Sunday, December 24, 2017

2018

السلام عليكم

Bismillahi walhamdulillah.

2017 bakal melabuhkan tirainya, dan 2018 bakal menjelma. Inshaa Allah. Jadi? Pastinya memerlukan satu senarai semak untuk 'Apa yang aku nak capai untuk 2018'. Usia aku bakal menginjak lagi. Semakin tua. Tak sedar pula bila masanya aku telah menjadi dewasa. 

Apabila berbicara tentang masa hadapan, kadangkala rasa takut. Selamatkah aku daripada fitnah Dajjal nanti. Nak makan apa. Nak hidup macam mana. Pernah sampai aku terfikir, perlu lagi ka aku bekerja ni. Namun, aku masih teringat suatu potong syarahan daripada kuliah ustaz. Tak ingat siapa. Rasanya masa sebuah program di Darul Hadis Tasek Gelugor dulu. Kata ustaz, ada 3 golongan di dunia :

1. Panjang angan-angan. Mereka tidak takutkan akhirat. Kehidupan mereka terus-menerus mencari dunia sahaja. 

2. Takutkan kematian. Mereka ini terlalu memikirkan bahawa dunia ini 0. Tiada apa-apa nilai pun. Banyak masa mereka dihabiskan semata-mata untuk ibadah khusus sahaja tanpa bekerja untuk dunia. 

3. Golongan yang memandang dunia tempat untuk beramal menuju akhirat. Mereka menyeimbangkan kedua-duanya, tidak menjadikan dunia sebagai matlamat. Namun, tidak meninggalkannya.

Maka, jadilah kalian golongan yang ketiga ini. Hatta esok belum pasti, bekerja lah. Dunia ladang akhirat. Kita perlu bijak menjadikannya sebagai jalan untuk mengutip bekal sebelum menuju ke akhirat sana.

***

Jadi, apa yang akan berlaku pada 2018 aku? As I'm getting older, of course there's a lot of responsibilities that I need to handle. Antaranya :

1. 'Amal Jamai'e
2. Pendidikan
3. Keluarga
4. Kewangan
5. Kerjaya

'AMAL JAMAI'E

Semoga aku terus istiqomah dalam melaksanakan beberapa tanggungjawab yang ada. Biarpun banyak kesulitan yang telah dihadapi, aku berharap agar Allah beri kekuatan untuk menempuhi dugaan di masa akan datang. Berharap untuk terus kekal berada di sini agar dapat berbakti. Tak tahulah macam mana kalau dapat posting nanti,kan.

Serah pada Allah ja. Dia Maha Tahu apa yang terbaik untuk kita. Nak bergerak ni memerlukan kewangan juga. Alhamdulillah, dulu ada juga la buat bisnes kecil. At least dapat juga tampung duit nak carpool pi program. Cuma untuk tahun depan tu, kena plan lain lagu mana.

PENDIDIKAN

Inshaa Allah, alang-alang tak dapat posting kerajaan lagi bolehlah aku sambung mengaji. Cadangnya, nak ambil DTI di KIDU. Kena pulun lebih sikit sebab aku perlu bahagi masa-wang-komitmen dengan perkara-perkara lain. Semoga DTI ni mampu memberi manfaat untuk aku dan ummah lain. Setahun ja pengajian ni. Yuran murah, dan kelas sebulan sekali ja. Itu yang aku apply sebelum komitmen bertambah nanti.

Cadangnya nak sambung dengan Widad sekali. Tapi, dia perlu commit dengan urusan kerja. Semoga Allah permudahkan urusan Widad jugak. Takpalah, aku harap aku kuat untuk meneruskan pengajian ni walaupun sorang-sorang nanti.

Nak pi naik apa... Inshaa Allah, aku yakin Allah buka jalan nanti. Tengah usaha nak dapatkan jalan untuk memudahkan urusan pengangkutan ni.

KELUARGA

Aku sudah berusia 23 tahun. Anak sulung, sudah tamat pengajian. Takkan nak mak ayah tanggung lagi,kan. Pernah seorang peguam bagitahu dalam satu wawancara program. Mengikut undang-undang, ibu bapa hanya perlu menanggung anak mereka sehingga usia 18 tahun sahaja. Tapi in case anak depa mengaji lagi, boleh lah berada bawah tanggungan mak ayah tu.

Betul jugak,kan. Dah besar panjang ni sepatutnya mak ayah aku dah boleh rehat-rehat dah. Pi mengaji. Anak-anak yang patut tanggung depa. Jadi, apa yang aku boleh buat. Inshaa Allah, sesiapa sahaja yang terbaca penulisan ni, doakan agar saya boleh meringankan beban mak ayah. Paling kurang, boleh ulang alik ambil adik di sekolah. Tak perlu dah ayah nak ulang alik UUM-Changlun @ Perlis - Changlun.

Nak support kewangan, aku pun tak berapa nak mampu sangat buat masa la. Inshaa Allah, sikit-sikit. Moga Allah lapangkan rezeki kami sekeluarga. 

KEWANGAN

Bagi tahun 2018, aku memerlukan wang yang lebih sikit. Sebab :

1. Kereta. Bajet ja lah. Sebab aku sangat-sangat memerlukannya untuk bergerak ke sana-sini. Aku tak kisah pun naik motor, redah hujan dan lain-lain. Tapi, aku perlu ingatkan diri sendiri yang aku ni PEREMPUAN. Tak boleh terlalu rasa selamat sepanjang masa. Kadang-kadang bila ada program malam,aku memang tak dapat nak hadir. Banyak kali aku tumpang orang lain. Kadang-kadang dah sampai tahap segan, terpaksa buat rotation pulak giliran nak tumpang. Moga-moga dengan adanya sebuah kereta nanti, aku boleh mudahkan urusan orang lain dan jugak mak ayah sendiri. Azamnya, nak jadi driver sesiapa yang memerlukan. (Berangan pi la) Inshaa Allah.

2. DTI. Diploma Tasawwur Islam. Aku dah kira, kalau tolak duit bayaran kereta, duit gaji yang tinggal nanti tak seberapa. Itupun kalau aku tangguh bayar balik PTPTN dan juga tak buat potongan KWSP. Nak bergerak ke sana-sini lagi kan.

3. Lain-lain. Termasuklah duit untuk barang keperluan diri dan juga mak ayah.

4. Simpanan. Yang ni paling penting sebenarnya. Terutama zaman ekonomi gawat sekarang. Target : RM100 sebulan. Inshaa Allah. (Taun depan kena refer balik post ni)

5. Bayar hutang. 

KERJAYA

Inshaa Allah, aku bakal meneruskan kontrak dengan Sekolah Agama At Toyyibah


Pernah aku terlintas untuk tidak mahu meneruskan lagi kontrak di sini. Namun,pelbagai ujian yang Allah bagi. Sehingga terasa begitu banyak halangan yang menyukarkan dan menyebabkan aku rasa susah sangat nak berhenti. Namun, tiba suatu masa Allah hadirkan kembali perasaan 'passion' untuk kerjaya ini. Aku pasti sangat merindui anak-anak muridku jika aku meninggalkan mereka. 

Walaupun agak nervous bila tengok jadual waktu. Enam kelas yang perlu aku didik. Sudah pasti masa sangat padat. Ini tidak termasuk musim menanda kertas soalan, memasukkan data ke dalam server dan lain-lain. 

Inshaa Allah, ini kerjaya aku untuk tahun 2018. Cuma dalam masa yang sama, aku bakal menjalankan beberapa kerjaya sampingan lain untuk menampung keperluan aku. Antaranya :

1. Hantar kuih ke kedai-kedai. Harap-harap semangat tak turun lah. Dulu buat cheesetart sampai dah penat. Lepas tu stop terus macam tu ja. 

2. Jadi RA. Setakat la duk tolong sorang mak kepada anak murid tutor ni untuk lukis rajah, buat slide untuk thesis PhD beliau. Income tak daklah banyak, cukup setakat mana buat lah. Lagipun cuma tolong-tolong ja ni.

3. Hometuition. Macam taun lepas jugak la kot. Cuma nak kena plan elok-elok lagi ni. Kalau dak, tak dapat nak fully focused terhadap anak murid tu. Paling ramai pun, dua orang ja kot boleh ambik. Risau tak dan.

4. Consultant. Syarikat ni dah lama buat. Kesian Sob dengan Fitry. Aku memang takdan nak tanya apa pasai ni. Lagipun, masing-masing dah sibuk dengan urusan sendiri la ni. Plan untuk 2018 pun tak dak lagi. Pro Eksplorasi.

5. Agen produk. Walaupun aku ni tak berapa nak boleh jalan kalau jualan online ni, tapi duk cuba jugaklah. Aku tak suka paksa orang dan tak pandai nak pujuk untuk suruh orang beli. Jadi agen pun sebab nak beli barang tu dengan harga yang lebih murah ja sebenarnya. 

***

Jadi, alhamdulillah dah selesai listkan beberapa perancangan untuk tahun 2018. Walaupun takda lah VMOSPTEP tu. Ni dari sudut pandangan kasar saja. At least, tahu lah nak buat apa taun depan. Amat rugi bagi seorang muslim yang mana hari ini lebih teruk daripada hari semalam, dan hari esok lebih teruk daripada hari ini.

Semoga segala keputusan yang aku buat, tidak membebankan mana-mana pihak. Hope for a better future. Semoga Allah memelihara iman di dada. 

Sekian,jazakumullahu khayran kathira.

Yang Benar,

FATIN HANINI BINTI MOHD YUSOFF
5:41 petang
24 Disember 2017 bsmn 6 Rabiulakhir 1439h
Kg. Kemboja

No comments:

Post a Comment