Friday, April 6, 2012

Kucing

السلام عليكم



Hulwan Mukhlis menjeling ke arah kucing-kucing di rumahnya itu dengan pandangan yang sinis. Dia rimas dan tidak selesa. Bahkan dia sesekali dia merasakan yang kucing-kucing itu telah mencuri kasih sayang keluarganya. Entah mengapa dia begitu benci akan kucing itu.

"Macam manalah diorang ni boleh hidup dengan kucing. Eii!! Rimasnya aku! Dahla bulu kucing di merata tempat. Argh!" Hulwan Mukhlis mengibas-ngibas seluarnya. Bukan sahaja kucing, sekali dengan bulu kucing pun dia tidak suka.

Hari demi hari berlalu. Kini sudah hampir 3 tahun kucing-kucing itu 'menumpang' di rumahnya.
Dia sudah boleh berhadapan dengan kucing. Tetapi untuk menyentuhnya, jauh sekali. Apatah lagi hendak membelai tubuh haiwan itu. Baginya, bukanlah benci yang menjadi penghalang. Tetapi ada beberapa insiden yang telah berlaku membuatkannya menjauhkan diri daripada kucing.


Peristiwa itu masih segar dalam kotak memorinya. Waktu itu dia masih bersekolah. Dia tinggal di asrama. Jadi, pasti banyak kucing yang 'bermusafir' dari dorm ke dorm yang lain. Malam itu dia dan rakan-rakannya tiada dalam dorm. Biasalah, ke kelas prep malam di sekolah. Petang itu dia dan rakan-rakannya ada menempah beberapa makanan dari KFC melalui seorang rakan yang keluar sekolah atas urusan penting. Pulang sahaja ke dorm malam itu, mereka tergamam. Makanan yang diletakkan di hujung katil berselerakan.  Tidak sempat dijamah. Luka benar hatinya. Bahkan apa yang lebih dahsyat lagi ialah lantai dormnya telah dikencing oleh kucing tersebut termasuklah bantal seorang rakannya. Sejak kejadian itu, dia tidak suka untuk medekati haiwan itu apatah lagi membelainya.

Dia tersentak apabila kakinya dibelai sesuatu. "Argh. Shhh!!!!" Hulwan Mukhlis terlompat. Entahlah apa penyakitnya. FOBIA KUCING kah??

Suatu malam ada sebuah rancangan televisyen berunsurkan Islam telah memaparkan kisah kucing. Dalam bingkisan itu, pelbagai kisah tauladan yang Hulwan dengari. bagaimana seorang wanita yang dimasukkan ke neraka gara-gara telah menyiksa kucing dan tidak memberi makanan kepada haiwan itu.

"Ah, aku bukannya siksa pun binatang-binatang tu. Kau nak makan, minum semua tu lantaklah. Ada aku kesah?!!" dia cuba membela diri. Tidak mahu rasa bersalah membelenggu. Takut-takut dia pernah melakukan semua itu.

Sampailah ke hari ini, diamasih belum mampu mendekati sang kucing. Mungkin suatu hari nanti dia dapat membelai kembali haiwan yang pernah dipelihara oleh baginda Rasulullah SAW sendiri. Hulwan terkenangkan zaman kanak-kanaknya dahulu. Kucing yang diberi nama 'Jamil' pernah menjadi rakannya dahulu. Bagaikan tidak percaya mengapa secara mendadak di boleh jadi anti-kucing. Takkan hanya kerana peristiwa itu? Aneh. Entahlah. Cuma dia berharap semoga Allah membuka pintu hatinya. Dia sendiri tidak tahu apakah yang menghalangnya daripada sang kucing.... Ego? Fobia? Trauma?

Dia cuba menyingkap kisah Rasulullah SAW bersama kucing. Barangkali ada perkara yang mampu mengetuk pintu hatinya.



Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. 

Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya. 

Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya. 

Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali. 

Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh di pahanya.

Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan.

Kepada para sahabatnya, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri. 

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis shahih Al Bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri. 

Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.

Tak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Shiddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapak para kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.




Hulwan bersyukur kerana walaupun dia tidak suka mendekati kucing,namun dia tidak pernah sesekali menyiksa kucing-kucing yang dipelihara di rumahnya. Dia ingin mencontohi keperibadian Rasulullah dalam menyayangi haiwan. InsyaALLAH....

No comments:

Post a Comment