Friday, April 13, 2012

Pantasnya masa...

السلام عليكم

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan dan ilham untuk menulis pada hari ini. Hm, pejam celik, pejam celik... cepatnya masa bergerak.. cuba kita fikir sejenak.. masa ni berlari atau berjalan? kenapa laju semacam ni?  Jawapannya... tanya diri sendiri. biasanya kalau kita sedang melakukan perkara yang seronok, kita tak sedar pun masa yang berlalu. tapi, bila dengar ceramah, orang berucap kat depan... "Isy, bila nak habis ni?" la, macam tu pun boleh jugak? biasalah, manusia.. macam-macam.. kalau sembahyang jemaah, imam baca surah panjang-panjang, berpuasa, rasa macam masa lambat sangat.. kenapa? Syaitan lah tu. hasut kita supaya tidak bersabar dalam melakukan ibadah.. masa layan facebook, blog, twitter dan yang sewaktu dengannya tak pula rasa lambat.. mula duduk depan komputer pukul 8 pagi... sedar-sedar dah 8 malam.. pernah tak jadi macam tu?? semua tu sebab kita KHUSYUK layan benda-benda tu lah. kalau kita boleh khusyuk dalam ibadah macam tu kan seronok?




baiklah... sebenarnya tergerak hati nak tulis post ni sebab esok salah seorang saudara saya bakal mengadakan majlis walimahnya... isy3... 

usianya cuma tua setahun dengan saya. dulu-dulu, dialah kawan sepermainan dengan saya. berlari-lari di bendang, memancing dekat sungai, main masak-masak... sedar-sedar dia dah berkahwin.. Allahuakbar, pantasnya masa...

sekarang ni saya dah habis sekolah menengah, dah nak masuk alam lain dah. 'usia belasan' tahun pulak akan tamat...... Allahuakbar, pantasnya masa...

sepanjang 'masa-masa' yang berlalu, apakah yang telah kita lakukan? cuba kenangkan balik.. kalau Sultan Muhammad Al-Fateh telah memimpin perjuangan di usia yang begitu muda... kita baru nak menimba ilmu...
kalau bukak youtube ada anak-anak berumur 2-3 tahun dah jadi penghafaz al-Quran, kita satu surah pun payah nak ingat.... Astaghfirullah... tidakkah rugi rasanya? 

di zaman Rasulullah SAW, golongan-golongan yang seusia dengan kita sudah mampu berjuang di medan perang. kita nak bangun solat sunat pun payah... (^_^)

maaflah, tak dapat nak tulis panjang... benarlah, masa mencemburui kita...
setakat itu sahaja..
wassalam...
________________________________________



semoga jodoh kalian kekal hingga ke syurga... amin

doa untuk pengantin... (^_^)

No comments:

Post a Comment