Thursday, May 2, 2013

"Dah rezeki semut.. Nak buat macam mana..."

السلام عليكم

Alhamdulillah..... kita masih lagi diberi nafas untuk terus mengembara di mana?? di dunia pinjaman Allah..


Firman Allah SWT di dalam surah at-Thalaq:
 فَإِذَا بَلَغۡنَ أَجَلَهُنَّ فَأَمۡسِكُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ أَوۡ فَارِقُوهُنَّ بِمَعۡرُوفٍ۬ وَأَشۡہِدُواْ ذَوَىۡ عَدۡلٍ۬ مِّنكُمۡ وَأَقِيمُواْ ٱلشَّهَـٰدَةَ لِلَّهِ‌ۚ ذَٲلِڪُمۡ يُوعَظُ بِهِۦ مَن كَانَ يُؤۡمِنُ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۚ وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجۡعَل لَّهُ ۥ مَخۡرَجً۬ا (٢) وَيَرۡزُقۡهُ مِنۡ حَيۡثُ لَا يَحۡتَسِبُ‌ۚ وَمَن يَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسۡبُهُ ۥۤ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمۡرِهِۦ‌ۚ قَدۡ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدۡرً۬ا (٣
Maksudnya:Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3)

sodaqollaahul'aziim...
______________________

#epilog

Pada suatu hari Jumaat yang indah, selesai mengemas pakaian dan bilik aku bercadang hendak menelaah subjek Fizik. Aku lantas mengeluarkan beberapa 'senjata' untuk meneruskan misi di pagi Jumaat ; sayyidul ayyam itu.

jeng..jeng..jeng...

i)buku Fizik beserta kalkulator, pensel kayu stabilo, dan pemadam dust-free stabilo
ii) air mineral 800mL
iii) kismis
iv) A4 putih

sambil menelaah, sebagai intro aku membaca doa penerang hati setelah membaca doa makan (nak makan kismis). aku mengalihkan pandangan ke topik Kirchoff's Law. Garu-garu kepala sikit, termenung 2 saat... pening.

aku minum air mineral (nak tambah H2O sebab nak tambah oksigen) nak lajukan kadar 'penghadaman' topik ni.

tiba-tiba mata pun beralih la kepada kismis tadi.

"subhanallah.....hebatnya"

aku rehat sebentar sambil menonton drama semut ..

ada la beberapa biji kismis yang aku tuang atas tudung bekas kismis tu. yang menariknya, sebiji daripada kismis tadi dah 'bergerak' dari tempat asalnya. rupa-rupanya ada semut yang membawa kismis tu...

terlintas di benak fikiran....''yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing''.

********


REZEKI ITU ALLAH HAK ALLAH

kadangkala apabila sesuatu itu telah berada di dalam genggaman kita,belum tentu ia adalah rezeki yang Allah nak beri kepada kita. Macam dalam kisah semut tadi, kita menyangka bahawa kismis yang kita beli tu, konfem2 akan jadi hak kita. tanpa kita sedari, segala-galanya yang ada dengan kita adalah daripada Allah SWT.

ada yang kadang-kadang tu, bila tericicir duit, handphone pecah, kta nak meradang. tak nafikan. ramai. lepas tu mulalah nak sebut perkataan "Kalaulah duit tu..." , "Kalaulah itu" , "Kalaulah ini.."

Sesungguhnya perkataan 'kalau' itu membuka jalan kepada syaitan... beware sahabat sekalian!!!

tak sedar pun kita bahawa Allah dah kata benda tu bukan untuk kita. sebagai contoh, bila duit kita dicuri. Allah dah kata itu rezeki si pencuri. Cumanya, usaha si pencuri tu menggunakan cara yang haram. cara yang salah untuk mendapatkan rezeki.

dalam hidup sebagai pelajar pula, ramai orang cakap kalau SPM teruk, tak ada masa depan. Siapa cakap??? Allah dah kata bahawa Dialah yang akan memberi rezeki. Bukan manusia. Bukan siapa-siapa. Ramai lagi manusia dekat luar yang berjaya. Kelulusan bukan penentu. Kalau ya, kenapa masih ramai graduan yang menganggur? bagaimana masa depan mereka? Ini antara kita dan Allah. Usaha kita setakat mana sangat? kebergantungan kita kepada Allah?? Pengharapan kita??

jom... kita tadabbur kalam Allah kat atas tadi... sedar tak itu ayat 1000 dinar? insyaAllah... ramai yang tahu.

Allah berfirman yang bermaksud; "

#ayat 2
dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), (2) 

#ayat 3
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). 

Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (3) 

mentaliti ummah harus diubah. tidak berjaya di dalam akademik bukan bermakna seseorang itu tiada potensi langsung. Mungkin rezeki dia, dia akan berjaya dengan cara yang tak disangka-sangka.. Allah itu Maha Adil, Maha Bijaksana. Dialah yang menciptakan, Dialah Yang Maha Mengetahui tentang ciptaanNya (kita). jika dah berusaha, Allah pasti beri.tapi, bila yang Allah bagi tu kita rasa tak suka, tapi kita tak tau yang Allah dah letak kita di tempat yang terbaik Dia nak bagi.

REZEKI BUKAN DUIT SEMATA-MATA

Allah tak semestinya beri rezeki dalam bentuk wang,makanan semata-mata. Anak-anak soleh/ah, jodoh yang baik, pekerjaan yang baik, semuanya rezeki.

mungkin pernah kita kehilangan benda yang paling bernilai dalam hidup kita... tanpa kita sedari, ada sesuatu yang lebih istimewa yang Allah nak hadiahkan buat hamba-Nya. Yakinlah dengan Allah. Dia Maha Penyayang lagi Maha Pemurah.

KITA ADA APA?

akhirul kalam.. segala yang ada di sekeliling kita adalah hak Allah. tak layak kita mengaku sesuatu itu hak mutlak kita. semua yang ada di antara langit dan bumi adalah hak Allah. apa yang kita ada?? jawapannya adalah apa yang Allah pinjamkan.

highlight PINJAMKAN.

jadi... bersyukurlah.... let's thanked Allah.

ALHAMDULILLAH..

No comments:

Post a Comment