Sunday, August 14, 2016

[Cerpen] RPH : Jarak Antara Dua Titik

السلام عليكم


"Dia mai dah! Dia mai dah!!" Faiz bergegas masuk ke dalam kelas. Laju langkah kakinya menghala ke arah pintu hadapan kelas.

Subjek yang paling aku tidak minati kini tiba. Seorang guru yang baru sahaja posting ke sekolah kami bakal menggantikan guru Fizik kami yang lama, Cikgu Wan. Cikgu Wan telah berpindah ke sekolah lain kerana kenaikan pangkat. Cikgu Wan yang cikgu cemerlang pun tak mampu menambat hati aku, apatah lagi cikgu lain. Cikgu baru pulak. Apa-apapun, layankan sajalah. Asalkan aku cukup markah untuk lulus sahaja untuk peperiksaan. 

"Banguunn..." Faiz selaku kelas memberi arahan. 

Kemudian seorang wanita berusia lewat 30-an melangkah masuk ke dalam kelas. Pakaiannya kemas, namun terlalu besar bagiku. Tudung besar, baju besar, nampak biasa. Tiada apa yang menarik bagiku untuk diteliti. Cukup sekadar mengecilkan mataku untuk fokuskan anak mata melihat nama yang tertera di tag nama beliau. 'Sakinah'. Owh, namanya pun tidak moden. Aku memerhatikan rakan-rakan kelasku yang lain. Semua anak mata tertumpu kepada beliau. Aku keliru. Nak panggil Teacher ke Ustazah? Kenapa tak ajar subjek Pendidikan Islam ke, Bahasa Arab ke. Macam tak sesuai pulak ustazah ni nak ajar Fizik. 

"Assalamualaikum.." guru baru itu memberi salam beserta seukir senyuman di wajah. 

Setelah menjawab salam, kami membaca doa belajar dan duduk. Kali terakhir Cikgu Wan mengajar kami topik SI Unit. Bab paling awal. Aku pun dah tak ingat sangat. Barangkali kerana tidak ambil tahu atau mungkin tak mahu tahu.

Guru baru itu memperkenalkan dirinya. SMK Ayer Hitam ini merupakan sekolah kedua beliau. Berpindah kerana ikut suaminya bekerja. Jika tidak, beliau tinggal di negeri Selangor. Cukup sekadar memanggilnya dengan gelaran Cikgu. 

"Ok, not bad." aku bermonolog di dalam hati.

"Hari ini saya akan mengajar kamu sebuah topik. Sambungan bab terdahulu." Cikgu Sakinah lantas mengeluarkan sebatang pen marker berwarna hitam lantas melukis dua titik di atas papan putih di hadapan kelas.


"Hm. Apa pulak cikgu ni. " aku mendesah. Masa terasa begitu lambat berjalan. Mataku semakin berat. Mataku tertancap ke arah jam yang berjenama G-Shock di tangan kananku. Disebabkan aku seorang yang kidal, membuatkan aku tak selesa memakai jam tangan di sebelah tangan yang aku gunakan untuk aku menulis. Tambahan pula, nanti akan bergesel dengan meja, takut calar pula jam mahal aku ini. Muka jam jelas menunjukkan pukul 12.57 tengah hari. Sesuai sangat untuk tidur. Ada lagi 33 minit sebelum aku boleh pulang ke rumah. Otakku meliar ke alam lain. Tiba-tiba Shukur menolak aku dengan sikunya membuat aku tersentak lantas kembali ke alam realiti. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya kepalaku sudah terpekup di atas meja. 

"Baiklah, kamu. Kamu yang duduk di belakang sekali, sila ulang soalan saya.." suara Cikgu Sakinah kedengaran mesra sebaliknya aku tahu dia sedang mengenakan aku.

"Apa pulak dia ni.. haih,," aku berbisik sendirian. Shukur di sebelahku tertawa terkekek. Mujur ada cikgu di hadapan, jika tidak sudah pasti aku ajar Shukur secukup-cukupnya. 

"A..apa cikgu? Heheh.." aku berpura-pura tidak bersalah dengan riak wajah semberono aku.

"Apa nama kamu?" Aduh, dia tanya nama pulak. Mujur aku tak pakai nametag. Malas aku nak jahit. Mak aku pun tak pernah ambil tahu soal keperluan sekolah aku.

"Mat, cikgu. Nama saya Mat." rakan- rakan lain sudah tertawakan aku. Sengaja aku tak sebutkan nama penuh aku, Muhammad Arif Hakimi. Malas aku, pasti aku akan menjadi bahan bualan Cikgu Sakinah nanti bersama guru-guru lain jika dia tahu namaku. Rakan-rakan memanggilku dengan panggilan 'Rep' dan ada yang biadab memanggilku 'Rape'. Ah, persetankan saja mereka.

"Baiklah Mat, apa yang kamu nampak di depan ni?" Cikgu Sakinah mengulang kembali soalannya tadi. Aku sudah terlelap masa tu.

"Saya nampak dua titik, cikgu." Mudah. Soalan sebegitu pun mahu ditanya. Ini pasti nak kenakan aku pasal tertidur tadi. 

"Betul, Mat. Terima kasih.. Boleh duduk. Tapi jangan baring, ya." sempat lagi Cikgu Sakinah menyindir aku. Tidak mengapa, aku sudah biasa. 

"Kajian menunjukkan bahawa otak manusia lebih tertumpu kepada dua titik hitam ini jika dibandingkan dengan warna putih di papan putih ini. Kamu nak tahu mengapa?" suara Cikgu Sakinah memecah kesunyian. Hampir kesemua pelajar memberi tumpuan kepadanya, termasuk aku. Serik dipanggil barangkali.

"Tak tahu..." kami semua berkoir, dan suaraku yang paling kuat.

"Lumrah kita manusia. Kita seringkali....


to be continued..

No comments:

Post a Comment