Friday, March 29, 2013

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita.

السلام عليكم



1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31) Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.) Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.) Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.) Riwayat Imran bin Hushain ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921) 

Saturday, March 16, 2013

al-Fatihah buat Long

السلام عليكم

al-Fatihah....

tanggal 12 Mac 2013 bersamaan 29 Rabiulakhir 1434 Long telah pergi meninggalkan kami untuk memulakan sebuah perjalanan di alam yang kekal. kami agak terkesan dengan pemergiannya. selama ini Long telah menderita akibat barah hati. beberapa bulan lamanya Long hanya bertahan dengan sisa kudrat yang Allah kurniakan kepadanya serta dengan ubat-ubatan yang doktor bekalkan; dengan izin Allah, Long mampu bertahan seketika.

Long memang kurang sihat sejak dahulu. namun, sikapnya yang amat pemurah kerana setiap kali kami menziarahi Tok dan Long di kampung, Long tak pernah lokek untuk bersedekah. Long merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga sebelah ayah. beliau tinggal bersama ibunya,Tok kami.

*******
pagi itu, dalam pukul 2.50 pagi aku dihubungi oleh Mak. berita yang agak mengejutkan aku; Long telah tiada lagi di dunia ini. aku yang masih mamai tika itu tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

keesokannya, aku terpaksa meninggalkan beberapa kelas serta kuliah. aku hendak menziarahi Long buat kali terakhir. Jam 8.30 pagi Mak datang mengambilku di hadapan pondok pengawal matrikulasi.

Orang masih belum ramai ketika kami tiba di rumah Tok. ku lihat wajah Long. rasa seperti sukar dipercayai. wajahnya begitu berbeza sewaktu kali terakhir aku menziarahinya di rumah Tok kira-kira 2 minggu yang lalu.

aku gembira melihat Long 'tidur' sambil tersenyum. tenang sahaja. semoga Allah memberi husnul khotimah buat Long.

********

aku baru terasa hikmahnya. sebelum ini, aku pernah menghadiri kursus pengurusan jenazah di matrik. pada hari Long akan dikebumikan, alhamdulillah, aku sempat menolong 'makcik-makcik' yang sedang menguruskan persediaan untuk mengkafankan serta memandikan arwah Long.

terasa sebak sekali. biarpun aku tidaklah begitu akrab dengan Long, namun pemergiannya tetap membekas di hati. Maksu Chah yang selama ini telah banyak menolong untuk menjaga Long ketika sakit di hospital, tentu lebih terasa akan pemergian Long.

********

sebelum Long pergi, alhamdulillah aku sempat melihat keadaannya. apa yang aku tahu, Long sudah tidak boleh bangkit dari tempat tidurnya. segala-galanya pasti akan diuruskan oleh orang lain; Tok, ayah, Cik Som, sepupu-sepupuku yang lain. makan-minumnya hanya melalui tiup yang dipasang melalui lubang hidung dan disambungkan terus ke perut. selain itu, tiub untuk membuang air turut dipasang bagi memudahkan urusan memandikan atau membersihkan Long.

saranan doktor, Long perlu minum susu yang telah dikhaskan sebanyak 7 kali sehari mengikut jadual yang ditetapkan. kos setin susu menelan belanja kira-kira RM60. alhamdulillah, Paksu Awang telah banyak membantu. 

********

apa yang aku harapkan kini adalah semoga aku, keluarga, sahabat-sahabat, serta saudara Muslim yang lain diberikan husnul khotimah oleh Allah. Semoga kami dimatikan dalam kedaan yang taat kepada Allah dalam nikmat Islam dan iman... amiin.. InsyaaAllah..

perbanyakkanlah membaca surah arRa'adu. semoga mendapat husnul khotimah... InsyaaAllah.... :)


p/s:
*doa untuk mendapat husnul khotimah*

Friday, March 1, 2013

Cherita Saudara Muslim KITA

السلام عليكم


RUMAH ALLAH YANG MUSNAH
Gambar terkini Masjid Dar Salam, Qarabess di wilayah Homs yang rosak teruk akibat dibom oleh pesawat udara tentera rejim.

Apa lagi yang mampu kita katakan kepada golongan yang merosakkan rumah Allah?


Syaikh Muaz Khatib merupakan di antara mujahidin yang pernah dipenjarakan oleh rejim dan kini berada dalam buangan kerana tidak dibenarkan oleh rejim untuk memasuki Syria.

Kini beliau dilantik menjadi ketua Pakatan Pembangkang dan Revolusi Syria.
 

SEHINGGA DUNIA MENGERTI..

Inilah tempat tinggal mereka setelah mana rumah-rumah mereka musnah dibom oleh pesawat tentera rejim.

Dalam keadaan cuaca yan begitu sejuk, tempat ini juga
lah menjadi tempat berlindung mereka daripada segala ancaman.

Doakan mereka.

PEKUNG IRAN TERBONGKAR
Dalam rakus Iran membantu rejim Basyar di Syria, hakikatnya semakin hari pekung jahat Iran semakin terbongkar.

Adakah anda tahu dimanakah tempat di dalam gambar ini? Inilah di Ahwaz, sebuah negeri di dalam Iran yang menjadi bandar Sunni yang paling teruk ditindas.

Kota Ahwaz juga digelar oleh dunia sebagai Kota Tali Gantung kerana setiap umat Islam Sunni yang bangkit menuntut hak akan dihukum gantung sampai mati oleh rejim Syiah Iran.

Nah, inilah yang cuba disembunyikan oleh Iran.



SELAMAT PAGI SYRIA
Waktu tempatan Syria sekarang adalah tepat jam 5.15 pagi dengan cuaca yang agak sejuk iaitu 7 darjah celcius.

Manakala gambar ini pula menunjukkan masjid Imam Shafie, Masakin As-Sabeel di wilayah Halab yang rosak teruk akibat dibom rejim Basyar.

Teruskan doa untuk para mujahidin, semoga mereka sentiasa mendapat pertolongan Allah. 



Gambar atas menunjukkan apa yang berlaku di dunia manakala gambar di bawah pula adalah hakikat sebenar yang berlaku di Syria.

Biar karikatur ni berbicara..