Sunday, January 1, 2012

YvOnne RidLey..part 2

assalamualaikum........
first skali nak ucap syukran jaziilan kepada Syaidatol kerana telah memberi respon yang positif terhadap post yang berkaitan dengan Yvonne Ridley ni..
. akhirnya ada jugak orang view post aku....


syukur...alhamdulillah

baiklah...sahabat... aku pun taklah arif sangat. sekadar merujuk kepada beberapa bahan bacaan yang diperolah dan dibaca semasa menghabiskan sisa-sisa cuti akhir tahun dekat rumah baru-baru ni.

bermulalah kisah........... aku panggil dia ni Yvonne lah senang sikit. berasal dari barat di kawasan Britain kalau tak silap. masa tu tahun 2001 lagu tu lah. tatkala berlakunya penakhlukan pihak Amerika dan sekutunya ke atas tanah Arab. masa tu Yvonne nak siasat tentang kehidupan masayarakat di sana. terutamanya kaum wanita. sebab apa? sebab selama ni golongan barat beranggapan wanita telah diketepikan dalam sistem sosial kehidupan Islam.
misalnya masa pemerintahan pihak Taliban, mereka sememangnya telah mengeluarkan undang-undang yang ketat terutama kepada golongan Hawa. disebabkan hal macam ni lah orang barat anggap yang Islam ni menindas wanita padahal depa tak tau hakikat sebenarnya Islam mengangkat tinggi darjat wanita. okey. berbali kepada Yvonne tadi. beliau ni pada mulanya telah bergerak ke Pakistan sebab senang sikit nak menyelinap masuk ke Afghanistan nanti dek kerana kedudukan mereka berhampiran sahaja. mendapat bantuan daripada 2 orang penduduk tempatan di sana, beliau merancang untuk masuk ke Afghanistan melalui sempadan Pakistan-Afghanistan.




 oleh kerana tidak mahu dikenali sesiapa dan mengelakkan syak wasangka ke atas diri beliau, Yvonne terpaksa menyamar sebagai seorang wanita tempatan. beliau pun terpaksa memakai tudung dan burqa serta pakaian wanita tempatan lah sebab tak mahu dikenali. rambutnya yang perang diwarnakan dengan warna hitam. semasa nak melintasi sempadan, beliau menyamar menjadi seorang bisu yang mendukung anak. kebetulan pula, beliau mengikuti rombongan ke majlis perkahwinan di Afghanistan.


pakaian wanita tempatan Arab


dengan izin Allah, dia berjaya melepasi sempadan dengan selamat. beliau dibawa ke sebuah perkampungan di suatu kawasan yang agak terpencil. semasa di sana lah beliau menemu ramah beberapa orang warga tempatan melalui bantuan seorang lelaki yang boleh berbahasa Inggeris.
akhirnya tercapai juga hasrat beliau untuk menyelami kehidupan wanita di Afghanistan.
nak dipendekkan cerita, sampailah masa untuk dia pulang semula ke Pakistan. 
erm.... masa nak balik tu, beliau dibawa untuk melihat satu kawasan yang dirasakan selamat oleh beberapa orang lelaki Arab yang bertindak sebagai 'pemandu' beliau ni. tiba di kawasan itu, dia dibenarkan membuka burqa tetapi masih bertudung. di sinilah bermula segala-galanya.
waktu tu, dia nak panjat kat atas seekor keldai. masa dia naik,tiba-tiba keldai tu melompat. semua orng di sekitar tu terkejut. tanpa disangka-sangka di sana ada pihak Taliban. Yvonne ditahan gara-gara mereka terlihat kemera Nikon yang tergantung di sebalik tudung Yvonne. pihak Taliban tidak membenarkan alatan sedemikian digunakan. 
dia bersama-sama pembantunya tadi ditahan oleh Taliban.
mereka meragui sama ada Yvonne benar-benar perisik daripada pihak Amerika. pada mulanya Yvonne menyangka bahawa dia akan diseksa sebagaimana media barat uar-uarkan. tetapi sebaliknya yang berlaku. dia diperlakukan dengan penuh hormat. mereka sedikitpun tidak melayan Yvonne sebagai seorang tahanan . bahkan, beliau dilayan seperti tetamu mereka. aneh. peristiwa ini sedikit sebanyak telah merubah tanggapan Yvonne terhadap Taliban yang selama ini dianggap pengganas ekstrem.
nanti ada sambungan...

No comments: