Wednesday, March 7, 2012

Teman sejati

السلام عليكم

Alhamdulillah... ALLAH masih sayangkan kita. Jadi, sampai sekarang masih lagi diberi kesempatan menumpang di atas bumi pinjaman-Nya.

Kadangkala kita diuji. Tapi kita tak sedar benda yang datang itu adalah satu ujian buat kita. Ujian bukan sahaja kesusahan, bahkan kesenangan juga satu ujian.

Burden

Tatkala diri dilanda kesusahan, ramai orang cakap waktu inilah waktu yang paling sesuai untuk menilai siapa sahabat yang sebenarnya. Walaupun berat, namun mereka sudi menemani kita untuk sama-sama terus kuat. Kita tahu, kita sendiri tidak mampu menghadapi dugaan itu, namun mereka masih tersenyum.
Subhanallah..Alhamdulillah...Allahuakbar...
Namun ada sesetengah dugaan itu kita tak berdaya mengahrunginya walaupun ramai yang berdiri di belakang kita.SAHABAT. Ya, itulah mereka. Di saat hati menyatakan ingin putus asa, merekalah yang terus memberi sokongan untuk terus bertahan. 

SYUKUR PADAMU YA ALLAH kerana mengurniakan aku insan-insan yang sudi menemani tatkala susah dan senang..   Sampaikan saat ini aku tidak sanggup membiarkan mereka melihat air mata ini berderai kerana ku takut kekuatan yang Engkau berikan pada mereka luntur YA ALLAH. hanya Engkau yang mampu membantu kami. sesungguhnya Engkaulah TEMAN SEJATI kami YA ALLAH....  Hanya Engkau yang dapat memahami masalah yang kami alami biarpun kami tak mengadu pada-Mu. Hanya Engkau dapat membantu saat kami lemah tak bermaya. sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang...



Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga pada hal kamu belum didatangi ujian seperti yang dialami oleh orang dahulu. Mereka ditimpa kepapaan, penyakit dan ketakutan sehingga berkatalah rasul dan orang yang beriman bersamanya : “Bilakah akan datang pertolongan Allah ?” . Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah sangat dekat.
alBaqarah;ayat 214

Jadi, janganlah berputus asa dengan pertolongan ALLAH. Pertolongan ALLAH itu sentiasa ada. Pohonlah dengan penuh keikhlasan dan sepenuh pengharapan.. insyaALLAH... ada jalannya (lirik lagu Maher Zain)

No comments:

Post a Comment