Monday, January 2, 2012

aDuh!! teRluPa......

assalamualaikum........
di saat warga EMINENT 0711 yang lain relax, ada yang pi PLKN, tapi aku pi SAINA. tapi kali ni lain sikit. dah tak angkut dah beg balik kampung semua tu.. jadi aku pi
sebab apa? hm.. tadi pi cari sijil keputusan PMR yang warna kuning tu.penting sangat-sangat sijil tu.
 aku masuk senyap-senyap sebab tak mau sesiapa pun nampak. rasa lain bila pi sana balik. iyalah, kawan-kawan dulu dah tiada... sijil tu aku selitkan kat celahan buku past year. aku letak dekat rak di bilik prep.
kalut nak balik punya pasal masa hari last SPM haritu, aku tak sempat nak ingat pun pasal benda-benda berharga tu semua. apa yang aku tau cuma BALIK ja....


p/s-
erm.. nak bagi pesanan kepada pembaca. lain kali kalau ada kertas, atau benda penting, JANGAN SELITKAN DI MERATA-RATA!! nanti jadi macam aku!! satu lagi masa nak SPM dulu, banyak jugak bahan bacaan eg macam nota kecik yang aku selitkan dekat buku-buku. bila nak baca, jenuh mencari-cari. sampailah last-last, aku tak guna pun nota-nota tu.
aku ni selalu buat masalah macam tu. tapi tadi Alhamdulillah aku jumpa juga.sekalung apresiasi diucapkan buat AIN AZHAR sebab dia yang berusaha menolong aku mencari siapakah gerangan Form 5 yang dah ambil buku yang aku wakafkan tu. penat jugak aku mencari. terkejut jugaklah sebab masa pi bilik prep, buku-buku past year yang aku wakafkan dah tak dak. ekspress jugak budak-budak ni 'buat kerja'.
cari punya cari.. hampir setiap dorm aku melilau.. akhirnya Alhamdulillah... aku pi C13. ada dekat sana. alang-alang dah pi sana, sempat jugaklah beramah mesra dengan adik-adik... hm. kalau tak mau lupa,
sepatutnya inilah yang patut aku buat...

inisiatif yang patut diambil agar tak lupa dah!!
 kesian dekat mak. terpaksa menyusahkan diri drive pi sana... terima kasih mak!!

No comments: