Friday, April 20, 2012

Sedekahkan al-Fatihah buat si mati

السلام عليكم


Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, saya berkesempatan untuk menulis entri kali ini. Kisah ini berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu. Semasa itu saya masih di bangku sekolah. Ada seorang senior saya yang berbangsa India. Namanya Reena Rishinee. (tak tahu ejaan saya betul ke tidak). Dia tinggal satu kamar dengna saya kebetulan satu katil dengan saya. Apa yang saya boleh katakan tentangnya ialah, dia ni kalau ada masa lapang mesti akan baca Bible. Kalau tak salah saya itulah buku yang selalu dipegangnya atas katil kalau masa lapang. Cuma dia tak lama di sekolah itu. Saya pun sempat berkenalan dengannya setahun sahaja. Dia sangat baik, dan tak pernah kacau hidup orang. Dia sangat menghormati orang lain. Walaupun tidak sebangsa dan seagama dengannnya.

Baiklah, cuma sekadar intro tentangnya. Bukanlah saya nak memperkatakan tentang Kak Reena, tetapi suatu kejadian yang berlaku. Suatu hari, kami terserempak di kantin sekolah. Waktu itu, saya dimaklumkan olehnya tentang kematian salah seorang waris pelajar sekolah itu. Saya cuma sempat berkata



"innalillah wainna ilaihi raji'uun"
ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَٲجِعُونَ"
(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
al-Baqarah ; ayat 156 

kemudian saya terus bertanya tentang itu dan ini berkaitan kematian yang menimpa. Soal keadaan pelajar itu dan bila berlakunya kematian. *macam wartawan*

Tiba-tiba dia berkata kepada saya

"Bacalah tu... tu..." 
sambil mengarahkan saya supaya menadah tangan...

"Baca apa Kak Reena??" 
saya kehairanan. sangat kehairanan. Dan memang betul-betul terlupa.

"Ala, baca tu la. Kalau ada orang meninggal tu.."

saya cuba berfikir sejenak...
LOaDInG.....
LOadInG.............

"Oh, al-Fatihah...." 
saya malu pada diri sendiri apatah lagi dengan kakak itu. Dia yang bukan Islam yang mengingatkan saya supaya menyedekahkan al-Fatihah buat si mati.

Jadi, kita sebagai saudara seIslam pula perlulah lebih peka dalam soal ingat-memperingatkan. Biasanya alasan yang selalu diberi ialah...

"Aku ni bukanlah baik sangat nak ceramah-ceramah orang ni"

 Orang yang dinasihati pula selalu memberi alasan saat ditegur.

"Kau ingat kau tu baik sangatlah nak tegur-tegur orang ni?!"

Baik atau tidak bukanlah persoalan yang perlu kita timbulkan. Sepatutnya kita bersyukur kerana masih ada insan yang sudi hadir memperbetulkan kesilapan kita. Cuma kadangkala si penegur tersalah cara. Biasalah, manusia biasa. Walau apapun, perlu kita ingat kata-kata daripada Imam Hassan al-Basri;-
"Sesungguhnya aku sedang menasihati bukanlah bermakna aku yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan jua yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku jua pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"
Kata-kata ini bukan sahaja untuk dibaca, tetapi perlu dihayati. Terutamanya diri saya sendiri. Setiap manusia ada baik, ada celanya. Jadi, semoga kita semua dapat mengejar kebaikan. Dan haru diingat, untuk mendapatkan yang mahal itu bukan senang.*memetik kata-kata Fatimah Syarha*.

berkaitan sedekahkan al-Fatihah untuk jenazah pula, telah menimbulkan hujah yang panjang dalam kalangan ulama. "sampai atau tidak al-Fatihah buat si mati?"

jadi, untuk menerangkan isu ini, bolehlah ke 


di sini terdapat hujah-hujah yang telah dibahaskan oleh para ulama berkaitan isu ini.
diharapkan dapat membantu kita dalam memahami perbahasan ini
sekian,wassalam..

No comments:

Post a Comment