Wednesday, February 11, 2015

Manusia Berubah

السلام عليكم

Bismillah...

Dahulu,
Dia insan yang disegani,
Dikagumi kerana ilmu yang ada padanya,
Disanjungi kerana tingkah lakunya,
Dijulang kerana kehebatannya berhujah.

Dahulu,
Aku cuba untuk mengikut jejaknya,
Ingin bersama-sama berjuang bersamanya,
Ingin duduk bersama dengannya,
Berkongsi ; memberi dan mengisi ilmu,
Ingin menemaninya di barisan hadapan perjuangan.

Hari demi hari,
Aku cuba menampung kelompangan diri,
Seinci demi seinci aku perbaiki,
Demi berjuang kerana Ilahi.

Hari ini,
Aku tercari-cari kelibatnya,
Yang dahulu membuat aku mengubah warna,
Yang membuat aku menjadikannya sebagai uswah,
Kini hilang entah ke mana.

Hari ini,
Rupa-rupanya dia di suatu ceruk,
Terjatuh kerana diuji,
Terjatuh kerana lemahnya hati,
Kontranya susuk tubuh dahulu dengan kini.

Mengalir lagi,
Air mata ini melihat dia diuji,
Penatnya dalam menempuh perjuangan ini menjadi alasan,
Perit memperjuangkan sunnah,
Terlalu jauh,
Terlalu payah,
Penuh dengan mehnah,
Kejian dan makian menjadi makanan.

Hari ini,
Aku bersedih lagi,
Entah bagaimana jika aku pula yang diuji,
Diuji dek kerana kelantangan aku menilai manusia,
Ujian mata, telinga dan juga hati.

Tapi,
Bukankah sahabat sejati itu,
Orang yang sedia menghulurkan tangan untuk menarik kembali,
Sahabatnya yang jatuh mahupun tersungkur,
Agar dapat bersama-sama berpimpin tangan menuju ke syurga.

Doaku,
Agar pintu hatinya kembali diketuk,
Biar kesusahan menjadi tarbiyah,
Biar kesenangan membuahkan syukur,
Semoga terbuka,
Untuk kembali semula bersama dalam perjuangan ini.

Sahabat,
Biar apa mereka kata,
Allah tetap bersama,
Yakin dengan janji-Nya,
Sakit di hari ini pasti akan dibalas dengan kesenangan di akhirat sana,
Susah di hari ini pasti akan diberi kemudahan.

Asing,
Benar sahabat.. kita terasing,
Tidak mengapa dilihat jelek,
Al-Quran dan Sunnah digenggaman,
Pasti akan selamat dunia dan akhirat.

Ayuh,
Kembalilah semula,
Perjuangan ini memerlukanmu,
Sebutir permata yang pernah bersinar,
Hapuskan debu yang melata,
Insya Allah, janji Allah takkan pernah kau kecewa.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment