Friday, May 11, 2012

Jalan ini..

السلام عليكم


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Hari ini aku masih bisa berkarya dengan ilham dan segala kemudahan kurniaan Allah. 

.....
Petang itu aku berdiri di sebalik jendela yang mengahadap ke halaman rumahku. Menghirup saki-baki kenangan yang bakal meninggalkanku.. benar, bakal meninggalkan ku dan kita semua. Masa takkan mampu berputar melawan arah. Detik itu juga fikiranku menerawang. Langit jingga beransur gelap. Bila-bila masa sahaja azan akan dilaungkan. Aku merakam suara-suara alam ke dalam hatiku. Aku takut akan merindui mereka. ; cengkerik, katak, burung-burung, ayam dll.

Ya, aku sayangkan suasana ini . Damai. Walaupun kampung aku cuma 'kampung moden'. Bukanlah moden sangat, tapi kalau segala kemudahan cukup, 'moden'lah tu. Kalau nak dibandingkan dengan suasana dan cara hidup emak dan ayahku 20-30 tahun dahulu memang sangat BERBEZA. 

Namun begitu, bayank perkara di sini membuatkan aku bahagia. Semangat kemasyarakatan, kerjasama... Bukan mudah nak merasai suasana ni. Rata-rata penduduk kampungku bekerja sendiri sahaja. Sama ada bertukang, menoreh getah, bersawah, berniaga dan macam-macam lagi. Hal ini membuatkan kami ada ruang dan peluang bertegur sapa sesama kami. Kenduri kendara? Alhamdulillah, masih ada sistem 'PAKAT'. Siapa tahu 'PAKAT"? Ya. Ramai yang tahu. Misalannya terdapat kenduri kendara, penduduk kampunglah yang akan bekerjasama memasak, mendirikan khemah, dan segala persediaan untuk majlis Walimatul urus. Tidak ramai yang menggunakan khidmat katering. Tetapi, memang seronok. Suasana mahabbah dapat dirasai. Bekerja sesama tetangga. Kalau ada kenduri, bacaan Yasiin... 

Tapi, apa yang menyentuh hatiku.. melihat anak-anak muda sebayaku memenuhi dada-dada akhbar dengan tajuk yang kurang kusenangi. Aku gusar aku juga mungkin tersalah langkah. Zaman sekarang. Pelbagai perkara yang cuba bersaing dalam mencucuk minda muda remaja. Minda yang sepatutnya mencerna fikiran dalam merencanakan jalan membantu perjuangan. Duit bantuan pelajaran. Ke arah manakah yang dibelanjakan? Berapa peratus untuk biayaan pelajaran? Berapa peratus untuk kemewahan diri? Telefon bimbit baru? Buku? 

Aku tahu. Tetapi aku belum pasti apakah aku mampu mengawal diri. Manusia berubah. Begitu juga aku. Semoga aku masih bisa membezakan baik buruk sesuatu perkara. Entahlah. Aku pernah mendengar pengalaman Pak Su yang pernah menjadi pensyarah di sebuah IPTS . Katanya, dia sedih melihat bagaimana anak-anak muda Melayu yang pergi ke sana hanya untuk suka-suka. Segala-galanya 'seronok'. Tidak ramai yang serius dalam mencapai matlamat. Apabila tiba masa peperiksaan, ramai yang merayu-rayu agar diberikan markah yang terbaik. Serba salah dibuatnya.

Lantas, aku ingin menjadikan kisah ini iktibar buat diriku. Aku bakal melangkah ke satu lagi fasa. Aku benar-benar berharap agar pilihan ini tidak salah. Semoga Allah terus memberiku keyakinan ini. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Namun, aku yakin dengan ketentuan Allah. Aku tahu Allah akan memberi yang terbaik buatku walaupun kadangkala perkara itu tak pernah ku harapkan berlaku. 

Aku tersentak. Laungan azan menyedarkan aku dari lamunan. "Allahuakbar! Allahuakbar!"

...................


Saat ini juga kesedihan mula terasa. Sahabat-sahabat yang lain bakal membawa haluan masing-masing. Semoga bertemu lagi. Tiada apa yang mampu aku berikan melainkan sebaris doa buat mereka. 


sekian, wassalam...

2 comments:

  1. salam cik kak..punya la susah kamo0 nk gtaw sya kamo dpat upsi..papun gud luck kak..rasa nak nagis baca entry kamo0 kali nie..bla agaknya kta akaan jumpa lgi..pasni x da dah katil nak gi ngadu masalah..huhu..tpi x pa perhubungan kita x kan putus kan..musik touching gak ya mula2 tu..sayu ja dgr..serius sedey dan rindu tak terkta..semoga kamo0 sukses sahabat yg disayangiku kerana ALLAH..:)

    ReplyDelete
  2. waalaikmslm... kak cik.. xla.. bkn xmau bgtau.. cuma... ^^,
    ya.. mmg sedih. tp xpa, sbb kalau ada pertemuan, pasti kn ada perpisahan. xpa.. wlau jauh, tp igtn dkt jue xknn dpt dlupakan.. jauh di pertemuan, insyaAllah kan dekat kita jka slg mdoakan.. tq jue.. uhibbuki fillah too..

    ReplyDelete