Sunday, January 22, 2012

Adakah kita seperti NOT Gate??


السلام عليكم

Baiklah, sebelum menulis soal LOGIC GATE.... Adakah anda kenal simbol di atas? Simbol itu merupakan simbol untuk NOT Gate. Ia merupakan satu alatan elektronik yang digunakan dalam litar elektrik bagi mengeluarkan output songsang. Apa itu output songsang? Misalannya apabila kita beri arahan 'Ya' , output yang dihasilkan ialah 'Tidak'. Sekarang anda faham? Tapi kalau tidak faham pun tidak mengapa. Bagi pelajar aliran sains tulen , anda mungkin pernah belajar mengenainya dan mungkin akan mempelajarinya bagi mereka yang belum mencecah 17 tahun kerana topik ini merupakan bab Tingkatan 5.

Adakah kita seperti NOT Gate?

Mengapakah soalan sebegitu yang diutarakan? Kerana pada hemat saya, ramai masyarakat kita sekarang seperti NOT Gate termasuklah saya dan mungkin juga anda. Dalam kehidupan seharian, kita telah diperkenalkan dengan pelbagai peraturan dan undang-undang dalam kehidupan. Saya berikan anda
beberapa situasi dan apakah yang biasanya dilakukan oleh masyarakat setelah menerima sesuatu arahan.

SITUASI 1 ; DI RUMAH

Emak ; Angah, jangan buka televisyen tau. Baca buku. Mak nak keluar pergi beli ikan sekejap. 
Anak ; Baik, mak!

Namun, apakah 'output' si anak tadi?
Setelah kelibat ibu semakin menjauh, si anak terus sahaja pergi ke televisyen dan.... 

SITUASI 2 ; DI SEKOLAH

Ketua pelajar ; Jangan bising!! Hormatilah rumah ALLAH.


Meskipun demikian, masih ada pelajar yang masih bercakap-cakap malah tanpa menghiraukan walau sedikit arahan yang diberikan tadi. Tidak fahamkah mereka dengan arahan tadi??

SITUASI 3 ; KAWASAN TEMPAT TINGGAL

"Dilarang membuang sampah di sini!! Atau anda akan dipenjarakan atau denda RM 1000.00 atau kedua-duanya sekali!!"

Sudah terang lagi bersuluh papan tanda yang didirikan berhampiran kawasan sungai mahupun di kawasan jalan. Tapi di tempat itu jugalah yang mereka buang sampah bagaikan papan tanda tadi menyatakan "Buang sampah di sini". Entahlah, susah benar hendak memahami senario masyarakat pada hari ini.


p/s. situasi di atas adalah rekaan semata-mata dan olahan penulis berdasarkan ragam masyarakat. Tiada tujuan memerli atau menghina. ;-p

Jelaslah mengapa saya mengatakan kita seperti NOT Gate? Jika anda dapat lihat pada truth table bahagian bawah simbol NOT Gate tadi, output ataupun respon LOGIC GATE tadi akan berlawanan dengan arahan yang diberi. Mungkinkah kita sedemikian? Jika saya katakan 'ya', tidak semua orang bersikap sedemikian. Tetapi jika saya katakan 'tidak', hampir kesemua orang sering melanggar arahan yang diberi. Kesimpulannya, ada baik, ada buruk. Tetapi perkara inilah yang harus kita hindari. Setiap peraturan atau arahan yang diberikan pasti ada kebaikan yang ingin diseru disebaliknya tetapi berbalik kepada jenis arahan yang diberi. Takkanlah jika disuruh meminum air longkang pun kita turutkan sahaja. Oleh sebab itulah ALLAH mengurniakan kita akal fikiran agar dapat membezakan antara perkara baik dan buruk. 

Firman ALLAH di dalam surah al-Baqarah yang bermaksud,

Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dihendakiNya, (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan Hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
al-Baqarah;ayat 269

Anda perasan atau tidak bahawa situasi yang diberikan tadi baru peraturan yang manusia tetapkan dalam kehidupan seharian seperti SITUASI 1 DAN 3 tadi. Cuba anda fikirkan, sedangkan peraturan manusia pun kita tidak boleh patuh, inikan pula peraturan ALLAH. Bukan saya mendoakan atau menghina, tetapi inilah hakikatnya walaupun ada segelintir yang betul-betul patuh akan arahan ALLAH. ALLAH sudah perintahkan kita supaya bersolat 5 waktu, berpuasa di siang hari bulan Ramadhan, menutup aurat dan lain-lain lagi. 


Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu) dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.

al-Maidah;ayat 48

Tetapi, apa yang dapat kita perhatikan? Bukankah manusia sekarang berlumba-lumba cuba untuk mengikut apa yang dilarang dan bukannya yang disuruh? Sama sahaja seperti NOT Gate. Bukanlah diri saya sempurna, tetapi perkara ini perlu sama-sama dibicarakan buat muhasabah kita bersama. Sebaik-baiknya kita saling memperingatkan walapun perkara itu hanya sekelumit. Cubalah untuk mematuhi arahan biarpun payah. Lebih baik memaksa diri kita agar perkara itu terbiasa dalam diri. Mengapa perlu menggunakan alasan "tidak mahu jadi hipokrit"??? Ramai sekali di antara kita yang enggan mematuhi arahan dengan alasan sedemikian.


Membuka tudung, sedangkan  perintah ALLAH menyuruh kita agar menutup aurat. Tetapi alasan tidak mahu hipokrit menjadi alasan mereka. Ini bukan soal hipokrit atau tidak. Tetapi ini soal perintah Allah yang WAJIB kita patuhi. Cuba sedikit-demi sedikit membiasakan diri. Lama-kelamaan kita sudah terbiasa. Tetapi ikutlah peraturan dengan ikhlas. Pada mulanya kita memang perlu memaksa diri untuk mematuhi peraturan. Lawanlah nafsu dan bisikan syaitan dengan sekuat yang mampu. Bersabarlah dalam beribadah semoga beroleh kejayaan.Tetapkan niat dan matlamat. InsyaALLAH, kita berjaya melakukan.

Ayuh!! Kita sama-sama bersatu hati agar Islam dapat ditegakkan kembali. Doakan kejayaan kita. Amin..

 

No comments:

Post a Comment