Wednesday, December 20, 2017

Teaching : Option or Passion?

السلام عليكم

Bismillahi walhamdulillah. Awal Disember lalu, SPP dah pun announce keputusan temuduga bagi jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41. Namun begitu, keputusan itu seolah-olah tidak menyebelahi hampir kebanyakan calon yang telah pun ditemuduga. Included me.

Hampir kesemua calon yang ditemuduga telahpun digagalkan. Alhamdulillah, ada segelintir daripada calon telah lulus. Barangkali KPM tak cukup peruntukan kot.

Jadi, apa yang nak aku tulis ni bukanlah susur galur kepayahan kami menegakkan hak, tetapi apa yang terjadi kepada diri aku sendiri. Selepas ja tahu result ni, aku macam dah hilang passion untuk meneruskan kerja dalam bidang pendidikan. Entah, rasa macam nak teruskan dalam bidang lain.

Tapi,kita merancang, Allah pun merancang. Namun, perancangan Allah lah yang Maha Hebat. Aku tetap tak dapat lari daripada terus 'terjerumus' ke dalam bidang ni. Kuat betul tarikan doa sebagai seorang kanak-kanak. Ya, sejak dari tadika lagi sampai masuk sekolah, sehingga ke matrikulasi. Kalau orang tanya, "Apa cita-cita?". Jawapan aku tak lari daripada menjawab, "Pensyarah" , "Cikgu", atau "Cikgu Tadika". Puncanya dulu-dulu suka sangat tengok cikgu duk tanda kertas guna pen merah.

Awal-awal dulu, masa aku sekolah menengah, dalam kelas 4 Excellent, cuma aku dengan Ten Z saja yang tulis dekat loker tu nak jadi GURU. Classmates lain semua cita-cita hebatlah. "Onkologis","Engineer","Ortopedik" dan lain-lain. Aku pun tak pernah dengar sesetengah tu. Biasalah, SBP kan. Target paling rendah pun asasi UA. Mainly,target ke oversea lah. Kami memang dah dimotivasikan macam tu sejak masuk tingkatan satu lagi.

Nak dijadikan cerita, lepas dapat keputusan SPM aku apply Maktab Perguruan. Tapi, masa tu Maktab cuma ambik yang 8A dan ke atas sahaja untuk lepas ke temuduga. Jadi, aku ingat masa tu aku dah takkan ada peluang lagi nak jadi cikgu. Dapat offer matrikulasi dengan diploma UPSI. Aku memang nak masuk universiti awal. Kebanyakan kawan baik aku dapat asasi. Tapi, atas nasihat daripada Paksu Awang, aku masuklah ke matrikulasi. Lima minit ja pun daripada rumah. Punca aku tak mau masuk matrikulasi tu sebabnya, tiap-tiap hari aku lalu depan tu. Tapi, takpalah. Masuk ja. Memang masa tu aku agak down disebabkan result SPM aku. 

Jadi, masa di matrikulasi tu aku dah kuarantinkan diri sendiri daripada terlibat dengan sebarang persatuan. Sebab masa sekolah dulu, aku pantang ada aktiviti ja. Memang fitrah diri rasanya sukakan persatuan-persatuan tu. Tapi masa matrikulasi ni aku dah niat nak jadi ahli aktif (penyokong) sahaja. Adalah join biro bawah JPP. Jadi ahli ja. Takdalah sampai nak kena pi mesyuarat malam-malam tu. Jadi, Allah dah susun cantik. Zaman kat matrikulasi lah aku cuba recover diri sendiri masa tu. Aku banyak duduk sorang masa sem 1. Stay sorang untuk study. Alhamdulillah, Allah takkan hampakan hambaNya.

At least, result sem 1 aku seolah-olah membuatkan mak ayah terubat sikit. Masih ada harapan untuk aku melangkah jauh. Tamat matrikulasi. Aku apply UPU dan juga USM. Niatnya nak jadi pensyarah matrik. Tapi tak cukup syarat kot. Tak dapat. Borang USM pula, aku nak minta Pharmacist. Tapi, aku isi kos pendidikan nombor satu. Jadi, aku dapat interview cikgu lah. Maka dari situ bermulalah episod suka duka aku sebagai mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).

Habis praktikal dan guru ganti di SMS Kepala Batas, aku berniat nak rehatkan diri daripada mengajar. Rasa malas sangat. Banyak kerja-kerja lain yang aku apply dan usahakan. Namun, rezeki mai daripada offer sebagai private tutor dan juga guru ganti. Sejurus saja habis Daurah Muhammadiyah kat Pokok Sena, aku terus lapor diri di Sekolah Agama At Toyyibah. Jadi, lepas dapat temuduga SPP, aku memang target akan kerja dah. Asyik counting days ja nak berenti. Tup tup, Allah takdirkan belum masa aku lagi. Sejak tu, aku jadi agak down untuk terus kan kerjaya sebagai seorang guru. Aku apply tempat lain dan aku berusaha cari orang untuk menggantikan tempat aku bekerja. Cari punya cari. Dapat, tapi tarik diri. Berkali-kali benda yang sama menimpa. 

Mungkin ni petunjuk Allah kepada aku. PK kan suruh aku istikharah. Tapi, lepas aku buat keputusan tak mau terus bekerja sebagai guru, aku semakin susah nak dapat pengganti dan nak tukar kerja. Last sekali, aku buat keputusan untuk terus bekerja sebagai guru.

PILIHAN ATAU KEINGINAN?

Wallahu'alam. Barangkali Allah nak kekalkan aku di jalan yang aku dah pilih ni. 


Mungkin aku merasakan ketidakcukupan, tetapi aku perlu yakin dengan Allah. Rezeki Allah datang daripada arah yang tidak disangka-sangka. Syaratnya? Kepada mereka yang bertaqwa. 

Inshaa Allah, aku kena tajdid niat. Lillahita'ala. 

Semoga dapat terus berbakti untuk ummah. Amin.

Fatin Hanini binti Mohd Yusoff
5:04 petang
20 Disember 2017
Kg Kemboja

No comments:

Post a Comment