Friday, January 6, 2012

Semangat yang patut dicontohi


السلام عليكم
Baru-baru ni masa tengah menjamah hidangan tengah hari, sempat jugalah dengar radio Kedah fm- 97.50(promote... tapi area Kedah saja lah yang dapat guna frekuensi ni). Ada ceramah agama. Tajuk dia tak ingat sebab masa tu dah mula dah. Antara beberapa perkara yang buat aku tersentuh ialah apabila ustaz yang ceramah ni cakap dia pernah pergi melawat sebuah negara dekat area2 Arab tapi tak ingat lah negara mana. Masa dia pergi tu, dia
bersama-sama dengan insan-insan yang hendak pergi berjuang untuk negara mereka. Sampai dekat seorang pemuda ni, ustaz tu hulurkanlah tangan hendak bersalaman. Malangnya, tangannya tak dibalas pun oleh pemuda tu. Ustaz tu cakaplah, "Saya pun heran jugak. Apa yang tak kena dengan saya? Pakaian saya elok ja. Saya dok belek-belek jugaklah tangan saya. Kot-kot kotoq ka. Pelik jugak" dengan slank utara. Tiba-tiba ada seorang lelaki dari arah belakang datang dan mengambil tangan pemuda tadi lalu diletakkan di atas huluran tangan ustaz tadi. Rupa-rupanya pemuda tadi tu buta. Allahuakbar. Ustaz tu cakap dia pun hairan. Semangat betul orang buta tadi tu.  Kalau kat Malaysia ni memang susah bahkan memang  cukup payah nak cari seorang pemuda yang berjiwa kental macam tu.

Sambung ustaz tu lagi..."Saya pun heran macam manalah dia nak berjuang mempertahankan negara sedangkan dia tak mampu melihat. Namun itulah dia yang dikatakan berjuang kerana Allah. "

Aku memang amat  kagum akan semangat pemuda tu. Disebabkan yakin dengan Allah, dia rela melakukan apa sahaja walaupun dia kurang sempurna dari segi fizikal. Namun mentalnya cukup kuat. Moga-moga perkara ini mampu menjadi iktibar untuk kita semua.....


thanks for reading.. May Blast.


tambahan maklumat;


ceramah di Radio Kedah= 2.00 petang-rakaman ceramah,
                                         5.30 petang- belajar kitab / tafsir/ fardhu 'ain (kalau tak silap la)
sebarang kesilapan sila maklumkan...

2 comments:

  1. salam..
    touchng...
    tima ksih..wlopown kita da x boleyh nak lepak + jamming skali...
    ^_^

    ReplyDelete