Tuesday, January 31, 2012

Tak Semua Macam Kita





السلام عليكم

" Isy, takkan yang tu pun tak tahu. Tak pernah belajar ke dekat sekolah rendah?"

"Larh...memang pon! Aku dah lama tahu"

;;kata-kata yang sememangnya mampu menjatuhkan semangat seseorang yang baharu ingin mempelajari sesuatu yang tidak diketahui.. Beginikah yang seharusnya kita ucapkan tatkala seorang insan bertanyakan sesuatu yang belum pernah diketahui? Ingatlah..

.TAK SEMUA ORANG MACAM KITA...

Kadangkala kita
terlalu ego dan sombong dengan sesuatu yang sudah kita miliki. Apabila ada seseorang yang lain cuba bertanyakan atau memaklumkan sesuatu perkara yang sudah anda ketahui, mengapa perlu menghina sedemikian?? Maaf. Bukan saya menuduh perbuatan sedemikian sebagai penghinaan, tetapi inilah apa yang dirasai oleh insan tadi. Malu, sedih, berontak...semuanya bercampur baur apabila dibalas dengan kata-kata sedemikian.

Apa salahnya jika kita cuba merendahkan diri walaupun sebenarnya kita sudah mengetahuinya. Tidak mengapa. Cubalah membalas dengan ucapan seperti...

"Oh...Macam tu."


"Terima kasih..."


"Kalau tak faham, jumpalah saya. Jangan malu-malu."




Sekurang-kurangnya ucapan sedemikian tidak mematahkan semangat untuk insan itu bertanya atau memaklumkan sesuatu kepada anda di lain waktu. Kita seolah-olah hendak bertanding 'siapa tahu dulu dia yang menang'. Kasihan... sebaik sahaja memaklumkan sesuatu perkara, sudah dibidas dengan ucapan yang seolah-olah membuatkan seperti dia kuno atau ketinggalan zaman.

KERANA TIDAK TAHU


Sepatutnya apabila ada insan yang tidak tahu bertanya, balaslah dengan sopan. Bukannya menghina. Perkara ini akan membuatkannya rasa rendah diri dan berputus asa untuk belajar sesuatu yang baru. Jika perkara ini berlaku dalam soal ibadah, bukankah kita yang bersalah?? Ada seorang insan yang apabila ditanya tentang masbuq,tetapi dia tidak mengetahui. Mengapa perlu kita umpat perkara sedemikian dan berfikiran negatif terhadapnya? Bukankah sepatutnya kita bersyukur kerana dia sedia belajar. Dia tidak seperti kita. Mungkin dia tidak pernah didedahkan dengan perkara-perkara sedemikian. Adakah kita begitu hebat dengan ilmu yang sedia ada? Sedangkan kita jauh lebih jahil jika hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH yang luas...

KERANA HENDAK MEMBERITAHU

Bersyukurlah apabila masih ada insan yang mahu memaklumkan anda sesuatu perkara yang dirasakannya anda belum mengetahui. Perkara ini seringkali berlaku dalam kehidupan seharian kita,bukan? Cuma kadangkala kita terlalu egois untuk mengaku yang anda belum mengetahui sesuatu perkara. Tetapi adakalanya kita pernah diberitahu akan perkara yang sudah lama anda ketahui. Jika anda mahu mengatakan yang anda sudah lama tahu, utarakan dengan bahasa yang betul dan tidak mengguris perasaan insan itu. Jika tidak mahu menang, mengalah pun tidak mengapa. Kasihan nanti terhadap orang yang beria-ia ingin menceritakan sesuatu perkara. Tidak perlu memintas kata-katanya dengan mengatakan..."Aku dah tahu dah..."... Cukuplah sekadar diam atau senyum dan angguk. Mungkin selepas ini dia sudah malas hendak memaklumkan anda perkara yang penting dan mungkin belum anda ketahui... Rasakan!


Jadi, marilah kita semua bersama-sama memperbaiki diri kita sendiri. Wassalam..

2 comments:

sheeraY said...

rasa nak nangis.haha. aku suka yang ni

fastabiqul khairat said...

knapa? knapa? pnah kena ka..heheh