunya agak parah. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaannya. Iyalah, dah tak beberapa hari lagi dia akan melangkah masuk ke universiti.

Dia anak tunggal. Seorang yang ceria dan ramah. Dia selalu menghiburkan dan menenangkan sesiapa sahaja yang kesedihan.

Kini dia dilanda musibah. Aku sedih sebab tak dapat bersama-sama dengannya di saat dia menanggung masalah keseorangan.

Namun, alhamdulillah. Aku sempat bertanyakan keadaan terkininya melalui sahabat-sahabat terdekat. Dia selamat. Ibunya patah kaki. Sekarang mungkin telah dibedah dan dimasukkan besi. Pagi semalam ibunya masuk wad kembali.

Tiada apa yang aku harapkan kecuali Allah sembuhkan ibunya agar sahabat aku dapat belajar kembali dengan jiwa yang tenteram. Amin.

************
Mimpi aku sekarang mungkin tak sama dengan mimpi saudara maraku yang lain. Terutama yang sedang berada dalam keadaan genting. Barangkali tak sempat bermimpi pun.

ini di Syria *credit to page Ikram for Syria*



ini pula di Mesir *credit to page Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini dan Mesir Kini*





Sedih. Terkoyak juga hati bila tengok insan-insan yang tak bersalah diperlakukan sedemikian rupa.

Tapi sampai sekarang pun dunia masih lagi membuta tuli. Suara-suara kecil tidak dilayan bahkan dibidas kembali.
"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia" - Recep Tayyep Erdogan (Perdana Menteri Turki)
tak mahu ambil peduli? mana boleh. sekurang-kurangnya kita perlu ambil tahu juga. Satu hari nanti tak mustahil benda yang sama akan menimpa diri kita.

tapi, layakkah kita mengikut jejak langkah mereka? Mereka syahid di jalan Allah.

itu kerana hari-hari mereka dipenuhi dengan ibadah, ketaatan kepada Allah.

sedih. pernah terbaca satu statement daripada seorang warga di sana, tak pasti samada di Mesir atau pun Syria. " Kami di sini solat 6 waktu sehari ; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Solat Jenazah."

Perancangan Allah itu Maha Hebat. Subhanallah. Dia telah menjemput mereka secara beramai-ramai melalui syahidnya mereka semua. 

Berdoalah agar mereka selamat. Semoga Allah menghapuskan kezaliman. Allah itu Maha Adil. 

moga-moga satu hari nanti kita semua dapat berkumpul bersama-sama mereka di syurgaNya.
Amiin...
InsyaAllah.....

Saturday, August 24, 2013

Madmie Channel YouTube

No comments:
السلام عليكم
Saja nak berkongsi tentang satu akaun Youtube milik saudara Ahmad Zulhilmi bin Sobri. Beliau merupakan bekas penuntut Beijing Foreign Studies University dan SBPI Kubang Pasu. Kebanyakan karya-karya Madmie Channel yang dihasilkan merupakan arahan, penulisan oleh beliau sendiri.

Mari mengenal beliau melalui karya-karya yang dihasilkan oleh beliau.

Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/madmiechannel?feature=watch 
Akaun Blogger : http://officialmadmie.blogspot.com

Karya-karya beliau yang membuatkan saya kagum adalah melalui drama-drama pendek yang kebanyakannya di-tributekan kepada AMIR China (Aspiring Malaysian Rijal) China.

Antara drama-drama pendek yang telah dihasilkan beliau adalah Tomato 1.0, Tomato 2.0, The Criminal, dan banyak lagi. Terbaru : The Drama King.

 

mengapa short films beliau sangat di-recommends untuk pembaca?
  • visual dan kualiti video yang sangat bagus.
  • nilai-nilai yang diterapkan dalam penghasilan video beliau.
  • ada nas-nas daripada al-Quran dan hadith
Jadi, saya berbangga kerana masih ada syabab yang berdakwah melalui kreativiti yang pelbagai. Hari ini, saya lihat anak-anak muda sama ada sebaya ataupun lebih muda mahupun lebih berusia daripada saya, sudah ramai yang bangkit menyebarkan dan menyeru ke arah yang lebih baik. Dalam ertikata mudah ; berdakwah melalui teknologi terkini.

Antaranya Vlog, Blog, menulis buku dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. Harap-harap perkara ini memberi kesan positif sama ada terhadap penyampai apatah lagi penerima. 

Rasulullah SAW bersabda:

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

Namun begitu, kita seharusnya berhati-hati tatkala ingin menimba ilmu agama melalui facebook, blog, video-video atau apa sahaja yang seumpamanya kerana tidak semuanya berasakan sumber yang sohih.

Sekian,
Wallahua'alam.