Sunday, March 25, 2012

ALLAH kata itu yang terbaik

السلام عليكم


Hari ni dah 25 Mac. Nampaknya sudah 4 hari berlalu meninggalkan 'HARI YANG MENDEBARKAN' itu. Alhamdulillah. Kalimat kesyukuran ini perlu diucapkan walau apa jua keputusan yang telah diterima. Redha. Ya, itu yang terbaik. Tapi redha juga tak bermakna kita perlu menerima keputusan itu tanpa sebarang rasa ingin memperbaiki kekurangan di masa lalu. Jangan pula terlalu berputus asa sampaikan kita tidak lagi mengharap daripada ALLAH. Na'uzubillah..

Kita kena ingat, keputusan yang kita terima adalah berdasarkan usaha di masa lalu. ALLAH dah kata itu yang terbaik. 


"Kenapa aku tak dapat straight A's? Padahal aku selalu buat latihan, ajar orang? Musnah lah impian aku nak further study dekat oversea..."

ALLAH MAHA MENGETAHUI apa yang terbaik buat kita. Kita memang nak belajar di luar negara, tapi ALLAH tahu kalau kita belajar dekat sana mungkin ada perkara yang tak elok boleh terjadi ke atas kita.

"Aku dari UPSR straight A's, PMR pun straight A's, tapi dekat SPM jer kacau. Isy, malu la macam ni. Aku tak pernah jatuh pun!!"

"Tapi, kenapa aku yang mesti dapat result macam ni? Kawan-kawan baik aku semuanya ok. Aku malu la! Kenapa aku?? Kenapa aku???!!"

Ingat tak? Masa dulu-dulu kita pernah dapat keputusan yang baik. Tak kiralah sama ada masa ujian bulanan dulu, atau peperiksaan akhir tahu dulu, atau UPSR, PMR.... dulu-dulu tu... Takkan tak ingat?
Pernah tak kita tanya "kenapa aku"..? Kenapa bila ditimpa musibah sahaja kita hendak mempertikai? Ingatlah, kita ini hanyalah menumpang di bumi ALLAH. Takkan setiap perkara yang berlaku itu sentiasa menyebelahi kita? Tidak.. Sesungguhmya ALLAH MAHA ADIL. Dia takkan uji kalau Dia tahu kita tak mampu. Sudahlah.. SPM bukanlah segala-galanya. Tak dapat straight A's tak bermakna kita bodoh. Tidak! Itu cuma PROPAGANDA masa kini yang telah dicucuk ke dalam minda masyarakat!! Ingat! ALLAH TAK PANDANG RESULT SPM. Tapi apa usaha kita untuk mencapai kejayaan? Yang paling penting... apa niat kita dalam menuntut ilmu? Itu yang dinilai..



Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".  
al-Baqarah;286

Rezeki itu ada di mana-mana. Cuma kadangkala ALLAH tangguhkan supaya kita lebih berusaha dan berharap kepada-Nya..
Akhir-akhir ini kalau buka saja fb, pasti akan ada ayat-ayat sedih sebab result tak berapa memberansangkan. SPM... sememangnya satu peperiksaan yang besar. Kalau nak mintak kerja pun, mereka nak tengok SPM kita dulu. Kalau sembang di kedai kopi ka, tempat beli ikan ka... kalau budak tu dapat 'sikit' A dalam SPM, kita tak berapa 'KAW' la... huh.. mentaliti masyarakat. Selalu macam tu. 

Namun begitu, ada seorang sahabat yang telah berkongsi kata-katanya kepada sabat-sahabatnya yamg lain di fb. Kata-kata ini sedikit sebanyak telah menyedarkan saya dan juga beberapa sahabat yang lain....


"awat aku tengok..pakat dok ulang benda sama...result spm aku trok..result aku x elok..ak x dpt straight A ..aku x cemerlang..aku sedey..ya allah...teringat kata2 guruku yg mulia..APABILA MANUSIA TELAH MENJADIKAN DUNIA SEBAGAI MATLAMAT UTAMA,MAKA MERKA SEDANG BERGERAK MENINGGALKAN SYURGA...DAN APABILA MANUSIA SEDIH DGN KEHILANGAN DUNIA,MAKA DIA TELAH PUN MENJADI HAMBA ABDI KEPADA DUNIA.....AKU MALU SEKIRANYA AKU BERSEDIH DGN KEPUTUSAN SPM YG X CEMERLANG, TAPI X BERSEDIH DGN DIRI AKU YG X RAJIN BERSEMBAHYANG..ALLAHHUAKHBAR....ALLAH MAHA BESAR,..BUKAN SPM..SUDAH2 LA TU..."

jazakallah khairan kathira ya akhi....

Begitulah. Kalau ada sahabat yang jatuh, kita bantu agar mereka bisa bangun kembali. Kalau kita nampak mereka jauh, kita capai tangan mereka agar dekat kembali. Kalau ada yang tersasar, bimbinglah mereka agar nampak jalan yang lurus. Sesungguhnya kita diseru agar saling berpesan dan saling memperingati. Tak apa, tutup buku lama buka buku baru. Memang senang bercakap, tapi memang sukar kalau nak ubati luka terutama yang telah tercalar di ingatan. Ini boleh jadi pengajaran buat kita.




Nota kaki

sebenarnya petikan ataupun ulasan kali ini adalah muhasabah diri untuk diri saya sendiri dan juga ingin dikongsikan dengan sahabat yang sudi membaca. Sememangnya kesedihan itu boleh membawa tekanan. Tekanan itu terbahagi kepada dua. Sama ada boleh menghasilkan kesan positif dalam diri ataupun kesan negatif. Jadi, bagi menjadikan sesuatu perkara itu sebagai perkara yang boleh beralih kepada kebaikan, muhasabah itu sangat penting walaupun agak sukar kadangkala untuk kita mengakui kepahitan itu. Ingatlah, ALLAH takkan mensia-siakan usaha hamba-hambaNya. Berdoalah... ALLAH MAHA MENDENGAR dan MAHA PENYAYANG..



wassalam..

No comments: