Wednesday, April 10, 2013

Doakan kejayaan kami!!!

No comments:
السلام عليكم


alhamdulillah.. Allah masih lagi memberi kesempatan dan peluang di celahan ruang waktu yang agak 'sesak' ini. tinggal lagi beberapa hari untuk saya dan sahabat2 lain di matrikulasi untuk menghadapi peperiksaan akhir. peperiksaan ini juga menandakan tamatnya kami bergelar sebagai pelajar di sini.

allahuakbar!!

pantas benar masa berlalu. mungkin inilah salah satu tanda dunia di akhir zaman. terlalu banyak perkara-perkara lagho (sia-sia) yang dilakukan sehinggakan tak sedar masa yang Allah pinjamkan kepada kita, tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

kepada sahabat-sahabat lain, doakanlah semoga kami di sini dipermudahkan segala urusan, semoga segala ilmu yang Allah kurniakan diberkati dan mampu memberi manfaat buat agama kita... insyaAllah..

semua orang pastinya mengharapkan kejayaan yang cemerlang. kalau dari segi pointer tu, orang nak 4.0 flat lah kan.. kalau di sekolah, semua pelajar target straight A's kan?? tapi kadangkala kita tak tahu yang result gempak2 macam tu bukanlah yang terbaik untuk kita.

seharusnya kita mengharapkan Allah memberi keputusan yang terbaik. yang terbaik tidak semestinya yang cemerlang. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. Dialah yang menciptakan kita.. sudah pasti Dia akan memberi yang lebih layak buat kita.

cuma... kita perlulah memberi yang terbaik jika ingin Allah memberi sesuatu yang istimewa buat kita.
ingatlah, ilmu itu pemberian Allah... jadi, kita tidak seharusnya memperbanyakkan usaha sahaja, bahkan perlu berdoa kepada Allah dan berserah (bertawakkal) setelah kita sudah bersiap sedia dengan sebaiknya.. 

kerana sewaktu berjuang di dalam dewan peperiksaan nanti, yang ada bersama kita hanyalah Allah. Allah sahaja yang mampu memberi pertolongan dengan cara yang halal.. bukannya kita perlu meniru untuk berjaya.   Allah tidak akan memungkiri janji-Nya kepada orang-orang yang senantiasa bergantung harap kepada-Nya. Yakinlah dengan pertolongan Allah..

jadi... berdoalah, kemudian berusaha dan bertawakkallah kepada Allah..... insyaAllah segala-galanya akan dipermudahkan apabila kita memelihara hubungan kita dengan Allah..

firman Allah dalam surah al-Insyirah: ayat 6-8: 
"Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain). Dan hanya kepada Tuhanmu lah engkau berharap."


sekian.... 
bittaufiq wannajah fil imtihan, fiddeen, fidduniya, wal akhiroh!!