Tuesday, December 31, 2013

Terima Kasih, Ayah !!

السلام عليكم

Ayah tak banyak berbicara. Aku tak tahu apa yang bermain dalam fikiran ayah. Ayah saja lah satu-satunya insan yang menjadi tunjang keluarga kami. Masa kecil-kecil dulu, ayahlah yang dengan penuh sabar mengajar aku. Aku masih ingat, ayahlah yang memngajar aku tentang konsep pembahagian dalam matematik, sehinggakan hari ini ilmu tersebut masih lekat di fikiranku.

Ayah juga agak tegas sewaktu aku dan adik kedua masih kecil. Tiba sahaja waktu Maghrib, tatkala itu aku dan adik sedang menonton Doraemon disuruh mengerjakan solat. Seringkali kami liat. Waktu itu, ayah pasti akan memegang sebatang rotan sebagai 'amaran' untuk kami. 

Apabila tiba sambutan Hari Guru di sekolah, ayah pasti dah sediakan hadiah istimewa untukku bawa ke sekolah. Ada satu hadiah yang paling aku tak dapat lupakan iaitu sebatang rotan halus. Kata ayah, mudah untu guruku merotan jika aku nakal nanti.

Ayah tidak belajar tinggi. Setakat Darjah 5 sahaja. Itupun kerana terpaksa bekerja seawal usia remajanya bagi menanggung kehidupan adik-adik dan ibunya. Ayah tak pernah merasa kesenangan ketika usianya sebaya dengan aku sekarang. Mana mungkin dia tidak cemburu melihat rakan-rakan seusianya yang lain ada yang bersekolah.

Sehingga sekarang, ayah masih bekerja keras untuk menyara kehidupan. Ayah bukan bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Ayah hanyalah seorang tukang paip, kadangkala tukang elektrik, kadangkala tukang kayu, dan kadangkala mengurut orang.

Sebab itulah aku tidak setuju apabila terdapat golongan atasan mengatakan bahawa rakyat tidak berusaha mencari alternatif untuk memperbaiki taraf kehidupan. Analogi aku mudah; mana mungkin seekor burung yang tak pernah menyelam di dasar lautan bercakap tentang kehidupan sang ikan. Melainkan burung tersebut sendiri hidup bersama-sama sang ikan. Dari situ, barulah dia merasai bagaimana susahnya nak berenang kerana selama ini hanya berterbangan di awanan. Hanya memerhati dari atas. Tatkala lapar, barulah terbang turun ke permukaan mencari makanan.

Selalu sahaja kita melihat golongan yang sedang memperbaiki kerosakan di asrama, koridor mahupun di mana-mana tempat dengan pandangan yang sinis. Namun, itulah pekerjaan ayah aku. Aku sedikit pun tidak rasa malu. Aku bangga dengan ayah.

Kalau anak-anak merungut nakkan sesuatu, selalunya ayah pasti akan cuba juga untuk mendapatkannya walaupun aku tahu ayah kadangkala tak mampu. Dia tak mahu anak-anaknya merasai kehidupan sepertinya dahulu.

Dalam keluarga aku, hanya ayah seorang sahaja yang bekerja. Emakku seorang surirumah. Aku risau.
Persekolahan akan bermula tidak lama sahaja lagi. Sudah pasti ayah perlu bekerja lebih keras. Persiapan barang-barang persekolahan adik-adik perlu disediakan, yuran persekolahan lagi.

Aku terfikir, bagaimana aku nak bantu ayah? Kadangkala apabila aku berbual dengan rakan-rakan, rata-rata ibu bapa mereka dah pun menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Aku sedih.Aku pun nak mak ayah sempat merasai semua itu. Tapi..

Allah kata 'Jika kamu mampu'.


Aku tak pernah berani nak cakap "Kak tak dak duit" jika ayah bertanyakan soal wang di universiti. Aku faham ayah. Bukan aku tak mahu duit ayah, tapi biarlah ayah gunakan untuk adik-adik dan ibuku dahulu.

Baju raya ayah sudah beberapa tahun tidak berganti. Sedangkan aku dan adik-adik setiap tahun disuruh untuk membeli pakaian baru. Jika ayah beli baju pun, biasanya yang bundle sahaja. 
Tapi aku dan adik-adik?

Ayah seorang yang sangat suka menolong orang lain. Kadangkala sampa sanggup susahkan dirinya demi orang lain. 


Pengorbanan ayah sungguh besar namun kadangkala tidak terlihat. Mana mungkn seorang ayah tidak menyayangi keluarganya walaupun dia tidak meluahkan dengan kata-kata. Cukuplah tingkah lakunya membuat aku mengerti.

Ayah, kak mintak maaf sebab kak tak mampu nak tolong ringankan beban ayah lagi setakat ni. Kak tak mahu ayah dengan mak susah.

Tapi kak yakin. kebahagiaan bukanlah terletak pada nilai material, ayah. Kak yakin dengan perencanaan Allah. Sungguh, rezeki Alah itu luas.... 

Insya Allah, semoga kak dan adik-adik berjaya suatu hari nanti dan tiba giliran mak ayah berehat pula. :)

amiin..

Khas buat ;  
AYAH


Wednesday, December 18, 2013

Sesak

السلام عليكم

Malam ini aku termenung lagi; memikirkan apalah nasib aku 10 tahun akan datang. Ada apa yang tak cukup sekarang? Alhamdulillah, nikmat-nikmat Allah masih lagi aku terima dan hidup dengannya sehinggalah sekarang. 

Sungguhpun begitu, terasa sesak dada melihat sketsa yang dimainkan oleh pemerintah sekarang. sungguh aku penat. apa yang terkini, semua benda nak dinaikkan harga.

aku masih teringat suatu hari emak bercerita kepadaku. Ayahku baru sahaja pulang dari mesyuaran di Pejabat Buruh. Sedih aku mendengarnya. Arahan baru ; setiap pekerja perlu diberi gaji minimun RM900. Dek kerana ayahku hanyalah makan gaji kotrak, mana mampu nak berikan walaupun gaji 'seminimum' itu. Ya, ayah ada beberapa orang pekerja di bawahnya. Itupun untuk membantunya melakukan kerja-kerja perpaipan, pertukangan dll.

Sedangkan kami sendiri pun tak mampu nak rasa minimum RM900 setiap bulan, inikan pula nak membayar kepada orang bawahan. Aku faham, mungkin tujuan kerajaan nak ringankan beban rakyat. Tapi, kenapa tak kaji dahulu sebelum memutuskan sebarang keputusan?

aku sedih, aku belajar pun sekarang masih menanggung hutang. bidang yang aku ambil tidak ditaja oleh JPA mahupun MARA. walaupun aku belajar di USM, asentif APEX pun kami tak dapat. Iya, boleh saja kami ambil bantuan wang atau biasiswa luar (swasta).

Ayah, terlalu risaukan aku. Tatkala dia menelefon aku, soalan lazimnya "Kak ada duit lagi tak?". Allah... aku tak sampai hati nak cakap "takdak". Aku tahu betapa susahnya ayah nak mencari sesuap nasi untuk kami. 

pekerjaan ayah aku bukannya makan gaji bulanan. Alhamdulillah, ada rezeki.. adalah. 

bila aku baca suratkhabar.. itu naik, ini naik.. tak tahu macam mana aku nak bayangkan apalah bebanan demi bebanan yang ayah nak fikir. adik-adik pun masih bersekolah. nak bagi duit hari-hari. kalau masa aku sekolah rendah dulu, paling kurang 50 sen pun dah cukup. tapi sekarang, RM 1 pun belum tentu cukup.

itu kehidupan aku. Alhamdulillah...Bolehlah nak menyara keperluan seharian. Macam mana pula dengan insan yang kurang bernasib baik yang lain? Misalannya macam masa aku pergi buat survey di sekitar Penang dulu, ramai lagi rakyat yang merempat. Tiada tempat berlindung.

Senang-senang saja orang atasan cakap "Kalau itu naik, tak payahlah guna itu, gunalah ini!"


hati aku agak berontak sedikit mendengar kenyataan yang aku rasa kurang cerdik itu. sungguh, aku terasa. semua benda yang dinaikkan bukannya benda yang jarang-jarang kita gunakan. bahkan, yang sudah menjadi keperluan.

astaghfirullah. maaflah kepada insan-insan berkenaan. dengarlah rayuan , luahan daripada kami insan-insan yang tak bertuah seperti anda. barangkali tak pernah terpercik dek kesusahan. kalian tidur beralaskan harta, kami berselimut dengan keresahan. resah. bagaimana nak menanggung anak-anak yang nak masih kecil? ya, kami yakin Allah akan membantu kami. kalian? tak pernah rasa nak bantu hidup saudara sendiri?

aku masih tak faham. kenapa masih ada yang menyokong? walhal seumpama hanya bergantung pada seutas tali tatkala diri sudah di hujung gaung. masih memuji-muji pada insan yang menolak kita dari atas. kenapa tak nak menolong saudara lain yang tak semampu seperti kita?

tak semua orang senang wahai tuan. kami sesak bernafas. Kalian rasakan seolah-olah kalian yang memberi nafas kepada kami. Penat.

insyaAllah, aku berdoa agar Allah hadirkan insan yang sudi membantu kami. semoga Allah mempermudahkan urusan kami. tak mengapa. Yakin dengan bantuan Allah. Allah itu Maha Adil. Jika tidak di dunia, di akhirat sana masih ada dan kekal abadi. 

sekian. 

Sunday, November 24, 2013

Merasai dengan hati. Pengalaman baru

السلام عليكم

Alhamdulillah. masih lagi bernafas.

banyak sangat perkara yang dipelajari sejak melangkah ke alam baru ni. Ya Allah.. betul kata asSyahid Imam Hassan al-Banna; tanggungjawab melebihi masa yang kamu ada. Sungguh.

semenjak masuk ke alam universiti, benarlah kita bebas nak melakukan apa sahaja yang kita nak. Sebab segala-galanya depends on diri sendiri.


Sains dengan Pendidikan. walaupun namanya nampak tak gempak macam kos Farmasi, Medical atau Engineering, tapi penatnya semua lebih kurang.

Disebabkan Sains dengan Pendidikan, subjek major Matematik jadi semester ni termasuk subjek Statistik. sangatlah mencabar. Dua hari lepas, kami baru saja dimaklumkan mengenai assignment yang perlu dilakukan.

kami semua perlu mangambil data dalam kalangan pelancong di Malaysia. Disebabkan USM berada di Penang, jadi survey kami dilakukan di kawasan sekitar Penang. Sasaran pelancong kami perlu melebihi 150 orang. Masa yang perlu kami ambil untuk kumpulkan data ialah selama 2 minggu.

Petang tadi, aku bersama seorang rakan kumpulan, Vishnu pergi membuat survey di sekitar Jalan Chulia. Alhamdulillah, kami berjaya mengumpul lebih kurang 26 pelancong asing. Rata-ratanya dari kawasan benua Eropah.

sememangnya nak melakukan tugasan seperti ini memerlukan kekuatan, keberanian yang sangat tinggi. Aku terpaksa menemu bual pelancong yang sedang minum bir, arak. Rata-rata kawasan tersebut memang banyak pub dan hotel bajet.

Kalau dahulu aku tak pernah terlintas untuk ke tempat-tempat yang macam tu, sekarang aku terpaksa melakukannya untuk memenuhi tugasan yang diberi. Pada waktu siang, aku rasa tidaklah terlalu menakutkan kerana rata-rata pelancong hanya minum kopi dan mengambil fotografi. Namun pada waktu malam, mashaAllah. aku rasa sangat mencabar. 

aku tahu, bukan saja-saja aku diitakdirkan untuk melakukan perkara seperti ini. Pasti ada sesuatu yang Allah nak tunjukkan. Ibrahnya... berdasarkan pemerhatian aku, masih ramai rakyat Malaysia yang berkelana. Tidur di kaki lima, merempat di lorong-lorong yang kotor. Barangkali tiada tempat tinggal. Aku sendiri keliru dengan perasaan yang perlu aku rasai melihat semua itu. Kasihan pun ada. 

Ada satu kisah antara aku dengan orang kurang siuman sebentar tadi. Aku dan seorang rakan sedang berdiri di pintu pagar bersebelahan pub sementara menunggu rakan-rakan lain datang. Tiba-tiba ada seorang perempuan yang berkemban menghampiri kami.

"Dok buat apa kat sini??"

"Tak da lah. Tunggu kawan ja."

sementara tu cuba mengalihkan pandangan ke arah lain. Tiba-tiba dia bersuara...

"Dok cantik-cantik camni buat apa? Sampai bila nak pakai tudung ni???!!"

nada dia macam tak puas hati. Ya Allah. Takutnya hanya Allah yang tau. Kami berdua lari ke tempat lain. Dia ikut dari belakang. dia cakap

"Dok takut apanya? Bukan nak p**** d*** hampa pon!"

kami buat-buat tak tahu saja. Mujurlah ada pak cik beca di situ. Pakcik tu cakap yang perempuan tu menghisap gam. Dia menghadapi tekanan mental dek kerana mak dan ayahnya terbunuh. Sampai sekarang dia dah jadi tak siuman. Kadang-kadang kalau dia minta wang, beri sahaja. Pernah dia mencekik orang sebab tak nak bagi wang kepada dia.

Kasihan kan. Banyak lagi perkara yang kita semua tak tahu. Kita rasa kita dah aman. Semua masyarakat dapat hidup selesa macam kita,hakikatnya tidak. Harga naik, dikata tidak membebankan. Mereka rasakah semua tu? Kalau makan gaji pun tak cukup nak menyara kehidupan mereka, inikan pula orang-orang kampung yang tiada gaji tetap bulanan. Mana dapat itulah rezeki yang ada. Jangan disangka orang kampung bodoh. Walaupun aku tak bekerja lagi, tapi aku dapat rasa peritnya nak kais duit nak sara keluarga.

Tapi tak mengapalah. Allah itu Maha Adil. Setiap perkara hatta sebesar zarah pun pasti akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

apa-apapun, sekarang aku perlu fokus dengan pekerjaan aku sebagai pelajar di sini dan sebagai hamba Allah. Bukan saja-saja Allah memperjalankan kita di atas muka bumi ni melainkan nak kita berfikir dan mengambil pengajaran.

Sama-samalah kita memperbaiki diri. Aku berharap aku sempat mencari bekalan untuk dibawa sepanjang perjalanan ini. insyaAllah.

Terima kasih Dr Zainuddin Arsad yang memberi tugasan ini kepada kami.


bergambar bersama pelancong dari German.
antara pelajar statistik bersama Dr Zainuddin Arsad (tiga dari kiri).

Saturday, October 26, 2013

Berkejaran

السلام عليكم


السلام عليكم

dalam hidup, terlalu banyak yang dikejar. 
hairan, bahkan perkara yang dikejar itu seikit pun tidak bisa dibawa bersama ketika mati.
aku juga tidak dapat lari daripada situasi ini.

aku punya 24 jam untuk sehari, namun kadangkala terasa seperti 24 jam itu tidak mencukupi untuk aku.

aku masih lagi menuntut ilmu ; ataupun lebih senang lagi penuntut ilmu sepenuh masa. bukannya seorag pemimpin negara ataupun insan berkerjaya lain.

entah apa yang mebuat aku terkial-kial berkejaran ke sana ke mari. 

patutlah Allah selalu sahaja bersumpah dengan nama 'masa' dalam firman-Nya.

sungguh, penat mengejar dunia. sampai satu ketika akan terasa lelahnya. padahal kadangkala aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku cuba kejar itu.

Friday, September 27, 2013

Allah Mengatur Segala-galanya

السلام عليكم

Alhamdulillah.... 



sesekali aku bertanya kepada diri sendiri. Apa layakkah aku terima semua ini? Allah... Allah terlalu menyayangi hamba-hambaNya. kadangkala aku tak pernah minta pun, Allah beri.

Allah dah letakkan aku di suatu tempat yang di sekelilingnya insan-insan yang sangat aku senangi.

teringat aku akan ayah dan mak. seingat aku, sejak kecil sudah berbagai-bagai kesalahan, dosa, yang aku lakukan secara aku sedari mahupun tidak aku sedari. tapi, Allah tak pernah hilangkan rasa kasih dan sayang mereka kepada aku dan adik-adik. subhanallah.....

setiap jalan yang Allah berikan, sudah tentu kita yang harus membuat pilihan. kadangkala, dalam satu masa Allah berikan beberapa jalan kepada kita sebagai pilihan. di saat itulah Allah menguji sejauh mana taatnya kita kepadaNya.

misalannya di saat kita kesempitan wang. Allah mengilhamkan beberapa jalan sebagai pilihan kepada kita. namun, yang akan menentukan jalan ini sudah tentulah tahap keimanan dan ketaqwaan dalam diri kita sendiri.

jika keimanan kita nipis, sudah tentu jalan yang mudah kita akan ambil. misalannya, mencuri atau apa-apa yang dapat memberikan kita wang dengan cara yang amat mudah.

namun, jika keimanan kita tebal, sudah pasti rasa takut kepada Allah itu akan memelihara kita daripada melakukan sesuatu yang Allah murkai.

sekarang aku hidup di dunia yang amat mencabar. pelbagai komitmen perlu aku ambil kira. semuanya amanah Allah. baik dari segi masa, tenaga, setiap anggota tubuh, ilmu, harta benda yang Allah dan bagi.

selalu aku terlupa yang setiap satu nikmat tersebut akan dipersoalkan di akhirat kelak. kerana itulah setiap perbuatan perlu diniatkan kerana Allah.

bercakap soal ilmu, aku takut. nak mendapatkan ilmu insyaAllah dalam keadaan sekarang bagi aku amat mudah. namun, nak memelihara ilmu ini agak sukar. 

ilmu itu cahaya. mana bisa masuk ke tempat yang gelap. tempat yang gelap itu umpama hati yang sarat dengan maksiat dan dosa.

sukarnya memelihara hati. hati ini juga amanah yang amat berat. sukarnya Ya Allah...

di saat aku diuji dengan masalah, selalu terasa seperti begitu berat. berat sekali. namun aku percaya, jika pergantungan aku kepada Allah kuat, nescaya aku takkan terasa sedemikian. sudah pasti hati aku ini sarat dengan dosa. na'uzubillah... 

apa yang Allah berikan??? di saat itu, berbagai-bagai pengajaran yang Allah hadirkan. sebagai apa? supaya kita dapat mengambil ibrah dari setiap apa yang berlaku.

pada waktu itu, mata kepala kita takkan dapat menilai perkara itu.. namun, insyaAllah mata hati dapat melihat hikmah yang Allah nak beri. 

tarbiyyah Allah itu sangatlah hebat. dari setiap sudut Allah berikan. 

kadangkala Allah hadirkan seseorang untuk menegur kita, kadangkala Allah berikan kita sesuatu musibah....
dan macam-macam lagi cara Allah hadirkan tarbiyyahNya.

untuk apa ya???

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah nakkan kita tak mensia-siakan segala peluang yang diberikanNya untuk terus berkhidmat sebagai hambaNya juga sebagai khalifah di muka bumi.

jika tidak, masakan Allah memilih manusia untuk mentadbir bumiNya. apa yang istimewanya kita? selalu saja kita ingkar dengan suruhan Allah.. 

Allahua'alam.. Allah saja yang tahu. Dialah yang menciptakan jua mematikan. Pastinya Allah ada asbab mengapa manusia yang dipilih.

Dunia bakal berakhir tidak lama lagi. Semoga kita sempat mengutip bekalan di dunia ini sebelum masa tamat.

we're on a journey. but we don't know when it will be end. life must be go through.

towards jannah our destination, but it's just a rewards. recheck our nawaitu. when we do something for ilah;Allah.... insyaAllah, He'll give us the jannah....

but when we do something just for the rewards, it doesn't produce the sweetness.

c'on... Allah is giving us the chances. for me,not only for 2 or three times He gave me chances, but there were a millions times or more times I did for the mistakes, He still waiting for me.. Allah is giving us the chances. Till qiyamah. 

Allahu robbi.

let's start for a new journey. may Allah ease every single thing for us.. ameen.


Wednesday, August 28, 2013

Mimpi

السلام عليكم

Quotes for today~
"A dream is not what accompanies you in sleep.
--------
A dream is that makes you fail to sleep."
Ameen Misran
August 25 
Detik demi detik kian berlalu. Allah.. pantasnya masa berjalan. semuanya mengikut Sunnatullah. terasa rugi pula sebab dah terlepas banyak perkara dalam "To-Do-List" yang dah ditulis sebelum habis belajar di matrik lagi.

4 bulan cuti bukanlah suatu masa yang singkat. Sekarang terasa benar-benar menyesal sebab apa yang dirancang tak berjaya ditepati. Salah diri sendiri juga.

***********

Tanggal 5 Syawal aku dikejutkan dengan berita sahabatku yang pernah belajar di matrik mengalami kemalangan jalan raya. Dia membonceng ibunya di belakang. Alhamdulillah sahabatku selamat. Cuma ibunya agak parah. Tidak dapat aku bayangkan bagaimana perasaannya. Iyalah, dah tak beberapa hari lagi dia akan melangkah masuk ke universiti.

Dia anak tunggal. Seorang yang ceria dan ramah. Dia selalu menghiburkan dan menenangkan sesiapa sahaja yang kesedihan.

Kini dia dilanda musibah. Aku sedih sebab tak dapat bersama-sama dengannya di saat dia menanggung masalah keseorangan.

Namun, alhamdulillah. Aku sempat bertanyakan keadaan terkininya melalui sahabat-sahabat terdekat. Dia selamat. Ibunya patah kaki. Sekarang mungkin telah dibedah dan dimasukkan besi. Pagi semalam ibunya masuk wad kembali.

Tiada apa yang aku harapkan kecuali Allah sembuhkan ibunya agar sahabat aku dapat belajar kembali dengan jiwa yang tenteram. Amin.

************
Mimpi aku sekarang mungkin tak sama dengan mimpi saudara maraku yang lain. Terutama yang sedang berada dalam keadaan genting. Barangkali tak sempat bermimpi pun.

ini di Syria *credit to page Ikram for Syria*



ini pula di Mesir *credit to page Update Mengenai Mesir Dan Morsi Disini dan Mesir Kini*





Sedih. Terkoyak juga hati bila tengok insan-insan yang tak bersalah diperlakukan sedemikian rupa.

Tapi sampai sekarang pun dunia masih lagi membuta tuli. Suara-suara kecil tidak dilayan bahkan dibidas kembali.
"Anda tidak perlu untuk menjadi rakyat Mesir untuk bersimpati, anda hanya perlu menjadi manusia" - Recep Tayyep Erdogan (Perdana Menteri Turki)
tak mahu ambil peduli? mana boleh. sekurang-kurangnya kita perlu ambil tahu juga. Satu hari nanti tak mustahil benda yang sama akan menimpa diri kita.

tapi, layakkah kita mengikut jejak langkah mereka? Mereka syahid di jalan Allah.

itu kerana hari-hari mereka dipenuhi dengan ibadah, ketaatan kepada Allah.

sedih. pernah terbaca satu statement daripada seorang warga di sana, tak pasti samada di Mesir atau pun Syria. " Kami di sini solat 6 waktu sehari ; Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Solat Jenazah."

Perancangan Allah itu Maha Hebat. Subhanallah. Dia telah menjemput mereka secara beramai-ramai melalui syahidnya mereka semua. 

Berdoalah agar mereka selamat. Semoga Allah menghapuskan kezaliman. Allah itu Maha Adil. 

moga-moga satu hari nanti kita semua dapat berkumpul bersama-sama mereka di syurgaNya.
Amiin...
InsyaAllah.....

Saturday, August 24, 2013

Madmie Channel YouTube

السلام عليكم
Saja nak berkongsi tentang satu akaun Youtube milik saudara Ahmad Zulhilmi bin Sobri. Beliau merupakan bekas penuntut Beijing Foreign Studies University dan SBPI Kubang Pasu. Kebanyakan karya-karya Madmie Channel yang dihasilkan merupakan arahan, penulisan oleh beliau sendiri.

Mari mengenal beliau melalui karya-karya yang dihasilkan oleh beliau.

Akaun Youtube : http://www.youtube.com/user/madmiechannel?feature=watch 
Akaun Blogger : http://officialmadmie.blogspot.com

Karya-karya beliau yang membuatkan saya kagum adalah melalui drama-drama pendek yang kebanyakannya di-tributekan kepada AMIR China (Aspiring Malaysian Rijal) China.

Antara drama-drama pendek yang telah dihasilkan beliau adalah Tomato 1.0, Tomato 2.0, The Criminal, dan banyak lagi. Terbaru : The Drama King.

 

mengapa short films beliau sangat di-recommends untuk pembaca?
  • visual dan kualiti video yang sangat bagus.
  • nilai-nilai yang diterapkan dalam penghasilan video beliau.
  • ada nas-nas daripada al-Quran dan hadith
Jadi, saya berbangga kerana masih ada syabab yang berdakwah melalui kreativiti yang pelbagai. Hari ini, saya lihat anak-anak muda sama ada sebaya ataupun lebih muda mahupun lebih berusia daripada saya, sudah ramai yang bangkit menyebarkan dan menyeru ke arah yang lebih baik. Dalam ertikata mudah ; berdakwah melalui teknologi terkini.

Antaranya Vlog, Blog, menulis buku dan macam-macam lagi. Alhamdulillah. Harap-harap perkara ini memberi kesan positif sama ada terhadap penyampai apatah lagi penerima. 

Rasulullah SAW bersabda:

خير الناس أنفعهم للناس
Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Ahmad, Thabrani, Daruqutni. Dishahihkan Al Albani dalam As-Silsilah As-Shahihah)

Namun begitu, kita seharusnya berhati-hati tatkala ingin menimba ilmu agama melalui facebook, blog, video-video atau apa sahaja yang seumpamanya kerana tidak semuanya berasakan sumber yang sohih.

Sekian,
Wallahua'alam.

Tuesday, July 30, 2013

Baiti, Jannati. InsyaAllah :)

السلام عليكم


Alhamdulillah. Masih lagi berkesempatan menatap, menghayati dan menghirup udara pinjaman Allah.

Firman Allah dalam surah Luqman, ayat 10:

Dia menciptakan langit dengan tidak bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya; dan Dia mengadakan di bumi gunung-ganang yang menetapnya supaya bumi itu tidak menghayun-hayunkan kamu dan Dia biakkan padanya berbagai jenis binatang; dan Kami menurunkan hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan di bumi berbagai jenis tanaman yang memberi banyak manfaat.

Gambar-gambar kenangan di sekitar kawasan rumah, Alhamdulillah.. Allah hidupkan tanaman-tanaman di sini dengan subur sekali..

  • Pokok Cempedak


  • Pokok Petai


  • Pokok Belimbing



  • Pokok Kelapa @ Nyior


  • Pokok Manggis


  • Pokok Pinang


  • Pokok Getah

  • Pokok Langsat

  • Pokok Rambutan

  • Pokok Serai


  • Pokok Jering


Dan, yang inilah tempat ayah membakar ikan / ayam / daging terutama waktu bulan Ramadhan. Buat juadah berbuka.... :)

Monday, July 29, 2013

Nukilan Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man

السلام عليكم


Wahai anakku,
Semasa engkau sering termenung dan murung, aku sedar kamu sekali lagi terkena masalah yang sama. Masalah engkau terlalu mudah membiarkan hatimu terikat pada seseorang.

Wahai anakku,
Sedarlah waktu hati engkau terikat pada seseorang, kamu akan melakukan segalanya untuk menggembirakan mereka dan membuat mereka senyum. Kamu akan terlupa mengenai kehendak kamu, kehendak orang lain menjadi keutamaan yang lebih tinggi daripada kehendakmu sendiri.

Tatkala ini, wahai anakku, engkau akan sentiasa memberi peluang kepada mereka, walaupun kamu tahu tidak berbaloi kerana tindakan mereka sering melukai hatimu. Kadang-kala mereka juga mengambil kesempatan pada engkau, dan kamu menjadi seorang yang lemah dan mudah dipengaruhi.

Tapi kerana rasa sayang di hati, wahai anakku, kamu merelakan dirimu dilayan sebegini, kerana kamu merasakan asalkan mereka tetap berada di dalam kehidupanmu, kamu dah cukup berpuas hati. Walaupun mereka mengecewakanmu berkali-kali, kamu tetap berada di sisi mereka waktu mereka memerlukan kamu. Engkau merasakan itulah kamu, dan itulah siapa kamu yang sebenarnya.

Ingatlah tatkala kamu terikat dengan seseorang, di hatimu sentiasa ada tempat untuk mereka. Sebab itulah kamu susah melepaskannya walaupun mereka merompak senyumanmu. 

Wahai anakku,
Aku sedar masalah kamu kerana aku juga pernah berkali-kali mengalaminya ketika waktu muda aku. Aku faham engkau malu bercerita pada aku mengenai perasaan di hatimu walaupun aku sedikit terhiris kamu merasakan aku tidak dapat memahami perasaanmu.

Ingatlah wahai anakku, kamu hanya insan biasa, dan kamu tidak mungkin dapat lari daripada terikat perasaanmu pada seseorang. Tapi kematangan dan pengalaman boleh membantu dalam menguruskan gelora emosimu tatkala kamu semakin membesar.

Aku nukilkan ini untuk engkau tahu aku sentiasa bersedia untuk mendengar. Usah rasa malu pada aku, kerana aku tidak akan mencemuh mahupun memandang rendah padamu kerana kamu anak kesayanganku.

Jika kamu susah bercerita pada aku, ceritalah pada Tuhanmu. Mohonlah Tuhanmu membuka hatimu dan memberikan petunjuk padamu. Pastikan ikatan kamu pada Tuhanmu melebihi segala ikatan dengan manusia, dengan itu kamu tidak akan mudah terjerat dengan gelora hatimu yang terikat pada seseorang yang tidak mengerti untuk menghayatimu.

Dan kongsilah nukilan ini pada sahabat handaimu jika kamu terasa ini seolah-olah terkena pada sanubari hatimu.

Senyum.

Sunday, July 28, 2013

#1 Mesir Kini

السلام عليكم

Berikut merupakan beberapa gambar yang saya peroleh daripada page Mesir Kini di facebook. Tiada apa yang mampu dikatakan hanya doa sahaja yang mampu kita kirim kepada saudara-saudara kita di sana. Alhmdulillah, sudah ramai yang syahid!! Mereka telah 'selamat'. Kita?

hasbunallah wani'mal wakil

Serpihan sebahagian kepala (dan kesan darah) salah seorang demonstran (yang mulia). Semoga Allah kurniakan ganjaran syahid baginya.

Sumber : نبض رابعة

Van Ambulan ditembak - Sehingga ke tahap ini kegilaan mereka menembak!

Sumber : رابطة محبى جماعة الاخوان المسلمين ( انضم لنا )

Di Masjid Qa'ed Ibrahim, Iskandariah. Polis bersedia untuk menahan mereka (pro Mursi) yang dikepung.

Sumber : Twitter Yusuf Abdelbaky

Terkini : Jumlah mereka yang syahid sudah melebihi 200 orang! Lebih 3500 orang tercedera dan sebahagian dari mereka dalam keadaan kritikal.

Sumber : رابطة الاخوان بالعالم

Gerakan pembunuhan beramai-ramai sedang dilakukan kepada penyokong legitimasi sekarang oleh As Sisi.

..........

Hasbunallahu wani'mal wakil !

Sumber : نبض رابعة 

Penembak hendap dari bumbung-bumbung melepaskan tembakan peluru hidup kepada penunjuk perasaan anti-rampasan kuasa di Dataran Jundi Majhul, Madinah Nasr.

Sumber: RNN

KISAH MOTIVASI : BERHENTILAH MENJADI GELAS.

السلام عليكم

Seorang guru sufi mendatangi seorang muridnya ketika wajahnya belakangan ini selalu tampak murung.

" Kenapa kau selalu murung, Nak ?
Bukankah banyak hal yang indah di dunia ini ?
Kemana perginya wajah bersyukurmu ? " sang guru bertanya.

" Guru, belakangan ini hidup saya penuh masalah. Sulit bagi saya untuk tersenyum.
Masalah datang seperti tak ada habis-habisnya," jawab sang murid muda.

Sang Guru terkekeh.
" Nak, ambil segelas air dan dua genggam garam. Bawalah kemari. Biar kuperbaiki suasana hatimu itu."

Si murid pun beranjak pelan tanpa semangat. Ia laksanakan permintaan gurunya itu, lalu kembali lagi membawa gelas dan garam sebagaimana yang diminta.

" Cuba ambil segenggam garam, dan masukkan ke segelas air itu," kata Sang Guru.

" Setelah itu cuba kau minum airnya sedikit." Si murid pun melakukannya. Wajahnya kini meringis karena meminum air asin.

" Bagaimana rasanya?" tanya Sang Guru.

" Mssin, dan perutku jadi mual," jawab si murid dengan wajah yang masih meringis.

Sang Guru terkekeh-kekeh melihat wajah muridnya yang meringis kemasinan.

" Sekarang kau ikut aku." Sang Guru membawa muridnya ke danau di dekat tempat mereka.

" Ambil garam yang tersisa, dan tebarkan ke danau." Si murid menebarkan segenggam garam yang tersisa ke danau, tanpa bicara. Rasa masin di mulutnya belum hilang. Ia ingin meludahkan rasa masin dari mulutnya, tapi tak dilakukannya. Rasanya tak sopan meludah di hadapan mursyid, begitu pikirnya.

" Sekarang, cuba kau minum air danau itu," kata Sang Guru sambil mencari batu yang cukup datar untuk didudukinya, tepat di pinggir danau.

Si murid menangkupkan kedua tangannya, mengambil air danau, dan membawanya ke mulutnya lalu meneguknya. Ketika air danau yang dingin dan segar mengalir di tenggorokannya, Sang Guru bertanya kepadanya,

"Bagaimana rasanya?"

"Segar, segar sekali," kata si murid sambil mengelap bibirnya dengan punggung tangannya. Tentu saja, danau ini berasal dari aliran sumber air di atas sana. Dan airnya mengalir menjadi sungai kecil di bawah. Dan sudah pasti, air danau ini juga menghilangkan rasa asin yang tersisa di mulutnya.

"Terasakah rasa garam yang kau tebarkan tadi?"

"Tidak sama sekali," kata si murid sambil mengambil air dan meminumnya lagi. Sang Guru hanya tersenyum memperhatikannya, membiarkan muridnya itu meminum air danau sampai puas.

"Nak," kata Sang Guru setelah muridnya selesai minum.

"Segala masalah dalam hidup itu seperti segenggam garam. Tidak kurang, tidak lebih. Hanya segenggam garam. Banyaknya masalah dan penderitaan yang harus kau alami sepanjang kehidupanmu itu sudah dikadar oleh Allah, sesuai untuk dirimu. Jumlahnya tetap, segitu-segitu saja, tidak berkurang dan tidak bertambah. Setiap manusia yang lahir ke dunia ini pun demikian. Tidak ada satu pun manusia, walaupun dia seorang Nabi, yang bebas dari penderitaan dan masalah."

Si murid terdiam, mendengarkan.

"Tapi Nak, rasa `masin' dari penderitaan yang dialami itu sangat tergantung dari besarnya 'qalbu' (hati) yang menampungnya. Jadi Nak, supaya tidak merasa menderita, berhentilah jadi gelas. Jadikan qalbu dalam dadamu itu jadi sebesar danau."

Semoga dapat menginspirasi kita semua.. dan menjadikan hati kita semua seluas danau.. Amiin..

*copypaste*

Thursday, July 18, 2013

BERUBAH....PAYAH ATAU TIDAK??

السلام عليكم

بسم الله الرحمن الرحيم 

Bless me

dengan izin ALLAH, aku menulis...

dengan kalimah
"LA ILAHA ILLALLAH... MUHAMMAD RASULULLAH"

insyaAllah.. kita dah 'update' iman kita hari ni.

BERUBAH....PAYAH ATAU TIDAK??


sesungguhnya di dalam hati manusia itu PASTI akan ada naluri untuk berubah. biarlah sekecil mana pun terdetik, bersyukurlah... pintu hati anda telah diketuk. ya.. hati. hati manusia yang saban hari dicalit, dipalit dengan kekotoran.. astaghfirullah..

kasihan. pulangkanlah ia kepada fitrah. hati kita dah cukup-cukup menderita dengan semua ini. ia milik Allah. sudah pasti ia tahu ke mana sepatutnya ia berada. sama ada dalam samar kejahilan atau sinar keimanan.... 


saya mengaku. saya cemburu melihat sahabat-sahabat lain di matrikulasi yang bertudung labuh. subhanallah. pernah atau tidak anda terfikir...

"Ya Allah... bilalah aku nak jadi macam diorang tu.."

selalu. kan? kan? kan? tapi, bila cermin balik... 

"Tapi..aku ni bukan baik macam diorang..."

cuma sometimes tu saja kita buat-buat tak tahu. namun, ada juga manusia yang tidak memandangnya sebagai suatu keindahan. mereka selalu sahaja mencari kelemahan-kelemahan yang ada pada diri si tudung labuh. Ya. mereka juga manusia seperti kita yang lain. Manusia. InsanTak sempurna.
mereka juga sedang berubah. mereka juga terduga. macam kita. janganlah tudung labuh itu dipersalahkan.kerana kadangkala yang brsalah adalah sikap manusia itu sendiri. kasihan... TUDUNG pula menjadi mangsa. tapi.... untung juga diorang sebab at least, dosa-dosa disebabkan membuka aurat mereka dah 'SELAMAT'.
...
..
.
tapi kita??? belum tentu kan...
siriyes. saya bukanlah seorang yang alim,bukan juga yang dipandang warak. sometimes memang rasa nak jatuh sangat-sangat tambah-tambah bila kita nak berubah...ada ja dugaan yang mendatang.
pernah satu ketika dulu saya jahil. masa tu saya belum tahu mana yang boleh, mana tak buleh. dalam erti kata yang mudah... HALAL & HARAM.
masa tu saya 'kena' agak teruk terutama dengan pihak muslimin. saya banyak buat silap.banyak sangat perkara-perkara yang tak sepatutnya saya buat, tapi saya buat. sebab waktu tu saya merupakan salah seorang daripada 'Exco Dakwah' di sekolah.Tak. Mereka tak direct terus dengan saya. cuma saya dapat rasakan yang diri saya ni tak macam sohibah yang lain. Baik, sopan. saya selalu membandingkan diri saya dengan mereka. Saya sendiri bingung. macam manalah saya boleh terpilih untuk menjadi sebahagian daripada mereka. tapi masa tu saya ingat nak jadi 'Exco Dakwah' ni kena tegur-tegur orang couple saja. ataupun denda orang lewat ke surau, ataupun buat sportcheck kat asrama. tak tahu pula sebenarnya nak pegang amanah tu begitu berat. saya sendiri keliru sama ada amanah yang Allah bagi tu musibah ataupun anugerah.hanya saya yang bakal menentukan. either I use it for the right way or sebaliknya. mungkin Allah nak saya dekat denganNya.

sebab sejak jadi 'Exco Dakwah' tu lah saya mula kenal apa itu tarbiyyah, fikrah, dakwah.Ya. masa untuk saya menerima perubahan tu memang sangatlah lama. Tetapi adakah kerana ia payah???
Ya. sudah tentu. sebab yang payah itulah namanya bermujahadah. saya terpaksa berjinak-jinak dengan stokin kaki yang dulunya saya hanya terdetik jauh di sudut hati untuk memakainya tapi tak pernah terfikir yang saya akan pakai stokin kaki tu. masa mula-mula tu, sangatlah malu. Mulanya selepas perjumpaan dengan muslimin. Kami di-tazkirah. Katanya...apa guna kami nak ajak orang ke arah kebaikan, sedangkan kewajipan kami sendiri pun kami tak jalankan. so, takda beza juga lah dengan mad'u yang lain. Bukanah hendak menunjuk baik, tetapi sedar atas tanggungjawab sebagai insan yang sedang menggalas amanah ini. saya pada mulanya agak malu sebab saya antara sohibah yang tak pakai stokin. masih terngiang-ngiang kata-kata ketua muslimin kami;

"Kita ni nak seru orang lain ke arah kebaikan. Sedangkan diri kita sendiripun tak terpimpin lagi. Apa bezanya kita menyeru orang, padahal kita turut melakukannya? Ana nak mintak satu perkara daripada antum semua... ana nak mintak antum pakai tudung labuh bidang 60' tu memang agak susah kan. ana faham. tapi ana harap antum dapat bermula sikit-sikit. Pakailah stokin kaki dulu. Handsock. Sekurang-kurangnya kita tak seru orang lain ja. Kita juga perlu berubah. Ana juga..."

masa tu rasa terpana sangat-sangat. saya tunduk saja. malunya Ya Allah.... bukan tak nak. tapi belum bersedia lagi. tapi bila??? bila masanya dah bersedia?? baiklah. sebagai 'makmum' , WAJIB hukumnya saya ikut apa yang pemimpin suruh selagi tak bercanggah dengan syarak. lagipun memang itu perintah Allah. Saya saja yang tak ambil berat. Mungkin ini satu wadah yang Allah bagi free untuk saya berubah. Masa yang saya tangguh-tangguhkan kini telah tiba. masa cuba pakai stokin keluar dengan sandal, agak janggal sebab rasa macam semua orang tengah memerhatikan kaki saya. padahal saya tak sedar itu cuma helah syaitan nak hentikan 'micro penghjirahan' saya ini. memang ada kawan-kawan saya yang tegur, perli saya. masa tu lah saya rasa lemah sangat-sangat. tapi sebab takut ketua marah,saya pakai jugak.(tak sepatutnya begitu. sebab kita berubah kerana Allah.Bukan kerana manusia)

lepas tu, saya mula berjinak-jinak denga handsock pula. kalau dulu, certain-certain time saja yang saya akan pakai. sama ada baju kurung tu licin..atau singkat sikit.tapi tudung saya standard lah. tak labuh sangat.asalkan tutup bahagian depan. belakang tu pun memang tak tutup semua. malunya saya.

zaman demi zaman berlalu. Alhamdulillah semakin hari, semakin banyak benda yang Allah nak bagi tahu kat saya. tapi, itulah. iman manusia berdosa ni naik turun. ada masanya kita dekat dengan Allah. ada masanya kita lalai. saya juga begitu. saya takut. saya takut kalau-kalau 'penghijrahan' saya hanya separuh jalan.

nak berubah ni kita sangat-sangatlah memerlukan kekuatan dan keyakinan. hatta, nak labuhkan tudung seinci pun saya rasa gusar kadang-kadang. antara YA atau TIDAK. Entahlah. mungkin inilah liku-liku yang perlu ditempuhi tatkala kita nak berhijrah.

nak berubah ni bukanlah perkara yang mudah. bukan juga perkara yang susah. ingatlah, kita ada ALLAH. kita ada senjata (doa). kita pasti boleh. selagi mana kita adalah Islam, selagi itu kita akan terus kuat!! Ya... Yakinlah dengan janji Allah.

kita perlu kuat. sebab tak semua orang boleh terima keadaan kita tu. ada yang jenis memberi sokongan. tetapi ramai yang memandang pelik. tak apa. tak lama pun. percayalah. sampai satu masa, jemulah mereka.
menangislah bila perlu.carilah peluang sebanyak-banyaknya untuk berubah. biarlah orang memandang jelik. tidak salah pun. Kita kan ada Allah. Allah faham. Allah tahu. mengadulah kepada Allah. luangkan masa dengan Allah. di situlah kita akan dapat kekuatan. 
INSYAALLAH!!

macam seorang sahabat saya pernah berpesan

"Allah lebih suka benda yang sikit tapi istiqamah. Daripada buat banyak-banyak tapi separuh je. Takpe. Joinla program-program macam usrah, atau apa-apa yang boleh bagi tarbiyyah kat kita. Sebab sekarang ni kita tak macam dulu. Dulu, ada ustaz,ustazah nak marah-marah kita kalau tak join program-program tu. Tapi sekarang, semua kena cari sendiri. Usaha. InsyaAllah."
so, payah tak nak berubah?? memetik kata-kata Fatimah Syarha, biasanya benda yang mahal tu susah kita nak dapatkan. jadi, usaha kita pun perlulah se'mahal' benda yang kita nak kejar lah..... 

kepada saudara se-Islamku ..
janganlah pernah mengaku kalah untuk berubah. Kita umat akhir zaman. dah tak lama dah. Islam sangat-sangat memerlukan kalian bagi mengisi ruang kosong dalam barisan perjuangan Islam. siapa lagi yang nak bantu agama kita kalau bukan kita?? Allah sentiasa bersama kita....

ayuh kita sambung perjuangan Rasulullah SAW... 
ayuh teruskan perjuangan para sahabat...

BERUBAH???? JOMLA. (^^.)



Saturday, July 13, 2013

Sistem Pembelajaran Matrikulasi

السلام عليكم

Program matrikulasi untuk student sains terbahagi kepada PST (Program Satu Tahun), PDT (Program Dua Tahun). Students akaun pulak cuma satu tahun sahaja.

Untuk pelajar sains tak kiralah PST mahupun PDT, masing-masing akan dibahagikan kepada tiga modul. Pembahagian modul biasanya akan diberi dalam sehari dua sebelum bermulanya sesi pembelajaran. 

Berikut adalah subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar mengikut modul masing-masing.


MODUL 1
  • Biologi
  • Physics
  • Mathematics
  • Chemistry
  • English
  • Kemahiran Dinamika (Sem1)
  • Pendidikan Islam (Sem 1)
  • Kokurikulum (Sem2)

MODUL 2
  • Physics
  • Mathematics
  • Chemistry
  • Computer Science
  • English
  • Kemahiran Dinamika (Sem1)
  • Pendidikan Islam (Sem1)
  • Kokurikulum (Sem2)

MODUL 3
  • Biology
  • Mathematics
  • Chemistry
  • Computer Science
  • English
  • Ko-kurikulum (Sem1)
  • Pendidikan Islam (Sem2)
  • Kemahiran Dinamika (Sem2)

PERAKAUNAN
  • Akaun
  • Ekonomi
  • Bisnes
  • Mathematics
  • English
  • Ko-kurikulum (Sem1)
  • Pendidikan Islam (Sem2)
  • Kemahiran Dinamika (Sem2)
Jadual kelas akan ditampal pada bahagian papan kenyataan Unit Peperiksaan di kawasan Bangunan Dewan Kuliah. Apa-apa maklumat berkaitan dengan peperiksaan semuanya akan ditampal pada papan kenyataan tersebut.

Bagi peperiksaan MUET pulak, bagi pelajar PST dan Perakaunan akan ambil exam pada Semester 1. Manakala PDT akan ambil masa Semester 2.

Para pelajar akan dibahagikan kepada beberapa Kuliah mengikut modul. Satu kuliah pula terdiri daripada beberapa Praktikum.

Praktikum merupakan gabungan dua kelas tutoran. Kira-kira 20+ dalam satu praktikum.

Bagi pelajar sains, subjek-subjek seperti Fizik, Kimia, Biologi dan Sains Komputer terbahagi kepada 3 kelas:
  • Tutorial
  • Amali
  • Kuliah
Pelajar akaun pula ada dua :
  • Tutorial
  • Kuliah
apa-apapun, Semoga Berjaya!! Selamat Menyambung Pelajaran ke Matrikulasi :)

Thursday, July 4, 2013

Rahsia Bilangan Rakaat Solat Mangikut Teori Fizik

   السلام عليكم


 Tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik iaitu cas positif dan cas negatif. Setiap hari badan kita kita banyak menggunakan tenaga. Ketidakseimbangan cas dalam badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian. Oleh itu, cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkannya. 


SUBUH
Apabila bangun subuh, badan akan berasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini, tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit sahaja proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Oleh sebab itu, solat Subuh hanya didirikan dua rakaat sahaja.

ZUHUR DAN ASAR
Setelah seharian tubuh bekerja, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas yang lebih banyak. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat Zuhur didirikan empat rakaat bagi memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dalam tubuh. Sepertimana solet Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan juga akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

MAGRIB
Waktu selepas Asar adalah waktu tamat bekerja dan kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Solat Maghrib dikerjakan sebanyak tiga rakaat sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu solat sebelumnya.

ISYAK
Malam adalah waktu untuk istirehat dan kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak. Umat Islam digalakkan untuk tidur awal agar mampu bangun menunaikan Tahajjud di sepertiga malam. Oleh itu, solat Isyak sebanyak empat rakaat berfungsi menstabilkan cas dalam nadan dan memberikan tambahan tenaga untuk kita bangun malam (qiyamullail).

SUMBER: MAJALAH Q&A EDISI KE-7.

Friday, June 28, 2013

Nak yang mana?? Pahit atau Manis.......?

السلام عليكم


And if you should count the favor of Allah , you could not enumerate them.[Quran 14:34]Website | Facebook | Twitter

baiklah. alhamdulillah.. Allah masih lagi beri kita semua kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan kita di dunia ini. sebelum anda meneruskan bacaan, saya nak ajak anda untuk melafazkan satu kalimah ni...

LAILAHAILLALLAH

pastikan anda sebut ya? alhamdulillah...kalau dah, insyaAllah kita dah update iman kita hari ni. tak best jugak kalau dok update blog, status kat laman sosial saja,kan? sambil menyelam minum air lah; sambil-sambil update blog, boleh update iman..

baiklah, entri kali ini akan mengupas satu topik perihal kehidupan. jadi, sebelum nak kupas, mari kita belek-belek secara kasar topik ni. kalau tak, nanti tak terasa isi yang akan kita sama-sama kupas.

**********

EMAK : adik, mari sini, mak nak suapkan ubat. badan adik panas tu. 

ADIK : tak mau la mak... ubat tu pahit. tak sedap. adik nak ubat yang manis. takdak ka mak? yang rasa macam cekelat tu.. uhuk!uhuk! (batuk)

EMAK : adik... (sambil mengusap kepala adik). adik kena ingat, biasanya yang pahit itulah penawar. tak pernah lagi mak makan ubat yang rasanya manis macam cekelat adik tu. hah, lagi satu, adik tau tak? biasanya benda yang manis-manis tu lah bahaya...(muka serius)

ADIK : hah??? bahaya? (membulatkan matanya)

EMAK : adik ingat tak arwah Tok Lang yang kita pernah melawat dulu tu?

ADIK : ingat! ingat! yang kaki kena potong tu,kan? betul dak?

EMAK : hm..pandai anak mak. adik tahu tak, punca Tok Lang kena potong kaki tu sebab dia suka makan benda manis-manis. akibatnya, kandungan gula dalam badan Tok Lang tinggi. akhirnya, membawa kesan yang tak baik untuk Tok Lang. adik nak jadi macam tu?? tapi, bukan tak boleh makan manis-manis,cuma biarlah berpada.

ADIK : Ooooo... mak, adik nak makan ubat!! (cuba menukar topik)

**********

dah baca??
jadi, apa yang cuba saya sampaikan ialah tentang manis dan pahit dalam kehidupan. wajar jika saya katakan fitrah manusia jika menyukai perkara-perkara yang manis. tak dinafikan. dan biasanya manusia tak suka perkara-perkara yang pahit. baik dari aspek pemakanan, pengalaman hidup bahkan dari segi perkataan juga. manusia seringkali mahukan perkataan yang manis-manis

tak faham?

saya ertikan kata-kata manis itu sebagai kata-kata yang berbentuk pujian,bodek; pendek kata, kata-kata yang menimbulkan rasa bangga diri terhadap seseorang. memang seronok jika dipuji. mengapa? sudah fitrah manusia sukakan penghargaan. namun, bukanlah satu perkara yang bagus jika kita ini dalam kategori manusia yang sukakan pujian. lebih teruk lagi jika kita ini terdiri daripada golongan yang ketagihkan pujian. semua benda yang dibuat semata-mata kerana pujian. sehinggakan jika tidak dipuji, terus patah semangat. lebih teruk hingga ada yang putus asa semata-mata tidak dipuji! wajarkah? logikkah??

"buat penat je aku stay up siapkan assignment tu! bukan main cantik cover aku design. tapi, sepatah tak puji pun!!! huh. ni yang aku malas dah nak buat assignment lawa-lawa ni!!"

 puji itu perlu, tetapi biarlah kena pada tempatnya dan perlu berpada-pada. pada hari ini, saya bawa anda dari sudut insan yang dipuji ataupun seseorang yang menerima kata-kata yang manis. itu matlamat saya kali ini. 

selalu saja kita jumpa insan-insan yang suka mengupload gambar-gambar 'comel' mereka tak kiralah sama ada dalam blog, facebook, twitter dll. BAYANGKAN!! anda adalah insan-insan tersebut. cuma bayangkan... tambahan pula ramai yang "LIKE" kemudian komen "LAWANYA", "CUTENYA" , "SUBHANALLAH, INDAHNYA CIPTAAN ALLAH"... dan segala macam perkataan yang dinamakan sebagai pujian. apakah perasaan anda? ingat! anda lah insan yang dipuji tadi. makin menjadi-jadilah kan? hari demi hari ada saja gambar dengan gaya yang **** ditampilkan. 

lama-lama, boleh jadi racun. bukan saya mendoakan, tapi bayangkan jika seorang muslimat. cuba-cuba pakai pakaian 'adik'nya yang dirasakan cantik. dek kerana ramai yang puji, makin lama, makin kecillah baju 'adik'nya itu. tak kasihankan diri sendiri?

contohnya hendak bersedekah. sedekah itu satu ibadah jika kita benar-benar ikhlas melakukannya kerana Allah. tetapi, jika bersedekah kerana nakkan pujian, nakkan diri dianggap pemurah???? apabila ibadah itu tersasar niat? bagaimanakah nilai sedekah itu di sisi Allah? na'uzubillah.tersasar lah kita dari landasan yang sebenar. daripada perkara yang mendatangkan pahala, berubah jadinya.

dek kerana ketagihkan pujian, dua jiran boleh bergaduh. di bulan Ramadhan, saling bertukar-tukar juadah. sepatutnya niat kerana hendak bersedekah, tapi lain jadinya apabila tujuan bertukar-tukar juadah itu kerana nak tunjuk siapa masak paling sedap. sikapnya asyik nak dengar apa kata orang terhadap masakan tadi. bila kurang sedap, nak marah. bila puji sedap, barulah terasa puas. memang selalu bagitu. di mana-mana sekalipun.

"aku masak penat-penat, puji pun tidak. terima kasih aje?? LOL.."

bahayanya pujian kan? racun dalam kehidupan. walaupun manis, tetapi kesannya sangatlah teruk. 

bagaimana pula dengan perkataan yang pahit? saya tahu, manusia tidak sukakan kutukan, penghinaan, cacian, dan yang sewaktu dengannya. namun, macam yang 'EMAK' dalam 'drama' tadi cakap; biasanya yang pahit-pahit itulah ubat ataupun penawar.

ya. sukar kita menelan kata-kata yang pahit yang diperkatakan perihal diri kita. apatah lagi terhadap insan yang kita sayangi. apabila pakaian kita dikomennya, kerja kita dikutuknya, akhlak kita dipersoalkan. katanya tak selari dengan imejlah, akhlak kita teruklah. namun, cuba kita cerminkan kembali, recheck. apa benarkah kata-kata yang diperkatakan itu? barangkali ya. itulah diri kita. sukar kita menelan benda yang pahit. kalau makan ubat pun, perlu seiring dengan air, bukan? itulah lumrah kehidupan. tak semua benda kita perlukan yang manis-manis saja. pahit pun perlu rasa juga..

kalau semua yang kita buat itu dipuji, sampai bila kita nak tahu kesilapan kita? bila lagi nak perbaiki diri? semua yang kita lakukan, semuanya dipuji orang. sehinggakan timbul rasa bangga diri, rasa hebat, rasa riak.... "esok nak buat lagi, seronok dengar orang kata aku baik," tidakkah parah? bernanah, berdarah hati kita. kebaikan pun sia-sia. lari teruk daripada landasannya.

pahit? pahit perit untuk ditelan. namun, di situ ada penawarnya.

"eleh, post benda baik-baik kat FB. padahal ko tu solat pun tunggang langgang!"

"kau nasihat pandai kan? tazkirah sana, tazkirah sini. yang kau tu, aku tengok pergaulan pun lebih kurang dengan aku jerrrrr... blah la. ko tak layak nasihat aku."

sedarkan anda?? dalam kutukan itu terselit kebenaran yang kadangkala kita sendiri tak pernah perasan pun. andaikan anda soerang dai'e (pendakwah) yang selalu memberi nasihat kepada orang lain, namun ada mad'u (orang yang didakwah) yang melemparkan kata-kata yang sangat pedih. tapi, ingatlah, barangkali ada benarnya apa yang mereka katakan. mungkin Allah ingin menegur kita melalui mad'u kita itu.  husnuzhon.

perlahan-lahan kita bermuhasabah. saya pernah terbaca kata-kata ini

sayangilah musuh-musuhmu. kerana mereka menunjukkan kesalahan-kesalahanmu

manusia. ada hikmahnya Allah ciptakan kita 4 deria rasa. MANIS. MASIN. MASAM. PAHIT. PEDAS?? oh, pedas bukan rasa, tetapi satu mekanisme.

jadi, saya berharap agar apa yang saya cuba sampaikan, sampai dan terkesan terhadap hati kita semua.

saya ingatkan, kita dalam angle pemakan, bukan pemberi makan. maksudnya, anda cuba hadamkan post ini dari sudut insan yang menerima pujian ataupun kutukan tadi. kerana saya bukan menulis dari sudut insan yang memuji atau mengutuk. 

ingatlah, segala-galanya yang kita terima itu datang daripada Allah. jadi, sudah semestinya pulangnya juga kepada Allah. ujian itu daripada Allah. jadi, pujian mahupun teguran itu merupakan sebuah ujian untuk kita. tatkala terlalu tinggi kita terbang, Dia berikan pujian. sama ada hambaNya semakin jauh ataupun semakin mendekat.

yang pahit itu ubat,
yang manis itu racun


tapi, bermanis muka itu perlu!!! sekian. semuanya datang dan akan pulang kepada Allah. segala yang baik, milik Allah, yang kurang itu disandarkan atas kelemahan insan ini.

wallahu'a'alam... :)

muslimagnet:

"Sometimes that which you want most is most harmful for your hereafter, so Allah takes it away from you." -Abdulbary Yahya-

musliMagnet tumblr | @musliMagnet | Facebook