Wednesday, January 11, 2012

Kalau dah benci tu...memang benci lah..

السلام عليكم
Baru-baru ni Kak Long aku (merangkap sepupu lah), dia dengan kawan-kawannya pergi jalan-jalan dekat US. Disebabkan dia ni buat further study dekat Canada, jadi dekatlah kot nak pi US tu macam Malaysia pergi Vietnam (agak-agak ja). Masa tu awal tahun ni. Dia
cakap pergi sana memang best lah...Macam-macam tempat mereka jelajahi. Tiba-tiba terasa cemburu pulak timbul di hati. Harap-harap suatu hari nanti aku jugak boleh jalan jauh macam dia. 

Kenapa aku letak tajuk macam tu dekat atas?? Aku benci dia ka? Tidak.. bukan itu yang akan dikupas. Isu yang akan aku lakarkan di atas kanvas blog ni ialah berkaitan dengan ISLAM...dan YAHUDI.

sematkan di hati..

Kak Long aku cakap masa dia pergi US, memang agak sukar hendak cari Restoran Halal dekat kawasan apa entah. (lupalah..)
Akhirnya, dengan izin ALLAH mereka jumpa juga satu restoran ni.. pemilik dia Muslim tapi tak bertudung (biasalah,dekat Malaysia pun banyak).
Dia cakap, dulu dia pernah bekerja di suatu tempat. Disebabkan tekanan, dia berhenti dan buka Restoran dekat situ. Tapi dia tak berani hendak pakai tudung sebab melambangkan identiti Islam. Takut-takut orang yang anti-Islam buat sesuatu yang tak dijangka.

Selepas ditanya destinasi seterusnya, geng Kak Long pun jawablah yang mereka nak ke Miami. Jalan-jalan.

Lepas tu, perempuan tadi tu pun berpesanlah dekat mereka..
Katanya..."Dekat kawasan sana ramai orang Yahudi. Baik kalian berhati-hati.. Kalau mereka cakap apa-apa, buat tak tahu sahaja. Mereka sangat bencikan orang ISLAM."
*slank Inggerislah..

Ringkas benar pesanannya namun besar makna yang tersirat.. Nak tahu apa terjadi selepas tu???

Kak Long dengan kawan-kawannya tetap meneruskan perjalanan ke Miami seperti yang dirancang.. Mereka berada di satu kawasan pantai. Masa tu suasana dah malam kalau tak silap.. Memang ramai orang di situ. Masa nak jalan-jalan, mereka mengambil langkah berjaga-jaga. Siapalah tahu apa nasib mereka,bukan? Tiba-tiba sampai di satu kawasan berdekatan pantai, ada penduduk tempatan di sana mempertikaikan Hijab yang dipakai oleh Kak Long dan beberapa lagi kawannya. Dialognya aku tak berapa nak hafal. Tapi lebih kurang macam ni lah...
"Tutup-tutup apa?!!" dengan nada yang keras..
Tapi disebabkan geng students tadi dah tahu situasinya, mereka buat tak tahu saja. Lebih baik diam... 

Tapi itu tak teruk sangat, sampai di satu kawasan ni lagi teruk penghinaan mereka ke atas umat Islam. Kak Long aku dan kawan-kawannya diludahi... Ya ALLAH..... Kuatkan lah hati hamba-hambaMU. Ini baru sedikit penghinaan yang diterima. Sedangkan pemimpin kita, Rasulullah S.A.W. dahulu lagilah....

Lepas tu mereka beredar dengan hati yang gementar. Alhamdulillah. Mereka cuma diherdik dan diludahi. Syukurlah mereka tak diapa-apakan..

hm. entahlah. mungkin bagi kalian benda ni simple ja. "Ala, biasalah kena ludah.."

Bagi aku tak.. Aku rasa sedih sangat. Kejadian sebegitu jelas menunjukkan betapa bencinya Yahudi terhadap ISLAM...
Kesimpulannya,sesuatu dugaan itu diturunkan kepada hambaNYA adalah untuk menguji sekuat mana keimanan kita....
spotong ayat mengakhiri entry hari ni.. 

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? 

al-Ankabut;ayat 2


setakat tu saja..wassalam..moga-moga ALLAH melindungi kita

No comments: