Tuesday, January 3, 2012

akubudakhostel

bismillahirrahmanirrahim......

*kisah ini hanyalah rekaan semata-mata. tiada kaitan dengan yang hidup taupun mati...(amboi, dah macam intro filem melayu pulak) kalau ada sebarang persamaan,itu hanyalah sekadar 'pengadaptasian' sahaja...


Kisah ini bermula kira-kira 3 tahun yang lalu sewaktu aku masih lagi berada di bangku sekolah. Biarpun sudah beberapa tahun perkara itu pergi meninggalkan aku, namun segala-galanya masih segar di ingatan. Aku cuma hendak membingkaikan kembali coretan kehidupan masa lalu iaitu kisah aku dan rakan-rakan di asrama.
gambar hiasan..


Masa itu aku berada di tingkatan lima. Rasa tidak sabar-sabar untuk menghabiskan zaman persekolahan sememangnya membelenggu hampir setiap Form 5 di situ. Asrama kami berdekatan dengan kawasan DM (Dewan Makan) di mana disitulah 'kedai kopi' kami tatkala perut berkeroncong. Kesabaran kami selalu diuji di situ dek kerana terpaksa beratur di barisan yang panjang bagi mendapatkan makanan. Bukan itu sahaja, kadangkala juga nasi yang disediakan juga habis. Namun bukan aku ingin menyenaraikan keburukan DM.. Sekadar mengimbau kembali saat-saat dulu.

kehidupan di asrama..
 Jika di asrama, tocer( entahkan betul ka tidak ejaannya) , kena marah dan denda sudah menjadi tradisi dan lumrah bagi kami. Cuma apa yang istimewanya di tahun terakhir ini, kamilah yang mengambil alih tugas senior-senior dahulu. Televisyen, giliran mendobi, pastinya kami mendapat keutamaan. Kalau ada mana-mana junior yang berani buat hal, nah masuk 'Melodi' lah jawabnya. Habis namanya akan disebut-sebut.

Kalau hari persekolahan, kami terpaksa pandai-pandai pilih time yang sesuai nak masuk toilet nak cup shower. Biasanya kalau yang nak bangun awal pun adik-adik bongsu kami juga. Kakak-kakak yang berada di aras bawah pasti akan dapat mendengar bunyi-bunyi aneh antaranya... orang lawan lari (even KOT dah habis pun mereka masih berlatih.. bagus! bagus!), suara orang bersembang. Kalau minggu pertama mereka 'check in', lagilah.. Seawal 4.30 pagi pun dah boleh dengar bunyi shower. Kakak-kakak ni bangun kadangkala ada yang awal dan ada yang lambat. Biasalah.

Hah, bila prefect  announce "Perhatian kepada semua puteri,sila kosongkan kawasan asrama 5 minit dari sekarang", macam-macam ragam kami boleh tengok. Kalau nak list seorang demi seorang rasnya memang tak sudah. Pada waktu tu jugalah kami boleh dengar suara-suara macam ni "Alah, 5 minit lagi. Kalau nak masak maggi pun sempatlah". Ewah-ewah. Cakap besar pulak. Bila warden dah start countdown, masing-masing dah tak nampak macam manusia. Sekali tengok ada gaya macam kilat. Zapp!!! Fuh, lajunya.

Dekat sekolah pulak kena pergi awal. Tiap-tiap hari ada perhimpunan. Sportcheck?? Rasanya kadangkala bukan Prefect lagi cekap hafal hari apa ada sportcheck. (sori prefect...). Mengapa tidaknya, sebab malam sebelum pergi sekolah kami boleh dengar orang bercakap "Ala, relaxla. Esok bukannya ada sportcheck pun". Cekap bukan? PnP pula biasanya akan bermula seawal 7.30 pagi. Tapi waktu-waktu macam ni masih ada lagi budak-budak lelaki yang melenggang galas beg. Padahal waktu perhimpunan kami tamat pada waktu yang sama. Pergi tandas. Touch-up. Bebudak perempuan pun sama naik jugak. Thumbler di watercooler kena beratur tunggu turn. Slow sangat airnya. Apa yang sangat aku banggakan ialah kawan-kawan aku ni mengamalkan gaya hidup yang sihat. Bukankah ada pakar kesihatan menasihati agar kita minum air banyak-banyak? Kawan-kawan aku memang mengaplikasikan semuanya.. Nak tahu kenapa? Sebab sewaktu balik dari toilet aku tengok mereka bawak sampai 2-3 botol air seorang. Fuh...
cayalah.

Dalam kelas kami semua macam kawan baik. Masing-masing ada karakter tersendiri. Bila PnP awal pagi.. Semua semangat lagi. Bila dah sampai dekat-dekat nak rehat, aku boleh nampak mata kawan-kawan aku. Bukan layu lah. Tapi tak henti-henti mengerling ke arah jam. Tak kisahlah jam tangan mahupun jam kaki.. Eh..eh.. silap. Bukan jam kaki. Tapi jam di dinding. Tambah-tambah kalau ada cikgu yang masih semangat nak mengajar. Waktu tu macam-macam isyarat boleh aku nampak. Tapi tak selalu perkara macam tu terjadi. Bila dah jadi Form 5, kadang-kadang macam tak mahu rehat saja.(betulke??). Waktu rehat pulak meruoakan waktu setiap pelajar nak buat hal masing-masing. Alah, masa rehat bukannya lama sangat. Dalam setengah jam saja.

Nak tahu apa kami buat masa rehat? Ada yang stay dalam kelas. Rajin betul. Kalau tengok muka ketat mereka, memang tak boleh blah (sori, bahasa tak standard).. Rupa-rupanya homework Biologi *Teacher Azizah tak siap lagi.. *(bukan nama sebenar). Hah.. padan muka. Takut kena denda lah tu. Selain itu, ada yang pergi refill perut dekat kantin (kedai kopi budak-budak kaya waktu riadah;gurau ja). Ada juga yang waktu rehat baru nak sarapan sebab pagi tadi tak sempat nak singgah DM menjamah selera sebab masuk 'pertandingan lawan lari' berapa meter entah. (tak sempat ukur). Lawan lari? mesti pelik,kan. Bukan acara lawan lari macam hari sukan tu, tapi acara berlari-lari sambil menggalas beg ke sekolah sebab ada prefect dah conutdown dekat simpang sekolah. (Fuh, penat tau tak? Dah 5 tahun aku masuk acara ni.). Tapi kadang-kadang tu kena buat-buat sempat lah nak singgah DM. Tapi ada yang lagi kreatif bawa tupperware masuk DM. 'Tapau' makananlah jawabnya. Bila free, makan dekat kelas ramai-ramai. Walaupun sikit tapi memang enjoy. Kalau hari Isnin atau Khamis, ada juga yang rajin berpuasa sunat. Jadi, waktu rehat mereka pergi surau sembahyang Dhuha. (bukan yang posa saja yang pergi.. yang tak puasa pun ada. nanti terasa pulak). Bercakap pasal waktu rehat tak sah kalau tak sentuh pasal koperasi. Ataupun 'ko-op' dalam short formnya. Akan ada dua tiga orang 'cooper' yang turun bertugas. (orang-orang yang terpilih sahaja).


erm setakat tu sahaja. xlarat nak tuleh panjang2....
btw, thanks 4 reading

2 comments:

  1. aku suka!!
    x sbr nak tgu smbungannya..
    keadaan sebijik mcm kt skolah aku dulu..!
    hahaha..

    ReplyDelete