Saturday, March 16, 2013

al-Fatihah buat Long

السلام عليكم

al-Fatihah....

tanggal 12 Mac 2013 bersamaan 29 Rabiulakhir 1434 Long telah pergi meninggalkan kami untuk memulakan sebuah perjalanan di alam yang kekal. kami agak terkesan dengan pemergiannya. selama ini Long telah menderita akibat barah hati. beberapa bulan lamanya Long hanya bertahan dengan sisa kudrat yang Allah kurniakan kepadanya serta dengan ubat-ubatan yang doktor bekalkan; dengan izin Allah, Long mampu bertahan seketika.

Long memang kurang sihat sejak dahulu. namun, sikapnya yang amat pemurah kerana setiap kali kami menziarahi Tok dan Long di kampung, Long tak pernah lokek untuk bersedekah. Long merupakan anak perempuan sulung dalam keluarga sebelah ayah. beliau tinggal bersama ibunya,Tok kami.

*******
pagi itu, dalam pukul 2.50 pagi aku dihubungi oleh Mak. berita yang agak mengejutkan aku; Long telah tiada lagi di dunia ini. aku yang masih mamai tika itu tidak tahu apa yang hendak dikatakan.

keesokannya, aku terpaksa meninggalkan beberapa kelas serta kuliah. aku hendak menziarahi Long buat kali terakhir. Jam 8.30 pagi Mak datang mengambilku di hadapan pondok pengawal matrikulasi.

Orang masih belum ramai ketika kami tiba di rumah Tok. ku lihat wajah Long. rasa seperti sukar dipercayai. wajahnya begitu berbeza sewaktu kali terakhir aku menziarahinya di rumah Tok kira-kira 2 minggu yang lalu.

aku gembira melihat Long 'tidur' sambil tersenyum. tenang sahaja. semoga Allah memberi husnul khotimah buat Long.

********

aku baru terasa hikmahnya. sebelum ini, aku pernah menghadiri kursus pengurusan jenazah di matrik. pada hari Long akan dikebumikan, alhamdulillah, aku sempat menolong 'makcik-makcik' yang sedang menguruskan persediaan untuk mengkafankan serta memandikan arwah Long.

terasa sebak sekali. biarpun aku tidaklah begitu akrab dengan Long, namun pemergiannya tetap membekas di hati. Maksu Chah yang selama ini telah banyak menolong untuk menjaga Long ketika sakit di hospital, tentu lebih terasa akan pemergian Long.

********

sebelum Long pergi, alhamdulillah aku sempat melihat keadaannya. apa yang aku tahu, Long sudah tidak boleh bangkit dari tempat tidurnya. segala-galanya pasti akan diuruskan oleh orang lain; Tok, ayah, Cik Som, sepupu-sepupuku yang lain. makan-minumnya hanya melalui tiup yang dipasang melalui lubang hidung dan disambungkan terus ke perut. selain itu, tiub untuk membuang air turut dipasang bagi memudahkan urusan memandikan atau membersihkan Long.

saranan doktor, Long perlu minum susu yang telah dikhaskan sebanyak 7 kali sehari mengikut jadual yang ditetapkan. kos setin susu menelan belanja kira-kira RM60. alhamdulillah, Paksu Awang telah banyak membantu. 

********

apa yang aku harapkan kini adalah semoga aku, keluarga, sahabat-sahabat, serta saudara Muslim yang lain diberikan husnul khotimah oleh Allah. Semoga kami dimatikan dalam kedaan yang taat kepada Allah dalam nikmat Islam dan iman... amiin.. InsyaaAllah..

perbanyakkanlah membaca surah arRa'adu. semoga mendapat husnul khotimah... InsyaaAllah.... :)


p/s:
*doa untuk mendapat husnul khotimah*

No comments:

Post a Comment