Tuesday, May 15, 2012

MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012

No comments:
السلام عليكم



Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.


Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.


Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.


Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.


Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.


Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.


Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 


Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.


Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10). 


Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.


Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki,

Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah




Friday, May 11, 2012

Jalan ini..

2 comments:
السلام عليكم


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Hari ini aku masih bisa berkarya dengan ilham dan segala kemudahan kurniaan Allah. 

.....
Petang itu aku berdiri di sebalik jendela yang mengahadap ke halaman rumahku. Menghirup saki-baki kenangan yang bakal meninggalkanku.. benar, bakal meninggalkan ku dan kita semua. Masa takkan mampu berputar melawan arah. Detik itu juga fikiranku menerawang. Langit jingga beransur gelap. Bila-bila masa sahaja azan akan dilaungkan. Aku merakam suara-suara alam ke dalam hatiku. Aku takut akan merindui mereka. ; cengkerik, katak, burung-burung, ayam dll.

Ya, aku sayangkan suasana ini . Damai. Walaupun kampung aku cuma 'kampung moden'. Bukanlah moden sangat, tapi kalau segala kemudahan cukup, 'moden'lah tu. Kalau nak dibandingkan dengan suasana dan cara hidup emak dan ayahku 20-30 tahun dahulu memang sangat BERBEZA. 

Namun begitu, bayank perkara di sini membuatkan aku bahagia. Semangat kemasyarakatan, kerjasama... Bukan mudah nak merasai suasana ni. Rata-rata penduduk kampungku bekerja sendiri sahaja. Sama ada bertukang, menoreh getah, bersawah, berniaga dan macam-macam lagi. Hal ini membuatkan kami ada ruang dan peluang bertegur sapa sesama kami. Kenduri kendara? Alhamdulillah, masih ada sistem 'PAKAT'. Siapa tahu 'PAKAT"? Ya. Ramai yang tahu. Misalannya terdapat kenduri kendara, penduduk kampunglah yang akan bekerjasama memasak, mendirikan khemah, dan segala persediaan untuk majlis Walimatul urus. Tidak ramai yang menggunakan khidmat katering. Tetapi, memang seronok. Suasana mahabbah dapat dirasai. Bekerja sesama tetangga. Kalau ada kenduri, bacaan Yasiin... 

Tapi, apa yang menyentuh hatiku.. melihat anak-anak muda sebayaku memenuhi dada-dada akhbar dengan tajuk yang kurang kusenangi. Aku gusar aku juga mungkin tersalah langkah. Zaman sekarang. Pelbagai perkara yang cuba bersaing dalam mencucuk minda muda remaja. Minda yang sepatutnya mencerna fikiran dalam merencanakan jalan membantu perjuangan. Duit bantuan pelajaran. Ke arah manakah yang dibelanjakan? Berapa peratus untuk biayaan pelajaran? Berapa peratus untuk kemewahan diri? Telefon bimbit baru? Buku? 

Aku tahu. Tetapi aku belum pasti apakah aku mampu mengawal diri. Manusia berubah. Begitu juga aku. Semoga aku masih bisa membezakan baik buruk sesuatu perkara. Entahlah. Aku pernah mendengar pengalaman Pak Su yang pernah menjadi pensyarah di sebuah IPTS . Katanya, dia sedih melihat bagaimana anak-anak muda Melayu yang pergi ke sana hanya untuk suka-suka. Segala-galanya 'seronok'. Tidak ramai yang serius dalam mencapai matlamat. Apabila tiba masa peperiksaan, ramai yang merayu-rayu agar diberikan markah yang terbaik. Serba salah dibuatnya.

Lantas, aku ingin menjadikan kisah ini iktibar buat diriku. Aku bakal melangkah ke satu lagi fasa. Aku benar-benar berharap agar pilihan ini tidak salah. Semoga Allah terus memberiku keyakinan ini. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Namun, aku yakin dengan ketentuan Allah. Aku tahu Allah akan memberi yang terbaik buatku walaupun kadangkala perkara itu tak pernah ku harapkan berlaku. 

Aku tersentak. Laungan azan menyedarkan aku dari lamunan. "Allahuakbar! Allahuakbar!"

...................


Saat ini juga kesedihan mula terasa. Sahabat-sahabat yang lain bakal membawa haluan masing-masing. Semoga bertemu lagi. Tiada apa yang mampu aku berikan melainkan sebaris doa buat mereka. 


sekian, wassalam...

Wednesday, May 2, 2012

Jom!! tanak nasi dalam bekas air kotak..

No comments:
السلام عليكم

Siapa kata nak tanak nasi hanya dalam periuk?? Dalam bekas air kotak pun boleh...
Inilah serba sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan hari ini. Semuanya bermula semasa saya menyertai program outdoor di Kem UUM Sintok. Saya dan beberapa peserta lain telah dibimbing oleh seorang lelaki yang agak berusia. Kami memanggil beliau dengan gelaran Pak Cik. Biarpun masa yang kami luangkan di sana tidaklah lama, namun pelbagai pahit manis dapat dirasai.

gambar hiasan

Pertamanya kami dibawa mendaki bukit yang terdapat di kem tersebut. Biarpun agak gementar, namun amat seronok. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan meredah bukit melalui jalan yang berbeza dengan pasukan lelaki. Pak Cik itulah yang mengetuai kami. Semasa dalam perjalanan, pelbagai rahsia dan pengalaman dikongsikan bersama membuatkan kami tidak kekok untuk bertanya soalan kepada beliau.

Tips!! Semasa meredah hutan, kami perlu berbaris.. Barisan tidak boleh putus.. atau!! anda akan sesat..

Ya! Benar... Namun, itulah apa yang telah belaku kepada saya dan beberapa peserta lain. Kami seikit ketinggalan kerana berada di bahagian belakang barisan. Masa itu, kami tawakkal sahaja kepada Allah. Semoga jalan yang kami redah (ikut hati) tu betul...

Setelah beberapa ketika, Alhamdulillah.. kami bertemu dengan rakan-rakan yang terpisah tadi.

Masa dalam perjalanan, macam-macam benda yang berlaku. Masa ini lah semangat setiakawan, kesabaran, kekuatan.. amat penting!! Alhamdulillah, semasa aktiviti tersebut saya terselamat daripada 'Si Penghisap Darah'.. siapa lagi kalau bukan penghuni hutan belantara.. Si Pacat.

pacat!! 

Waktu tu jugalah.. kena buat-buat berani. Kalau ada kawan lain yang kena pacat, kita lah yang kena sukarela nak buang. Apa yang lagi 'best' jalan dekat kawasan sungai, licin... Tambah-tambah pula kalau lepas hujan. Rasa macam main luncur ais (walaupun tak pernah main)..

Setelah hampir 2 jam meredah hutan, kami akhirnya berjaya keluar.. lokasi kami waktu tu dekat Padang Lapang Sasar UUM....

Penat, seronok, semuanya bercampur baur.. Akhirnya sekotak air dan sebungkus roti menghilangkan penat dan lelah kami... Hah.. masa tu lah Pak Cik tadi berkongsi kisahnya sepanjang berpuluh-puluh tahun bekerja sebagai tentera dan jurulatih di Kem UUM. Antara serba sedikit ilmu yang kami dapat ialah...

TANAK NASI DALAM BEKAS AIR KOTAK??

PERTAMA SEKALI
bahan yang kita perlukan ialah air kotak.. jangan minum airnya..


KEDUA
beras la.. kalau tak dak beras, tak jadi nasi la..

KETIGA
dawai.. tak faham sangat dawai macam mana..

tapi, daripada apa yang Pak Cik tu beritahu, kita akan bakar kayu, daun-daun nak buat unggun api.. Kemudian, letakkan dawai tadi atas unggun api yang dah tak berapa marak. Agak-agak api sederhana.
Biar sampai dawai tadi panas.. Kemudian potong bucu bekas air kotak tadi. masukkan beras. Letakkan bekas air kotak tadi di atas dawai.. lepas tu, nak pergi mana pun pergilah.. Bila balik nanti, dh boleh makan nasi berperisa.. ;-)

HASILNYA

(sekadar hiasan saja.. tak betul pun..) 

p/s; rasa nasi tadi bergantung kepada perisa air yang digunakan. kalau teringin nak rasa 'nasi oren', tanaklah nasi dalam air kotak perisa oren..

itu saja lah.. maaflah kalau tak faham. kalau nak faham, cuba buat sendiri. (saya pun tak berpeluang nak aplikasi lagi benda ni)

kalau dekat kem lain, mereka buat dalam buluh


bukan lemang!! nasi

Ada lagi, kalau masa tengah dahaga dalam hutan, tak bawa air mineral pulak... tak pa, kita boleh minum air dari akar pokok.. segar rasanya.. tapi maaflah saya sendiri tak tahu pokok apa sebab tak sempat tanya. Pak Cik tu cakap lagi, dia pernah makan haiwan-haiwan dalam hutan macam musang, apa lagi entah.. (memang kami tak berapa sedap telinga dengar)..

setakat tu saja, wassalam...