Sunday, February 12, 2012

Tak Cukup Lagi??

السلام عليكم

Kadangkala aku berfikir sendirian, awatlah aku tak dapat macam orang lain dapat? Bila dah dapat, hendakkan yang lebih hebat pula.Tak henti-henti mengkehendakkan sesuatu yang lain walaupun apa yang telah diberi sudah lebih dari mencukupi. 


Wait Here...


Remaja. Apabila melihat rakan-rakan sudah ada telefon bimbit masing-masing,hati meronta-ronta untuk mendapatkannya. Bila sudah dapat,
perlukan wang untuk mengisi kredit pula. Wang siapa? Kalau sudah punya kerjaya tetap tak apalah. Ini, mak ayah juga yang perlu menanggung. Cukuplah sekadar kegunaan yang penting. Kalau nak bergayut, pergilah cari kerja sendiri! Kesian mak ayah. Tapi,kadang-kadang ada orang tu tak perlu pun mak ayah tanggung sebab dah ada 'seseorang' tolong masukkan wang. Siapa? Tak perlu cakap pun tak apa. Pandai-pandailah fikirkannya.


 Pergi ke sekolah lihat rakan-rakan bergaya dengan beg sekolah berjenama dan up-to-date, diri yang tak pernah puas memujuk hati untuk memiliki barangan seumpama itu juga. Rasa malu dan rendah diri datang kerana masih memakai beg yang tak berjenama dan cantik macam orang lain. Tengok kawan-kawan ada yang sebulan sekali pasti akan menukar pencil case yang baru. Tiba-tiba tengok pencil case kita dah 3 tahun digunakan. Aduh,malunya! Bila hendak letak di atas meja terasa bagaikan semua orang sedang memperkatakan tentang diri kita. Padahal orang lain buat tak tahu sahaja.

Waktu senggang, berbual dengan rakan-rakan. Si A dah ada pasangan, si B pun macam tu juga. Ah,kolotnya orang yang masih tak berpunya! Begitukah perasaan yang menyulubungi diri sedangkan kita tahu hakikatnya? Remaja seringkali diusik dengan permainan hati sebegini. Hujung minggu di musim cuti, rakan-rakan bercerita mereka keluar lepak sana,sini. Tapi, kita tak pernah pun. Cemburunya!
Masa dulu-dulu tak ada telefon bimbit, sekarang dah ada. Lepas tengok ada rakan-rakan naik motosikal, kita pun nak juga. Lepas dah dapat, teringin hendak ke sana ke mari. Bergaya sakan dengan motosikal itu tak kiralah sudah ada lesen atau belum. Janji dulu dengan emak kalau boleh naik motosikal,tak pergi jauh-jauh. Tapi lepas dapat, janji tu melayang macam tu sahaja.

Patah balik. Tengok handphone. Ala, tak ada kamera, tak boleh MMS, tak boleh bluetooth lah. Tak gempaklah macam ni. Nak angkat panggilan masa emak telefon pun malu sebab kawan-kawan ada di tepi. Jatuhlah saham.

Tahun tu pulak, semua orang dah ada akaun facebook, kita di rumah pun tak ada internet. Terpaksalah pergi cybercafe, curi-curi masa waktu belajar kalau cikgu bawa masuk makmal komputer. Layann...
Balik rumah, bosan tak ada internet. Tak seronoklah. Hendak cari maklumat pun susah. (Alasan). Sebenarnya hati tu kuat ada maksud lain.

demam fb

Tapi pernahkah kita terfikir? Apa yang kita minta selalunya dah pun ada. Kadang-kadang kita tak minta pun ALLAH dah beri. Tapi bila ALLAH tarik sikit sahaja nikmat tu daripada kita, kita dah nak melenting. Marah tak tentu pasal. Berapa kali kita berterima kasih kepada ALLAH? "Ala, aku solat apa." Memanglah. Solat tu WAJIB!! Itupun benar-benar khusyukkah?? Adakah dengan bersolat sahaja kita sudah namakan diri kita ini hamba yang bersyukur?? Tidak..belum cukup lagi. ALLAH baru tarik satu, tapi Dia bagi seribu. Tu, makanan tiap-tiap hari kita makan sampai kenyang. Kadang-kadang terlebih sampai boleh sedekah pada kucing atau ayam. Tak pernah fikir kah?? Tu, tangan, mata, hidung, mulut dan anggota badan yang lain lagi ALLAH bagi pinjam free.. Kalau tak,macamana boleh tekan keyboard? Pegang mouse? Pernah fikir? Kalau nak disenaraikan,memang tak cukup ruang blog. Terlalu banyak.

Kita ini siapalah sangat.. kalau hendak dibandingkan dengan ALLAH YANG MAHA BESAR... ALLAH tu MAHA KAYA. Mintalah apa sahaja. InsyaALLAH, dapat. Cuma kadang-kadang tu mungkin apa yang kita minta tak sesuai untuk kita. Jadi, ALLAH tangguhkan atau gantikan dengan sesuatu yang lebih bagus. Cuma kita tak sedar. ALLAH rindukan kita. ALLAH rindukan doa kita. Kalau semua benda kita dapat,adakah kita masih menadah tangan berdoa meminta kepada ALLAH? Tidak, belum tentu lagi. Hati manusia kadangkala tak bisa ditafsir dengan logik akal. Sekarang kita kata 'Ya', tapi esok lusa belum tentu jawapan kita masih sama.

Semua yang kita ada sekarang ni sudah lebih dari yang mencukupi. Apa kita fikir semua orang boleh bergelak ketawa seperti kita hari-hari? Boleh belajar, pergi ke sekolah macam kita? Apa kita hendak, selalu dapat.

 Saya ada seorang kenalan. Anak kepada rakan ibu saya. Ayahnya telah meninggal dunia secara mengejut. Dia merupakan anak lelaki sulung dalam keluarga. Sekarang, umurnya 16 tahun dan terpaksa mengambil upah menebas rumput, menoreh getah, dan macam-macam lagi untuk menyara keluarganya. Kehidupan mereka memang susah. Kehilangan nakhoda dalam keluarga. Tetapi,mereka masih lagi bersyukur. Tidak seperti insan lain yang kita denga dari rata-rata sumber media. Hendak bunuh diri, terjun bangunan, makan pil tidur dan macam-macam lagi. Mereka redha dengan ujian ALLAH. Sekurang-kurangnya mereka masih lagi mencari rezeki yang halal di atas muka bumi ALLAH ini. 

Kids 2
sekadar hiasan

Kasihan. Tidak seperti kita yang saban hari selesa dibaluti kesenangan yang tidak  semua orang merasa. Itupun seringkali menginginkan yang lebih hebat lagi. Tidak pernah puas. Sampai bila hendak puas pun tak tahulah. Kalu semua kita dapat, apa yang kita hendak pinta daripada ALLAH lagi? Dunia sudah di dalam tangan. Akhirat bagaimana? Pernahkah terlintas di fikiran??? Wallahu'alam. Masing-masing ada akal untuk memikirkan semua ini. 

Apabila tiada, mahukannya. Sudah ada,hendak lagi. Ibarat pepatah 'diberi betis,hendakkan paha'. Rasanya pepatah itu masih boleh ditambah. 'Sudah dapat paha, mahu kaki pula'. Itulah yang dipanggil nafsu. Bercakap tentang nafsu, saya ada beberapa perkara menarik yang ingin dikongsikan bersama anda. Tapi, nantikan di entri yang akan datang. Saya ada perkara lain yang perlu dilakukan sekarang.

wassalam....

Firman ALLAH S.W.T...

Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya) Dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
al-Maidah ; ayat 7

No comments:

Post a Comment