Saturday, April 14, 2012

Sembang 'kedai kopi'

السلام عليكم

Hadis Rasulullah saw:“Umat Islam itu satu badan, apabila sakit satu anggota, seluruh badan akan merasa kesakitannya.”

Alhamdulillah... selesai juga majlis walimah "mak menakan pupu" (faham tak?) saya tu...
saya mengambil peluang tersebut untuk membantu tuan rumah menyiapkan persiapan yang masih belum selesai. biarlah tidak seberapa, asalkan kita hulurkan juga sedikit bantuan. Alhamdulillah... disebabkan perkara itu, saya telah berpeluang berjumpa kembali sanak saudara yang sebaya dengan saya. setelah sekian lama tidak bertemu. kali terakhir pun semasa kami masih kanak-kanak. zaman yang penuh dengan keseronokan. bermain di sana sini. namun, saki baki kenangan itu masih terpalit di ingatan... insyaALLAH...

malam sebelum bermulanya majlis tersebut, kami telah 'bertungkus-lumus' mengemas rumah. tiba-tiba sahaja kami diundang untuk ke khemah kenduri untuk menikmati juadah tengah malam. AIR KOPI. sedapnya masih terasa hingga saat ini (^_^)


peluang itu kami gunakan dengan sebaiknya. berkongsi cerita tentang pelbagai pengalaman hidup. almaklumlah, hampir 5 tahun berpisah. kebetulan pula, golongan belia yang seusia dengan saya memang ramai dalam salasilah keluarga.... boleh dikatakan, semua penduduk di kampung itu mempunyai pertalian darah antara satu sama lain. jadi, tak hairanlah kalau ramai golongan yang seusia dengan kami dalam salasilah keluarga di kampung tersebut.


tetapi yang anehnya ialah, SEMBANG KEDAI KOPI sinonim dengan kaum lelaki yang sudah berusia. tetapi, malam itu kami kaum hawa pula yang mengambil alih. memang sangat seronok. masa mula-mula berjumpa setelah sekian lama memang agak janggal. tetapi, lama kelamaan terasa biasa. kami rindukan zaman kanak-kanak kami. namun, sunnatullah tak boleh dilawan. setiap yang muda pasti akan tua, setiap yang hidup pasti akan meninggal, dan begitu juga setiap yang bernyawa pasti akan pulang kepada Rabbnya.

begitu jua kita yang pernah merasakan saat kanak-kanak pasti akan berpindah dari satu fasa ke fasa yang lain. sekarang kami berada di fasa yang penuh dengan dugaan dan cabaran. benar, amat mencabar. siapa pula pencabarnya? sudah tentulah diri kita sendiri...

kenapa? apa yang mencabar???!!! banyaklah..... banyak sangat perkara yang sedang menguji kita. bermula dari dalam diri. kekuatannya, hanyalah iman. runtuhnya iman, rebahlah kita... sakitnya kalau tersungkur... 

_________________

sambung balik..

jadi, saya berharap agar pertalian yang terbina ini tidak akan terputus. insyaALLAH..




sekian, wassalam.



No comments:

Post a Comment