Sunday, November 24, 2013

Merasai dengan hati. Pengalaman baru

السلام عليكم

Alhamdulillah. masih lagi bernafas.

banyak sangat perkara yang dipelajari sejak melangkah ke alam baru ni. Ya Allah.. betul kata asSyahid Imam Hassan al-Banna; tanggungjawab melebihi masa yang kamu ada. Sungguh.

semenjak masuk ke alam universiti, benarlah kita bebas nak melakukan apa sahaja yang kita nak. Sebab segala-galanya depends on diri sendiri.


Sains dengan Pendidikan. walaupun namanya nampak tak gempak macam kos Farmasi, Medical atau Engineering, tapi penatnya semua lebih kurang.

Disebabkan Sains dengan Pendidikan, subjek major Matematik jadi semester ni termasuk subjek Statistik. sangatlah mencabar. Dua hari lepas, kami baru saja dimaklumkan mengenai assignment yang perlu dilakukan.

kami semua perlu mangambil data dalam kalangan pelancong di Malaysia. Disebabkan USM berada di Penang, jadi survey kami dilakukan di kawasan sekitar Penang. Sasaran pelancong kami perlu melebihi 150 orang. Masa yang perlu kami ambil untuk kumpulkan data ialah selama 2 minggu.

Petang tadi, aku bersama seorang rakan kumpulan, Vishnu pergi membuat survey di sekitar Jalan Chulia. Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul lebih kurang 26 pelancong asing. Rata-ratanya dari kawasan benua Eropah.

sememangnya nak melakukan tugasan seperti ini memerlukan kekuatan, keberanian yang sangat tinggi. Aku terpaksa menemu bual pelancong yang sedang minum bir, arak. Rata-rata kawasan tersebut memang banyak pub dan hotel bajet.

Kalau dahulu aku tak pernah terlintas untuk ke tempat-tempat yang macam tu, sekarang aku terpaksa melakukannya untuk memenuhi tugasan yang diberi. Pada waktu siang, aku rasa tidaklah terlalu menakutkan kerana rata-rata pelancong hanya minum kopi dan mengambil fotografi. Namun pada waktu malam, mashaAllah. aku rasa sangat mencabar. 

aku tahu, bukan saja-saja aku diitakdirkan untuk melakukan perkara seperti ini. Pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Ibrahnya... berdasarkan pemerhatian aku, masih ramai rakyat Malaysia yang berkelana. Tidur di kaki lima, merempat di lorong-lorong yang kotor. Barangkali tiada tempat tinggal. Aku sendiri keliru dengan perasaan yang perlu aku rasai melihat semua itu. Kasihan pun ada. 

Ada satu kisah antara aku dengan orang kurang siuman sebentar tadi. Aku dan seorang rakan sedang berdiri di pintu pagar bersebelahan pub sementara menunggu rakan-rakan lain datang. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang berkemban menghampiri kami.

"Dok buat apa kat sini??"

"Tak da lah. Tunggu kawan ja."

sementara tu cuba mengalihkan pandangan ke arah lain. Tiba-tiba dia bersuara...

"Dok cantik-cantik camni buat apa? Sampai bila nak pakai tudung ni???!!"

nada dia macam tak puas hati. Ya Allah. Takutnya hanya Allah yang tau. Kami berdua lari ke tempat lain. Dia ikut dari belakang. dia cakap

"Dok takut apanya? Bukan nak p**** d*** hampa pon!"

kami buat-buat tak tahu saja. Mujurlah ada pak cik beca di situ. Pakcik tu cakap yang perempuan tu menghisap gam. Dia menghadapi tekanan mental dek kerana mak dan ayahnya terbunuh. Sampai sekarang dia dah jadi tak siuman. Kadang-kadang kalau dia minta wang, beri sahaja. Pernah dia mencekik orang sebab tak nak bagi wang kepada dia.

Kasihan kan. Banyak lagi perkara yang kita semua tak tahu. Kita rasa kita dah aman. Semua masyarakat dapat hidup selesa macam kita,hakikatnya tidak. Harga naik, dikata tidak membebankan. Mereka rasakah semua tu? Kalau makan gaji pun tak cukup nak menyara kehidupan mereka, inikan pula orang-orang kampung yang tiada gaji tetap bulanan. Mana dapat itulah rezeki yang ada. Jangan disangka orang kampung bodoh. Walaupun aku tak bekerja lagi, tapi aku dapat rasa peritnya nak kais duit nak sara keluarga.

Tapi tak mengapalah. Allah itu Maha Adil. Setiap perkara hatta sebesar zarah pun pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

apa-apapun, sekarang aku perlu fokus dengan pekerjaan aku sebagai pelajar di sini dan sebagai hamba Allah. Bukan saja-saja Allah memperjalankan kita di atas muka bumi ni melainkan nak kita berfikir dan mengambil pengajaran.

Sama-samalah kita memperbaiki diri. Aku berharap aku sempat mencari bekalan untuk dibawa sepanjang perjalanan ini. insyaAllah.

Terima kasih Dr Zainuddin Arsad yang memberi tugasan ini kepada kami.


bergambar bersama pelancong dari German.
antara pelajar statistik bersama Dr Zainuddin Arsad (tiga dari kiri).

No comments: