Tuesday, February 28, 2012

Jenis-jenis Nafsu

السلام عليكم

terlalu banyak pilihan


Hari tu ada cakap pasal nafsu. Jadi, hari ni nak sambung lagilah pasal nafsu ni.Saya petik daripada sebuah buku  yang telah dibeli kira-kira dua tahun yang lalu. Buku ini memperincikan tentang definisi nafsu manusia.

Di dalam al-Quran, hawa nafsu ini banyak disebutkan bagi menunjukkan diri manusia itu sendiri. Merujuk kepada kamus dan kajian tasawuf, naf's mengandungi empat erti ;

  1. kekuatan hawa nafsu amarah, syahwat dan perut yang terdapat dan  jiwa manusia dan merupakan sumber bagi timbulnya akhlak.
  2. Jiwa rohani  yang bersifat 'Lathif' (lembut), 'Quddus' (suci)' rohani dan 'Rabbani'. Pengertian kedua ini merupakan hakikat diri dan zat manusia kerana fungsinya amat besar dalam kehidupan.
  3. Sama jenis, sama bangsa seperti yang diertikan di dalam surah an-Nuur ayat 61.
  4. Kehendak, kemahuan, dan nafsu-nafsu atau dengan kata lain, 'nafs' merupakan kekuatan penggerak yang membangkitkan kehiatan di dalam diri makhluk hidup dan mempengaruhi segala pergerakan tingkah laku serta mengarahkannya pada suatu tujuan atau berbagai tujuan.
_________________________________


Menurut kitab Al-Jilli di dalam kamus Tasawuf, 'nafs' dibahagikan kepada lima jenis iaitu;

An-Nafs Al-Hawaniyah (Jiwa Kebinatangan)

iaitu jiwa yang patuh secara pasif kepada dorongan-dorongan alami.

An-Nafs Al-Ammarah (Jiwa yang memerintah)

iaitu jiwa yang suka memperturutkan kesenangan syahwat tanpa mempedulikan perintah dan larangan ALLAH SWT.

An-Nafs Al-Mulhamah (Jiwa yang menerima ilham)

iaitu jiwa yang mendapat bimbingan Tuhan untuk melaksanakan kebaikan.

An-Nafs Al-Lawwamah (Jiwa yang menyesali diri sendiri)

iaitu jiwa yang goyah dalam pendiriannya.

An-Nafs Al-Muthmainnah (Jiwa yang tenteram)

iaitu jiwa yang menuju Tuhan dalam keadaan tenang dan berada di sisi Tuhan dalam keadaan tenteram.

____________________________________


DEFINISI 'NAFS' YANG LAIN SEPERTI;

NAFS AMMARAH
dapat diertikan jiwa yang memerintah, hawa nafsu yang jiwa egoistik, jiwa yang dipenuhi sifat tercela. 'Nafs' ini ada di alam panca indera dan dikuasai oleh berbagai hasrat dan keinginan dunia rendah. Perjuangan dalam tahap awal perjalanan spiritual adalah melawan 'An-Nafs Al-Ammarah'.

NAFS HAYAWANIYYAH
inilah nafs yang paling rendah. Manusia dicampakkan ke tingkat paling rendah dari yang terendah. Jiwa ini sepenuhnya terdorong dari pengaruh sekitarnya- nafsu rendah. Orang yang mempunyai tahap 'nafs' seperti ini, langsung tidak ada usaha untuk melakukan perjalanan spiritual kerana kakinya berada di dalam keadaan kekafiran dan kemunafikan yang besar.

NAFS ILAHIYYAH
jiwa yang diarahkan bahawa ALLAH SWT bersama dengan segenap sifat-Nya, yakni Maha Hidup, Maha Mengetahui, Maha Kuasa dan Maha Berkehendak.

NAFS JAMALIYYAH
bererti unta. Dalam kamus Tasawuf, sebagai perumpamaan orang yang jiwanya selalu mementingkan dirinya sendiri. Ia tidak mempedulikan kesusahan orang lain, asal dirinya berasa selamat sebab mendapat keuntungan. Tidak ada satu pun di hatinya merasakan rasa santun, kasihan dan tidak pula rasa sosial dengan erti kata lain kecerdasan sosial telah lenyap di dalam dirinya.

NAFS KULIYYAH
'nafs' ini menggambarkan dimensi reseptif dala dunia spiritual. Jiwa universal ini lebih agung, lembut dan mulia dari makhluk lainnya. Ilmu yang dihasilakn oleh tahap 'nafs' ini lebih bersifat universal.

NAFS AL-LAWWAMAH
dapat diberi makna yang membakar. Ianya juga dapat diertikan sebagai jiwa yang mencela. Jiwa yang sedar akan ketidakasempurnaan diri dan sering menyedari akan kekurangan yang dimilikinya. Perjalanan spiritual yang dilakukannya ialah demi ALLAH SWT.

NAFS AL-MULHAMMAH
diertikan sebagai jiwa yang diilhamkan. Sifat 'nafs' ini akan menjauhkan manusia dari kejahatan dan mampu melihat saranan yang akan mengahantar mereka menuju kebahagiaan. Jiwa ini berjalan di bawah penguasaan serta pengawasan ALLAH SWT.

NAFS AL-MUTHMA'INNAH
pada dasarnya mengandungi erti tenang setelah mengeluh dan gelisah. 'An-Nafs Al-Muthmainnah' dapat diertikan dengan jiwa yang tenteram dan damai. Jiwa ini tenang kerana beristirahat dalam keyakinan ALLAH SWT. Ia telah dipadukan kembali dengan roh ciptaan-Nya. Jiwa yang tenang kerana mantap dan kuat setelah mengalami proses interaksi dengan lingkungan yang membuatkannya mengeluh dan gelisah. Pada tahap 'nafs' ini, ia melakukan perjalanan bersama dengan keyakinan yang tinggi kepada ALLAH SWT. Inilah kedudukan atau tahap 'nafs' yang paling tertinggi dari kedudukan lain.



sumber rujukan- buku BILA ZINA MENJADI BUDAYA, 
hasil penulisan-  MOHD SYAMIL & ADRIANA BALQIS


________________________________________

oleh itu, yang mana satukah jiwa kita?? Pandai-pandailah anda mengadilinya.
Macam gambar di bawah ni, selalu jadi waktu kita pergi bazar, ataupun ,masa nak tempah menu di kedai makan..... betul?? Kalu boleh, semua nak. 

nafsu manusia...

akhirulkalam....


berdoalah kepada ALLAH SWT agar kita bersama-sama memperoleh kekuatan, kesabaran dan keikhlasan dalam usaha kita melawan nafsu-nafsu yang boleh menjerumuskan diri kita ke arah yang dimurkai-Nya. Amiin...ya Rabbal 'Alamin.





wailalliqa'ma'assalamah..

No comments:

Post a Comment