Friday, June 28, 2013

Nak yang mana?? Pahit atau Manis.......?

السلام عليكم


And if you should count the favor of Allah , you could not enumerate them.[Quran 14:34]Website | Facebook | Twitter

baiklah. alhamdulillah.. Allah masih lagi beri kita semua kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan kita di dunia ini. sebelum anda meneruskan bacaan, saya nak ajak anda untuk melafazkan satu kalimah ni...

LAILAHAILLALLAH

pastikan anda sebut ya? alhamdulillah...kalau dah, insyaAllah kita dah update iman kita hari ni. tak best jugak kalau dok update blog, status kat laman sosial saja,kan? sambil menyelam minum air lah; sambil-sambil update blog, boleh update iman..

baiklah, entri kali ini akan mengupas satu topik perihal kehidupan. jadi, sebelum nak kupas, mari kita belek-belek secara kasar topik ni. kalau tak, nanti tak terasa isi yang akan kita sama-sama kupas.

**********

EMAK : adik, mari sini, mak nak suapkan ubat. badan adik panas tu. 

ADIK : tak mau la mak... ubat tu pahit. tak sedap. adik nak ubat yang manis. takdak ka mak? yang rasa macam cekelat tu.. uhuk!uhuk! (batuk)

EMAK : adik... (sambil mengusap kepala adik). adik kena ingat, biasanya yang pahit itulah penawar. tak pernah lagi mak makan ubat yang rasanya manis macam cekelat adik tu. hah, lagi satu, adik tau tak? biasanya benda yang manis-manis tu lah bahaya...(muka serius)

ADIK : hah??? bahaya? (membulatkan matanya)

EMAK : adik ingat tak arwah Tok Lang yang kita pernah melawat dulu tu?

ADIK : ingat! ingat! yang kaki kena potong tu,kan? betul dak?

EMAK : hm..pandai anak mak. adik tahu tak, punca Tok Lang kena potong kaki tu sebab dia suka makan benda manis-manis. akibatnya, kandungan gula dalam badan Tok Lang tinggi. akhirnya, membawa kesan yang tak baik untuk Tok Lang. adik nak jadi macam tu?? tapi, bukan tak boleh makan manis-manis,cuma biarlah berpada.

ADIK : Ooooo... mak, adik nak makan ubat!! (cuba menukar topik)

**********

dah baca??
jadi, apa yang cuba saya sampaikan ialah tentang manis dan pahit dalam kehidupan. wajar jika saya katakan fitrah manusia jika menyukai perkara-perkara yang manis. tak dinafikan. dan biasanya manusia tak suka perkara-perkara yang pahit. baik dari aspek pemakanan, pengalaman hidup bahkan dari segi perkataan juga. manusia seringkali mahukan perkataan yang manis-manis

tak faham?

saya ertikan kata-kata manis itu sebagai kata-kata yang berbentuk pujian,bodek; pendek kata, kata-kata yang menimbulkan rasa bangga diri terhadap seseorang. memang seronok jika dipuji. mengapa? sudah fitrah manusia sukakan penghargaan. namun, bukanlah satu perkara yang bagus jika kita ini dalam kategori manusia yang sukakan pujian. lebih teruk lagi jika kita ini terdiri daripada golongan yang ketagihkan pujian. semua benda yang dibuat semata-mata kerana pujian. sehinggakan jika tidak dipuji, terus patah semangat. lebih teruk hingga ada yang putus asa semata-mata tidak dipuji! wajarkah? logikkah??

"buat penat je aku stay up siapkan assignment tu! bukan main cantik cover aku design. tapi, sepatah tak puji pun!!! huh. ni yang aku malas dah nak buat assignment lawa-lawa ni!!"

 puji itu perlu, tetapi biarlah kena pada tempatnya dan perlu berpada-pada. pada hari ini, saya bawa anda dari sudut insan yang dipuji ataupun seseorang yang menerima kata-kata yang manis. itu matlamat saya kali ini. 

selalu saja kita jumpa insan-insan yang suka mengupload gambar-gambar 'comel' mereka tak kiralah sama ada dalam blog, facebook, twitter dll. BAYANGKAN!! anda adalah insan-insan tersebut. cuma bayangkan... tambahan pula ramai yang "LIKE" kemudian komen "LAWANYA", "CUTENYA" , "SUBHANALLAH, INDAHNYA CIPTAAN ALLAH"... dan segala macam perkataan yang dinamakan sebagai pujian. apakah perasaan anda? ingat! anda lah insan yang dipuji tadi. makin menjadi-jadilah kan? hari demi hari ada saja gambar dengan gaya yang **** ditampilkan. 

lama-lama, boleh jadi racun. bukan saya mendoakan, tapi bayangkan jika seorang muslimat. cuba-cuba pakai pakaian 'adik'nya yang dirasakan cantik. dek kerana ramai yang puji, makin lama, makin kecillah baju 'adik'nya itu. tak kasihankan diri sendiri?

contohnya hendak bersedekah. sedekah itu satu ibadah jika kita benar-benar ikhlas melakukannya kerana Allah. tetapi, jika bersedekah kerana nakkan pujian, nakkan diri dianggap pemurah???? apabila ibadah itu tersasar niat? bagaimanakah nilai sedekah itu di sisi Allah? na'uzubillah.tersasar lah kita dari landasan yang sebenar. daripada perkara yang mendatangkan pahala, berubah jadinya.

dek kerana ketagihkan pujian, dua jiran boleh bergaduh. di bulan Ramadhan, saling bertukar-tukar juadah. sepatutnya niat kerana hendak bersedekah, tapi lain jadinya apabila tujuan bertukar-tukar juadah itu kerana nak tunjuk siapa masak paling sedap. sikapnya asyik nak dengar apa kata orang terhadap masakan tadi. bila kurang sedap, nak marah. bila puji sedap, barulah terasa puas. memang selalu bagitu. di mana-mana sekalipun.

"aku masak penat-penat, puji pun tidak. terima kasih aje?? LOL.."

bahayanya pujian kan? racun dalam kehidupan. walaupun manis, tetapi kesannya sangatlah teruk. 

bagaimana pula dengan perkataan yang pahit? saya tahu, manusia tidak sukakan kutukan, penghinaan, cacian, dan yang sewaktu dengannya. namun, macam yang 'EMAK' dalam 'drama' tadi cakap; biasanya yang pahit-pahit itulah ubat ataupun penawar.

ya. sukar kita menelan kata-kata yang pahit yang diperkatakan perihal diri kita. apatah lagi terhadap insan yang kita sayangi. apabila pakaian kita dikomennya, kerja kita dikutuknya, akhlak kita dipersoalkan. katanya tak selari dengan imejlah, akhlak kita teruklah. namun, cuba kita cerminkan kembali, recheck. apa benarkah kata-kata yang diperkatakan itu? barangkali ya. itulah diri kita. sukar kita menelan benda yang pahit. kalau makan ubat pun, perlu seiring dengan air, bukan? itulah lumrah kehidupan. tak semua benda kita perlukan yang manis-manis saja. pahit pun perlu rasa juga..

kalau semua yang kita buat itu dipuji, sampai bila kita nak tahu kesilapan kita? bila lagi nak perbaiki diri? semua yang kita lakukan, semuanya dipuji orang. sehinggakan timbul rasa bangga diri, rasa hebat, rasa riak.... "esok nak buat lagi, seronok dengar orang kata aku baik," tidakkah parah? bernanah, berdarah hati kita. kebaikan pun sia-sia. lari teruk daripada landasannya.

pahit? pahit perit untuk ditelan. namun, di situ ada penawarnya.

"eleh, post benda baik-baik kat FB. padahal ko tu solat pun tunggang langgang!"

"kau nasihat pandai kan? tazkirah sana, tazkirah sini. yang kau tu, aku tengok pergaulan pun lebih kurang dengan aku jerrrrr... blah la. ko tak layak nasihat aku."

sedarkan anda?? dalam kutukan itu terselit kebenaran yang kadangkala kita sendiri tak pernah perasan pun. andaikan anda soerang dai'e (pendakwah) yang selalu memberi nasihat kepada orang lain, namun ada mad'u (orang yang didakwah) yang melemparkan kata-kata yang sangat pedih. tapi, ingatlah, barangkali ada benarnya apa yang mereka katakan. mungkin Allah ingin menegur kita melalui mad'u kita itu.  husnuzhon.

perlahan-lahan kita bermuhasabah. saya pernah terbaca kata-kata ini

sayangilah musuh-musuhmu. kerana mereka menunjukkan kesalahan-kesalahanmu

manusia. ada hikmahnya Allah ciptakan kita 4 deria rasa. MANIS. MASIN. MASAM. PAHIT. PEDAS?? oh, pedas bukan rasa, tetapi satu mekanisme.

jadi, saya berharap agar apa yang saya cuba sampaikan, sampai dan terkesan terhadap hati kita semua.

saya ingatkan, kita dalam angle pemakan, bukan pemberi makan. maksudnya, anda cuba hadamkan post ini dari sudut insan yang menerima pujian ataupun kutukan tadi. kerana saya bukan menulis dari sudut insan yang memuji atau mengutuk. 

ingatlah, segala-galanya yang kita terima itu datang daripada Allah. jadi, sudah semestinya pulangnya juga kepada Allah. ujian itu daripada Allah. jadi, pujian mahupun teguran itu merupakan sebuah ujian untuk kita. tatkala terlalu tinggi kita terbang, Dia berikan pujian. sama ada hambaNya semakin jauh ataupun semakin mendekat.

yang pahit itu ubat,
yang manis itu racun


tapi, bermanis muka itu perlu!!! sekian. semuanya datang dan akan pulang kepada Allah. segala yang baik, milik Allah, yang kurang itu disandarkan atas kelemahan insan ini.

wallahu'a'alam... :)

muslimagnet:

"Sometimes that which you want most is most harmful for your hereafter, so Allah takes it away from you." -Abdulbary Yahya-

musliMagnet tumblr | @musliMagnet | Facebook

No comments:

Post a Comment