Sunday, February 19, 2012

"Mak Cik nak ke mana?"

السلام عليكم

Sore tadi aku keluar ke pekan Jitra bersama beberapa teman yang lain. Sewaktu menunggu bas untuk pulang, kulihat ada seorang Mak Cik yang mundar-mandir juga turut menunggu bas. Raut wajahnya telah menggamit hatiku untuk meletakkan rasa kasihanku padanya. Entah mengapa. Aku sengaja ingin menegurnya dengan pertanyaan yang ringkas. "Mak Cik nak ke mana?".. Dia diam lantas memberi isyarat kepadaku. Aku faham akan maksudnya. Lalu aku berpaling ke arah lain sambil memerhatikan kenderaan yang menderu deras di atas jalan raya. Mak Cik yang aku tegur sebentar tadi rupa-rupanya bisu. Kasihan. Aku benar-benar tidak tahu apa  reaksi yang harus aku berikan sejurus dia memberi isyarat bahawa dia tidak boleh berkata-kata. Mak Cik itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tangannya membuat isyarat 'tidak boleh'di bahagian bibir.

Subhanallah...aku bersyukur kepada-Mu kerana masih diberi nikmat yang tak semua orang dapat. Bila difikir-fikirkan balik, walaupun ALLAH tak kurniakan insan-insan seperti Mak Cik tadi kebolehan berkata-kata, tapi mereka dah terlepas dosa-dosa yang orang lain selalu buat. Contohnya macam dosa mengumpat, dosa maki hamun, dosa memfitnah, dan lain-lain lagi dosa yang melibatkan kata-kata. Macam gambar-gambar di bawah ni...-->



elakkanlah...
SESUNGGUHNYA.........



Jadi,buat muhasabah diri sendiri dan teman-teman, kita ni diuji oleh ALLAH S.W.T bukan saja di kala kesusahan, kesedihan, kehilangan dan perkara-perkara yang menyentap jiwa sahaja, tapi nikmat juga merupakan satu ujian untuk kita. Kita berdoa, merintih agar diberikan nikmat, kebahagiaan... tapi bila sudah dapat, adakah kita mengingati ALLAH? Mulut, lidah bukan saja-saja ALLAH beri. Tapi ada sebabnya. Sejauh mana kita dapat 'bertahan' dengan nikmat-nikmat yang ada sekarang? Kita yang pilih.. ke mana arah jalan untuk kita gunakan nikmat-nikmat ALLAH.
ingat tu!!
**__________________________________________**



Firman ALLAH S.W.T;

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
Al-Maidah;ayat 7



No comments:

Post a Comment