Tuesday, June 16, 2015

Final Exam Semester Dua Tahun Dua

السلام عليكم


16 Jun 2015
9.16 malam
Bismillah
Alhamdulillah.
Hari ni dah masuk minggu kedua Peperiksaan Akhir aku. Insya Allah bakal menghadapi lagi dua subjek berbaki. Subjek yang agak berat sebenarnya walaupun baru level 100.

Allah, akhirnya aku hampir tiba ke garisan penamat semester ni. Kalau dulu masa nak memulakan langkah semester ni, terasa berat sangat. Tapi sekarang, alhamdulillah terasa cepat masa berlalu.


Jika Allah izinkan juga, malam esok kami semua akan menyambut 1 Ramadhan. Buat pertama kali juga aku sambut Ramadhan di kampus. Istimewanya lagi, di musim peperiksaan. Mujahadah perlu lebih hebat!

Sekadar nak buat khulasah bagi semester ni. Banyak sangat perkara yang tak terduga datang. Baik dan juga buruk. Namun, aku perlu sentiasa bersyukur. Benarlah, Allah tidak akan membebani seseorang dengan bebanan yang tak mampu ditanggungnya.

Kadangkala rasa nak berhenti dari menanggung segala bebanan yang tergalas. Seolah-olah nak tinggalkan sahaja bebanan yang digalas di bahu di pertengahan jalan. Kadangkala juga rasa bagai nak bersembunyi di dalam gua buat sementara. Tapi, aku tahu. Tindakan sedemikian bukan membantu aku, bahkan lagi akan menambahkan bebanan sebenarnya.

Hidup ni tak boleh berehat,Fatin. Bukan tempatnya. Bukannya lama pun. Akhirat nanti kalau nak rehat, berehatlah. Sebab tulah kena bercucuk tanam sekarang. Akhirat nanti tempat untuk menuai hasil.

Kali ni aku lebih belajar bagaimana untuk mengenali manusia di sekeliling. Bagaimana nak meraikan perbezaan personaliti, karakter dan macam-macam lagi lah pada diri orang lain. Taaruf. Barulah Tafahum. Lepas tu baru boleh takaful. Betul jugak, kalau skip rukun ni, barangkali ukhuwah tu tak ke mana. Hipotesis sendirilah.

Allah uji aku dengan benda yang paling aku cuba elak. Iaitu masalah salah sangka. Tapi, sebenarnya Allah dah bagi aku belajar macamana nak handle masalah ni. Selama ni asyik lari. Bagaimana selama ni aku terlalu menjaga kepercayaan orang. Tapi sampai satu saat, Allah uji dengan hilangnya kepercayaan orang terhadap kita.

tak mudah. Tapi tak susah kalau kita sendiri letak dalam hati, Allah akan bantu kalau kita berada di pihak yang benar. Dan alhamdulillah, Dia beri jalan keluar. Dare to take the risk! :)

Baiklah, setakat tu saja. Banyak lagi nak tulis sebenarnya.

Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Amin.

"Allahumma bariklana fi Sya'aban, waballighna Ramadhan.."