Friday, December 23, 2016

2016 Semakin Tua

السلام عليكم

Alhamdulillah, 'ala kulli hal. Akhirnya aku masih bernafas tika saat ini. Seperti kebiasaan, blog ini akan diupdate ketika menjelangnya study week.


Memandangkan semester ini merupakan semester terakhir di USM, sebab sem depan dah nak Latihan Mengajar, jadi saja lah nak mengenang balik perjalanan sepanjang 2016. Antara perkara-perkara yang inshaa Allah akan bermain di ingatan ini akan dikenang selagi mana Allah kekalkan ia dalam memori aku.

Pimpinan Persatuan Mahasiswa Islam 2015/2016


Pada Mei yang lalu, telah berlangsung Muktamar Tsanawi PMIUSM. Kalau dulu masa mula-mula naik tu, tak sabaq-sabaq nak muktamar. Sebabnya amanah ni berat, dan perasaan tak layak tu masih terasa sampailah dah turun jawatan. 

Kebanyakan sahabat-sahabat pimpinan pun dah bergraduasi sebab mostly kos 3 tahun, jadi yang masih berbaki di USM ni ialah batch aku yang 4 tahun dan adik-adik. 

Program See U di IPT di SAINA


Alhamdulillah, setelah pelbagai dugaan dilalui (macam teruk sangat), akhirnya program bersama adik-adik Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena menjadi kenyataan. Bermula daripada perbualan Syaidatol dengan Cikgu Zuki kat karnival apa tak pasti. Depa terjumpa kat situ.

Program ini merupakan program sulung batch Eminent0711 dengan adik-adik secara rasmi. Selama ni batch kami agak susah sikit nak buat event bergabung lelaki dan perempuan.Tak tau sebab apa.

Berkat doa semua, dan usaha gigih beberapa orang kawan-kawan aku serta kerjasama yang sangat terbaik daripada Unit Bimbingan Kaunseling SAINA, alhamdulillah program ni menjadi kenyataan. Biarpun ada yang tak berkesempatan untuk turut serta, namun aku tahu dari jauh depa kirimkan doa. Vielen dank!!

Musafir ke Kelantan


17 Disember yang lalu, seorang sahabat satu kos dengan aku telah melangsungkan pernikahannya di Kelantan. Dia ni bekas MPP Pusat Pengajian aku dan pernah bersama-sama satu usrah, pernah jadi Exco BSMMUSM sekali. Jadi, bagi menyambut hari bermakna beliau, aku dan beberapa orang lagi sahabat telah bermusafir ke Kota Bharu, Kelantan.

Kak Hazirah, Syafiqah, Kak Salmi dan last but not least.. Saidatul. Terima kasih sebab sudi menjadi peneman permusafiran kita semua. Banyak sangat benda yang aku belajar. Terutama mengenali manusia. Termasuklah diri sendiri. Walau apapun mehnah dan tribulasi di sepanjang perjalanan kita, alhamduliLlah, biizniLlah semuanya berjalan dengan baik. 

Sempat jugak menziarahi sahabat lama aku... Fatin Zainol yang masih belajar di USM Kampus Kesihatan. Alhamdulillah, akhirnya selepas bertahun juga tak jumpa.

Konvokesyen USM

Memandangkan, ramai sahabat aku yang kos pengajian tiga tahun, maka tahun ni majlis konvokesyen aku dapat meraikan pertemuan @ perpisahan dengan depa. Syok tengok, sedih pun ada. Kalau dulu masa zaman muda (degree) boleh la nak bergurau cara tak berapa mature, tapi la ni depa bila dah habis degree, ada yang sambung master, ada yang kerja.. Jadi cara nak bergurau tu dah upgrade sikitlah.


Kakak-kakak yang mai pun dah ada yang jadi isteri orang, ada yang dah jadi suami orang. Baru perasan aku berada di hujung usia. Rumah kata pergi, kubur kata mari. Walhal bekalan pun tak tara mana. Kutip..kutip..kutip.. last-last, berciciran jugak. 

Berbalik pada isu konvokesyen, sedikit sebanyak kejayaan depa menamatkan zaman degree telah menyuntik semangat untuk kami terus berusaha. Ramai yang berjaya dengan pointer 3.0 dan ke atas. Tumpang gembira dengan depa.

Rancangan Orientasi Kendiri Sekolah (ROKS)

 Selepas sahaja beraya, dalam bulan Julai macam tu pelajar-pelajar tahun tiga (semester lepas) telah menjalani ROKS di kampung masing-masing. Pengalaman selama 4 minggu sebagai latihan pertama kami di sekolah sangat memberi pengalaman yang berharga. Walaupun setiap hari tunggu ja Pak Non (kerani pejabat sekolah) mai bagi kertas relief kelas kat kami. Sekolah yang menjadi pilihan ialah SMK Changlun, yang juga merupakan sekolah adik-adik aku.


Masa ni, Umairah lah yang menjadi kawan rapat aku, selain Dayana (UPSI) dan jugak Datu (UUM). Dayana dan Datu cikgu praktikal kat sana. Mula-mula rasa macam janggal la jugak bila orang panggil ' Cikgu'. Sebab duk rasa macam muda lagi.



Reunion Kawan-kawan Sekolah


Seperti kebiasaan, kami akan selalu merancang untuk buat reunion. Cuma jadi dengan dak ja. Alhamdulillah, tahun ni menjadi walaupun kelam kabut juga.

1. Hiking Bukit Cenderawasih


Terima kasih buat Nadia, Maziana dan Aliah yang berhempas pulas untuk kita sampai ke puncak. Lain kali kita tawan tempat lain pulak na, Inshaa Allah. Depa kawan-kawan sejak zaman Pasti (Aliah) sampai lah darjah 6. Lama jugak tu.

2. Kayu Kitchen


Seterusnya masih bersama rakan-rakan zaman tadika sampai darjah 6. Syuhada dan Aida, 

3. Berkelah di Batu Feringghi dan Padang Kota



Sheera yaakob, Shafiqah Jasme dan Najah (Farmasi USM). Ni pun gamble jugak. Depa semua ex-Saina iaitu kawan-kawan sekolah menengah dulu. Walaupun kita tak sama rumah sukan,kan?

**********
Dengan ini maka itulah sahaja memori 2016 yang ingin aku coretkan supaya nanti masa tua boleh kenang semula, Inshaa Allah. Setiap yang datang dalam hidup ini, adalah aturan daripada Allah. Maka, dengan ini saya ingin berterima kasih kepada setiap insan yang pernah memberi kenangan samada pahit mahupun manis dalam kehidupan ini. Semoga dengan bertambahnya usia, maka bertambahlah jua amalan kita semua.

Danke schone !!

Doakan peperiksaan akhir semester untuk saya, ya!!



Sekian,

Dicoretkan oleh :
Fatin Hanini Binti Mohd Yusoff
Taman Lip Sin
2:21 pagi, 23 Disember 2016

Sunday, August 14, 2016

[Cerpen] RPH : Jarak Antara Dua Titik

السلام عليكم


"Dia mai dah! Dia mai dah!!" Faiz bergegas masuk ke dalam kelas. Laju langkah kakinya menghala ke arah pintu hadapan kelas.

Subjek yang paling aku tidak minati kini tiba. Seorang guru yang baru sahaja posting ke sekolah kami bakal menggantikan guru Fizik kami yang lama, Cikgu Wan. Cikgu Wan telah berpindah ke sekolah lain kerana kenaikan pangkat. Cikgu Wan yang cikgu cemerlang pun tak mampu menambat hati aku, apatah lagi cikgu lain. Cikgu baru pulak. Apa-apapun, layankan sajalah. Asalkan aku cukup markah untuk lulus sahaja untuk peperiksaan. 

"Banguunn..." Faiz selaku kelas memberi arahan. 

Kemudian seorang wanita berusia lewat 30-an melangkah masuk ke dalam kelas. Pakaiannya kemas, namun terlalu besar bagiku. Tudung besar, baju besar, nampak biasa. Tiada apa yang menarik bagiku untuk diteliti. Cukup sekadar mengecilkan mataku untuk fokuskan anak mata melihat nama yang tertera di tag nama beliau. 'Sakinah'. Owh, namanya pun tidak moden. Aku memerhatikan rakan-rakan kelasku yang lain. Semua anak mata tertumpu kepada beliau. Aku keliru. Nak panggil Teacher ke Ustazah? Kenapa tak ajar subjek Pendidikan Islam ke, Bahasa Arab ke. Macam tak sesuai pulak ustazah ni nak ajar Fizik. 

"Assalamualaikum.." guru baru itu memberi salam beserta seukir senyuman di wajah. 

Setelah menjawab salam, kami membaca doa belajar dan duduk. Kali terakhir Cikgu Wan mengajar kami topik SI Unit. Bab paling awal. Aku pun dah tak ingat sangat. Barangkali kerana tidak ambil tahu atau mungkin tak mahu tahu.

Guru baru itu memperkenalkan dirinya. SMK Ayer Hitam ini merupakan sekolah kedua beliau. Berpindah kerana ikut suaminya bekerja. Jika tidak, beliau tinggal di negeri Selangor. Cukup sekadar memanggilnya dengan gelaran Cikgu. 

"Ok, not bad." aku bermonolog di dalam hati.

"Hari ini saya akan mengajar kamu sebuah topik. Sambungan bab terdahulu." Cikgu Sakinah lantas mengeluarkan sebatang pen marker berwarna hitam lantas melukis dua titik di atas papan putih di hadapan kelas.


"Hm. Apa pulak cikgu ni. " aku mendesah. Masa terasa begitu lambat berjalan. Mataku semakin berat. Mataku tertancap ke arah jam yang berjenama G-Shock di tangan kananku. Disebabkan aku seorang yang kidal, membuatkan aku tak selesa memakai jam tangan di sebelah tangan yang aku gunakan untuk aku menulis. Tambahan pula, nanti akan bergesel dengan meja, takut calar pula jam mahal aku ini. Muka jam jelas menunjukkan pukul 12.57 tengah hari. Sesuai sangat untuk tidur. Ada lagi 33 minit sebelum aku boleh pulang ke rumah. Otakku meliar ke alam lain. Tiba-tiba Shukur menolak aku dengan sikunya membuat aku tersentak lantas kembali ke alam realiti. Tanpa aku sedari, rupa-rupanya kepalaku sudah terpekup di atas meja. 

"Baiklah, kamu. Kamu yang duduk di belakang sekali, sila ulang soalan saya.." suara Cikgu Sakinah kedengaran mesra sebaliknya aku tahu dia sedang mengenakan aku.

"Apa pulak dia ni.. haih,," aku berbisik sendirian. Shukur di sebelahku tertawa terkekek. Mujur ada cikgu di hadapan, jika tidak sudah pasti aku ajar Shukur secukup-cukupnya. 

"A..apa cikgu? Heheh.." aku berpura-pura tidak bersalah dengan riak wajah semberono aku.

"Apa nama kamu?" Aduh, dia tanya nama pulak. Mujur aku tak pakai nametag. Malas aku nak jahit. Mak aku pun tak pernah ambil tahu soal keperluan sekolah aku.

"Mat, cikgu. Nama saya Mat." rakan- rakan lain sudah tertawakan aku. Sengaja aku tak sebutkan nama penuh aku, Muhammad Arif Hakimi. Malas aku, pasti aku akan menjadi bahan bualan Cikgu Sakinah nanti bersama guru-guru lain jika dia tahu namaku. Rakan-rakan memanggilku dengan panggilan 'Rep' dan ada yang biadab memanggilku 'Rape'. Ah, persetankan saja mereka.

"Baiklah Mat, apa yang kamu nampak di depan ni?" Cikgu Sakinah mengulang kembali soalannya tadi. Aku sudah terlelap masa tu.

"Saya nampak dua titik, cikgu." Mudah. Soalan sebegitu pun mahu ditanya. Ini pasti nak kenakan aku pasal tertidur tadi. 

"Betul, Mat. Terima kasih.. Boleh duduk. Tapi jangan baring, ya." sempat lagi Cikgu Sakinah menyindir aku. Tidak mengapa, aku sudah biasa. 

"Kajian menunjukkan bahawa otak manusia lebih tertumpu kepada dua titik hitam ini jika dibandingkan dengan warna putih di papan putih ini. Kamu nak tahu mengapa?" suara Cikgu Sakinah memecah kesunyian. Hampir kesemua pelajar memberi tumpuan kepadanya, termasuk aku. Serik dipanggil barangkali.

"Tak tahu..." kami semua berkoir, dan suaraku yang paling kuat.

"Lumrah kita manusia. Kita seringkali....


to be continued..

Friday, June 3, 2016

Yazid wa Yankus

السلام عليكم

Bismillah.

Kira-kira sudah hampir 5 bulan aku tidak menulis apa-apa di ruangan ini. Seperti biasa, aku selalunya akan menulis di saat hampir-hampir dengan peperiksaan. Jika dahulu, banyak sahaja idea yang ingin aku kongsikan. Namun sekarang, aku perlu lebih berhati-hati dalam menzahirkan sesuatu ; bait kata, penulisan, riak wajah hatta tingkah lakuku.


Usia yang semakin menginjak telah memberi aku suatu tekanan ke arah mematangkan diri sendiri. 
Semester ini merupakan semester ke 6 aku di USM. Tahun yang ketiga. Begitu pantas masa berlalu. Semester ini jugalah merupakan semester yang paling kerap aku pulang ke kampung. Entah mengapa. 'Sakit rumah' kali ini paling menebal jika nak dibandingkan sejak kali pertama aku masuk sekolah berasrama dahulu sewaktu berusia 13 tahun pada tahun 2007 dahulu.

***

FLUCTUATION
al imanu yazid wa yankus
iman itu naik dan turun
Itulah keadaan aku sekarang. Fitrah, iman manusia fluctuated. Naik dan turun.
Analoginya seperti bola keranjang yang dibaling. Semakin kuat tujahan ke tanah, semakin tinggi lantunannya ke atas.


Namun, tatkala ia sedang jatuh bukanlah satu proses yang normal. Bermacam-macam perkara datang. Di saat ini jugalah biasanya manusia kembali mencari Tuhan mereka. Kerana Allah yang mentaqdirkan semua ini, maka hanya Allah yang berkuasa untuk memberi pertolongan kepadaku. Saat Allah menguji dengan perkara yang tidak terduga, saat itu jugalah sebenarnya dia sedang menguji 'aqidah ku.

Jika dulu 'redha' itu suatu perkara yang mudah disebut-sebut, namun saat Allah hadirkan ujian yang kita tak pernah terduga, 'redha' itu begitu sukar untuk dilaksanakan dalam diri. 

***
TAQWA


Dahulu semasa aku bersekolah di SAINA, moto sekolah kami ialah 'ILMU-AMAL-TAQWA'.

Ilmu, ok aku faham. Amal, ok faham. Tapi kenapa diletakkan TAQWA?
Next, dalam surah At Thalaq. Atau lebih famous disebut sebagai ayat seribu dinar, 

Firman Allah ;
65:02
فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬ وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ‌ۚ ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا
Kemudian, apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang mereka (rujuk) dengan cara yang baik atau lepaskan mereka dengan cara yang baik dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu (semasa kamu merujukkan atau melepaskannya) dan hendaklah kamu (yang menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata. Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2)

65:03

وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا

Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)
Let's point it out :

Sesiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.

Serta banyak lagi kalamuLlah yang menyebut soal TAQWA ini.

"bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"
(45:10)

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)."

(45:13)

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam."

(3:102)
Apa yang dapat aku simpulkan adalah betapa istimewanya menjadi orang yang bertaqwa ini. Namun, bagaimana hendak menjadi hamba Allah yang bertaqwa? Benda yang mahal, sudah tentu tidak semudah memetik bunga di laman sendiri. Betapa inginnya aku tergolong dalam kalangan hamba-hamba Allah yang bertaqwa ini. Adakah sudah cukup mujahadah (kesungguhan) aku? Adakah sudah tinggi tadh'iah (pengorbanan) aku? Susah. Susah untuk kembali membersihkan hati yang sudah lama berkarat ini. Namun, ampunan Allah tak pernah bertepi. Hanya kita yang selalu bersangka-sangka pada Allah. Hakikatnya, Allah itu Ar Rahim dan Al Ghaffur. 

Teringat aku pada sebuah lagu bertajuk Mengemis Kasih yang dipopularkan oleh Raihan (asalnya lagu The Zikr). 

Tuhan dulu pernah aku menaruh simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terseretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah beribu duka ku harap sudah berlalu

Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang mengiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitik nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kudatang pada-Mu
Seribu langkah Kau datang padaku

Semoga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah. Allahummarzuqna istiqomah. Ameen.

**Nota kaki : Kali ini kertas pertama aku sama dengan hari pertama Ramadhan bertamu. 6 Jun 2016 (060616). Cantik tarikh ini.






Sekian,

Fatin Hanini Binti Mohd Yusoff
12:15 tengah hari
Bakti Permai, USM


Sunday, January 17, 2016

Malware dan Buku Wabak Sepanjang Jalan

السلام عليكم



Alhamdulillah. Selesai sudah peperiksaan semester satu untuk sidang akademik 15/16. Boleh dikatakan peperiksaan kali ini paling tough jika dibandingkan dengan semester-semester sebelum ini.

baiklah, Berbalik kepada tajuk entri pada kali ini. Malware dan Wabak Sepanjang Jalan. Apa perkaitannya? 

***
MALWARE
Suatu petang, aku sengaja mencari punca mengapa laptop aku selalu sahaja akan naik page lain walaupun pada asalnya page lain yang aku masuk. Klik sahaja di page tersebut, akan naik page iklan yang lain. Apa yang lebih menguji kesabaran, apabila page yang kita surf terus hilang. Hanya Allah yang tahu perasaan itu. Rupa-rupanya laptop aku dijangkiti Malware. 'Penyakit' ini selalu akan masuk bersama-sama dengan software yang dimuat turun secara percuma daripada mana-mana third party. Misalannya, softonic dan banyak lagi yang aku sendiri tak tahu.

Selesai menghadam cara-cara nak buang malware ni, aku pun ter us la praktikkan. Semasa scanning virus, berlambak-lambaklah nama virus / adware yang aku sendiri tak tahu datan daripada mana. Meremang bulu roma pun ada.

***
WABAK SEPANJANG JALAN
Sepanjang perjalanan aku dari Penang-Changlun, aku bertekad untuk review semula buku yang aku pinjam daripada Rak Terbuka di masjid Al Malik Khalid, USM. Buku Wabak Sepanjang Jalan. Walaupun buku ini merupakan buku usrah semasa aku di tahun dua, namun aku sendiri tak berapa ambil berat tentang isi kandungannya. Cukup sekadar baca, dan tahu. Kerana apa? Kerana aku belum diuji dengan wabak-wabak yang disenaraikan di dalam buku ini.

Semasa perjalanan Penang-Changlun, aku mengeluarkan buku ini daripada beg pakaian aku. Semasa di atas bas, aku tak boleh menghabiskan bacaan kerana keadaan bas yang menyebabkan kepalaku menjadi pening sewaktu membaca. Tambahan pula, aku memang berniat mahu qadha tidurku yang tidak cukup pada malam sebelumnya sewaktu aku dalam perjalanan nanti.

Setibanya di Stesen bas Shahab Perdana, aku punya masa kira-kira 45 minit sementara menunggu bas ke Kodiang berjalan. Aku lantas membuka semula buku tadi yang aku tak sempat habiskan pembacaannya.

Apa perasaan aku?? Aku tiba-tiba terasa buku ini bagaikan software yang mengesan virus-virus dalam diri aku. Atau bahasa harakinya aku sebut sebagai 'wabak sepanjang jalan'. Nak tahu apa wabak-wabak tersebut?


  1. al Futur (terhenti dan melengah-lengah)
  2. al Israf (pemborosan)
  3. al Isti'jal (terburu-buru)
  4. al Uzlah (memencilkan diri)
  5. al 'Ijab bil Nafsi (terpesona dengan diri sendiri)
  6. al Ghurur (tertipu dengan diri sendiri)
  7. al Takabbur (sombong dan membesar diri)
Apabila aku amati satu per satu tanda-tanda pada setiap wabak ini, baru aku perasan bahawa aku pun turut dijangkiti dengan wabak-wabak ini. Astaghfirullahal'aziim.



Sememangnya semakin lama aku berada dalam Harakah Islam ini, semakin banyak ujian yang menimpa diri. Kadangkala ujian yang menduga ini tidak terzahir seperti penyakit-penyakit kulit. Namun ia merebak dengan senyap seperti kanser di dalam badan. 

Ya, setiap orang punya ujian tersendiri. Ujian buat sang 'alim adalah dengan kebijaksanaannya. Ujian sang 'abid pada keikhlasannya. Ujian sang gagah apabila ia menjadi lemah. 

***

Sesungguhnya berada dalam perjuangan ini bukanlah sesuatu yang mudah , semudah lidah menuturkan kata-kata. Begitu juga dalam merawat penyakit-penyakit ini, bukanlah sesuatu yang mudah ibarat menekan butang 'Remove' kepada malware di komputer.

Kadangkala kita sendiri tidak sedar/ tidak perasan bahawa kita dijangkiti wabak-wabak di atas. Patutla selama ini merasa lemah. Patutlah selama ini asyik bersangka-sangka pada orang lain. Patutlah selama ini merasa terlalu bersemangat. Hakikatnya, ada ujian di sebalik segala tiap sesuatu.

Harapanku cuma satu ; Moga Allah memberikan kita taufiq dan hidayah. Semoga Allah pelihara hati kita di atas jalan yang benar.

Wallahu taala 'alam.