Tuesday, December 25, 2012

Dengarlah Hati Berbicara

السلام عليكم

______________________________________________________________________



Allah Ya Rahim…Allah itu Maha Penyayang… bukti? Nah,lihatlah wahai saudara-saudaraku… renunglah sedalam-dalamnya… aku nukilkan khas buat kalian agar sama-sama kita bermuhasabah dalam mendepani kehidupan…
Kerana cinta Allah kepada hamba-hamba-Nyalah kita masih lagi diberi kesempatan untuk menumpang setiap detik kita di atas bumi-Nya ini,
Kita masih berkesempatan untuk menghirup udara ciptaan-Nya ini tanpa perlu membayar walau sesen pun,
Kita masih lagi dapat menggunakan pancaindera yang diberi untuk meniti saki-baki kehidupan ini,
Kita masih lagi diberi kesempatan waktu untuk bermuhasabah akan segala amalan kita selama ini,
Moga-moga  kita menggunakan kesempatan yang diberi untuk kembali ke jalan-Nya,
Mogakan bertaut cinta antara seorang hamba dan pencipta-Nya,
Agar…kita sedar betapa kerdilnya kita di muka bumi ini,
 Agar kita sedar betapa kita amat memerlukan Allah,tuhan pencipta sekalian alam,
Agar kita beribadah kepada-Nya di setiap detik yang kita lalui….
Akan tetapi kita sering alpa dan leka!
Mencintai duniawi yang sebenarnya cuma sementara,
Kita terlalu mengagung-agungkan insan lain yang hanyalah serupa sahaja dengan kita,
Kecantikan di dunia dikejar, sedangkan keindahan mencintai-Nya tiada dipandang!
Beginikah sikap kita terhadap Allah pencipta segala-galanya ini?
Kita sering sahaja merungut disaat Allah menguji kita,
Tanpa menyedari bahawa segala kesenangan yang dinikmati selama ini adalah pemberian-Nya,
Kita sering sahaja menyisihkan mereka yang dianggap tidak bersefahaman dengan kita, kerana rasakan mereka kurang dan tidak seperti kita,
Akan tetapi kita terlupa seketika bahawa Allah bisa merubah segala-galanya,
Kita berbangga dengan kekayan dan kesenangan yang diberi,
Sedangkan Allah itu Maha Kaya……tiada tertandingi oleh sesiapa pun bahkan Qarun,
Ya Allah…terima kasih atas segala-galanya,
Sungguh!! Ya Allah… aku masih belum sempurnakan cintaku pada-Mu..
Sedangkan Engkau begitu banyak mengasihiku hingga tak terhitung dek jari-jemariku….
Aku begitu hina Ya Allah!!
Aku tak menyedari pun yang selama ini Engkau telah memberikanku segala-galanya walau tak dipinta, tetapi aku sering meninggalkan apa yang Engkau pinta…
Hanya beribadah kepada-Mu pun tak terlaksana sepenuhnya…
Oleh itu Ya Allah…. Engkau berikanlah aku secebis ruang untukku mencintaimu….
Aku sedar….hatiku begitu kotor, diriku begitu hina,
Aku tak layak untuk meminta-minta dari-Mu Ya Allah..
Akan tetapi Engkau amat mengasihi hamba-Mu yang sering meminta daripada Mu Ya Allah…
Berikanlah aku sedikit Nur….. Berikan aku kesempatan untukku kembali bertaut pada jalan-Mu,
Berkatilah apa yang ku pinta ini Ya allah….
Mogakan tercapai hasratku untuk menjadi penghuni jannah-Mu,
Jauhkan ku dari neraka-mu Ya Allah,
Tetapi aku sedar.. aku tak layak untuk menghuni syurga-Mu itu,
Aku…hamba yang keji ini.sering meminta-minta sesuatu…
Sedangkan aku tak banyak memberi…
Ya Allah…terimalah Ibadahku ya Allah…
Pimpinlah daku,
Tunjukkanlah apa yang baik buatku, jauhkanlah apa yang buruk bagiku,
Agar aku dapat mencapai mardhatillah…
Amin…ya Rabbal A’laminn….
Sadiqatiku sekalian…… sesungguhnya kita amat beruntung kerna masih diberi kesempatan untuk melihat apa yang terbaik buat kita..

Thursday, December 13, 2012

tazkirah....


السلام عليكم

☑ Yang Singkat Itu WAKTU.
☑ Yang Menipu Itu DUNIA.
☑ Yang Dekat Itu KEMATIAN.
☑ Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
☑ Yang Berat Itu AMANAH.

☑ Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
☑ Yang Susah Itu SABAR.
☑ Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
☑ Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
☑ Yang Berharga Itu IMAN.
☑ Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT

Sunday, August 12, 2012

Newton's Laws of Motion dan Kita

السلام عليكم

fizik lagi... sebelum tu, rasanya sempat lagi nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL KAREEM.. kejarlah apa yang patut, tunaikan ibadah-ibadah yang terbantut....

????

baiklah, berbalik kepada Newton. Siapakah Newton? hm, tak berapa tahu sangat tapi apa yang pasti beliau merupakan seorang ahli Fizik yang suka mengeluarkan teori-teori yang student kena hafal kalau nak pass exam. tapi, disebabkan teori beliau jugaklah dah kita dapat meneroka natural phenomenon. (*natural phenomenon = fizik).

baiklah, memandangkan hari khamis lepas baru tamat UPS (ujian pertengahan semester).... jadi insyaAllah nak kongsi sikit la tentang laws of motion yang telah dihafal. tapi yang masuk dalam silibus saja la. tapi la ni bukan nak cakap pasal fizik sangat. cuma nak kaitkan sikit ja pasal laws tu dengan kehidupan kita terutamanya pelajar lah. okay, Newton's Laws of Motion ada 3 yang saya belajar. tapi maafla sebab teori-teori ni dihuraikan dengan kefahaman yang agak songsang dari teori fizik.

AN OBJECT AT REST WILL REMAIN AT REST


nampak tak??? an object at rest will remain at rest. maksudnya, bila kita dah malas, satu benda pun tak jadi kerja. iyalah, kalau dah nak study, tapi badan masih terbungkang atas katil, jadi kerja ka?? nak buat kerja sekolah, tutorial, assingnment, lab report lagi.... kalau takdak usaha macam mana kerja nak berjalan??? lepas tu bila cikgu mintak. hah baru nak menggelabah. lepas ni buat sapa-sapa yang study tiba-tiba ada kawan cakap macam ni...

" Ek eleh, dok buat rajin pa tak tau. Relaxla.. exam bukannya esok pun. Lambat lagi."

diam ja... tunggu la esok lusa mesti dengar dia cakap macam ni pulak..

"Alamak!! Macam mana ni??? Kerja berlambak. Stress!! Stress!!"

hah... tu la. lepas tu cakap slow-slow dekat dia..

" An object at rest will remain at rest."

mesti berkerut-kerut kening dia kan.. tak paham apalah falsafah yang keluar pulak tu.

firman Allah dalam surah ar-Ra'du ayat 11;


لَهُ ۥ مُعَقِّبَـٰتٌ۬ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُ ۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٍ۬ سُوٓءً۬ا فَلَا مَرَدَّ لَهُ ۥ‌ۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11)

kita highlight kan pada ayat Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri .
nampak tak lagi? kalau diri sendiri tak dak inisiatif nak berubah atau melakukan sesuatu, sapa yang akan tolong kita kalau bukan diri kita sendiri. takkan nak suruh kawan tolong genggam tangan kita sambil pegang pensel/pen lepas tu buat tutorial / homework kita?? macam budak-budak kan.. dalam doa kita menadah tangan bermohon supaya Allah permudahkan segala urusan, melapangkan segala pekerjaan... sedangkan lepas berdoa tak da apa pun usaha daripada diri kita. bolehka macam tu??? cuba jawab. baiklah, kita teruskan dengan Newton's 2nd Law of Motion..

F = ma
 secara ringkasnya, F = ma  la. sebab dia punya law panjang sangat nak tulis. mesti tak faham kan. baiklah,


 F ; force, 

m ; mass of the object

a ; acceleration
maksudnya Force sama jugak mass darab ngan acceleration. dari segi psikologinya kalau tak da acceleration maka force sama dengan zero. baiklah, sebagai seorang pelajar ataupun orang dewasa mahupun sesapa saja, 'force' merupakan perencah dalam kehidupan. bak kata saya, ibarat herba. sebabnya herba ni kadangkla orang tak suka sebab pahit, tetapi ia memberi impak positif kepada diri kita. tapi sejauh mana 'force' buleh bagi kesan yang baik??? jawapannya selagi mana kita menjadikannya sebagai suatu perkara yang mendatangkan kesan positif. tapi semua orang tak suka 'force'. padahal mereka tak sedar pun kadangkala bila ada force lah hidup kita mengalami acceleration. acceleration pula ibarat kemajuan ataupun titik perubahan terhadap diri kita.



baiklah. cuba bayangkan sekarang cuti sekolah. lepas subuh, mata berat sangat. rasa macam nak tidur balik. tapi, kita tahu kalau tidur balik, mesti nanti bangun lewat. dalam hati nak buat macam-macam kerja. tapi demi melayan nafsu....kita pun nak tidur sebentar. apa kata kalau letak 'force' sikit dalam diri?? cuba paksa diri tangok. jangan layan sangat mengantuk tu. ada hasil tak?? mesti ada. kalau dah mengantuk tu, ambil la inisiatif dengan melakukan perkara-perkara yang mampu menyegarkan minda dulu sebelum nak study ka..apa ka. kan??

barulah ada "acceleration" dalam diri. baiklah, kita tiba ke law yang terakhir.

EVERY ACTION HAVE REACTION

law ni paling simple dan best. lepas ni boleh la tulis besar-besar dekat kertas A4 kemudian tampal dekat pintu almari atau dinding bilik ka... asalkan kita TERmotivasi setiap kali TERnampak kata-kata ni. sesuai juga dilekatkan di palang katil. sebab bila malas nak bangun, "every action have reaction" tadi seolah-olah berkata kepada kita..."lantak kaulah kau nak bangun ke tak mau!! nanti kau jugak yang nak kena marah, kau jugak yang nak stress!! kau jugak yang nak tunggang langgang bila nak exam!! iyalah, kan setiap perbuatan ada kesannya. kalau kau nak tidur terus, kesannya kerja kau semuanya terbengkalai. esok lusa baru nak sibuk pinjam kerja orang nu, tutorial orang ni, assignment dia tu, lab report dia ni... padan muka!!"



Bukk!! ibarat sedas penampar TER melayang ke pipi. lantas, atas kesedaran individu, kita akan terus bangun di sisi katil, mencapai buku-buku yang ada dan bergerak ke meja study. mata terbeliak luas!!! semangat punya pasal..

kan bagus macam tu... "every action have reaction". kalau action kita rajin, maka reactionnya kerja siap, dan kalau ada yang tak faham pun boleh detect awal-awal. sekurang-kurangnya ada jugaklah benda yang nak ditanya kepada guru.....


______________________________________________________________________

rasanya, setakat iru sahajalah huraian daripada Newton's Laws of Motion yang dapat dikongsikan bersama. sabagai medan tarbiyyah kepada diri sendiri dan juga kepada sesiapa sahaja yang membacanya. walaupun tak la begitu membantu, tapi sikit pun jadilah... kepada ahli-ahli fizik, saya mintak maaf sebab dah 'pesong'kan sikit laws of motion tu...

baiklah, sebelum mengundur diri, saya mendoakan agar kita semua diberi keberkatan di bulan Ramadhan yang mulia ini.. amin. Ramadhan merupakan ruang dan peluang untuk kita memperbanyakkan amal ibadah, meningkatkan mujahadah, bukan memperbanyakkan juadah (buka posa + moreh + sahur).

assalamualaikum!!!

Allah knows exactly who you are




Tuesday, May 15, 2012

MEMPERINGATI 64 TAHUN HARI NAKBAH PALESTIN - 15 MEI 2012

السلام عليكم



Tanggal 31 ogos merupakan tarikh bersejarah buat Negara Malaysia kerana berjaya bebas dari belenggu jajahan british. Saat yang menggembirakan pabila menggambarkan laungan ‘ MERDEKA ‘ bersahutan di stadium merdeka. Betapa bahagia rakyat Malaysia saat itu. Malaysia melakarkan sejarahnya yang tersendiri.


Tarikh 16 mei juga menjadi sebutan saban tahun. Masakan tidak, segala jasa guru diabadikan pada hari tersebut. Namun, pernahkah terdetik di hati kita akan tarikh bersejarah 15 mei 1948? Jika Malaysia mempunyai detik bersejarah yang membanggakan, namun, sebaliknya telah berlaku pada sahabat seislam kita di palestin. Ya, sudah pasti meruntun hati kita.


Pernahkah anda mendengar istilah nakbah? Apakah itu nakbah? Jom kita susuri sejarah nakbah Palestin. Moga dengan sejarah ini mampu terus menaikkan semangat juang kita seterusnya menggegar dunia palestin yang sejak sekian lama suram.


Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin pula bermaksud penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytihar rasmi pada tanggal 15 Mei 1948. Ini merupakan satu bencana besar yang menimpa bumi palestin. Kedamaian, keadilan telah direntap sekelip mata. Sebagai gantinya, kepedihan, keperitan dan derita makin dirasai di bawah kongkongan yahudi zionis.


Pakatan Israel ini berjaya mengorak langkah sejak 1897 apabila tertubuhnya Pertubuhan Zionis Antarabangsa (WZO). Kemudian, dengan satu tekad pembentukan negara zionis, serta kerjasama sekutu kuat mereka, British, mereka telah mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2 november 1917. British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa yahudi di Palestin. Sejak itu, berlakulah penghijrahan beramai-ramai bangsa yahudi Eropah dan Rusia ke Palestin sehingga mencecah ratusan ribu orang. Sedikit demi sedikit tanah Palestin dirampas samada secara kekerasan dan juga penipuan oleh pendatang yahudi. Mereka dengan angkuhnya menguasai tanah haram tersebut. Yahudi laknatullah ini bukan sahaja menidakkan hak penduduk bumi Palestin yang sah, malah tegar mencabuli perjanjian antarabangsa. British juga tanpa segan silu mendesak PBB menjadikan isu Palestin ini sebagai salah satu agenda PBB.


Menurut laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah menyatakan ketidakadilan bagi pihak Palestin untuk membahagikan tanah mereka kepada dua buah Negara bersaingan. Namun, usaha itu hanya sia-sia apabila pada tanggal 29 november 1947, PBB yang bertopengkan manusia tetap mengeluarkan sidang pleno PBB dengan meluluskan ‘ ketetapan 181 ‘. Sebagai akibatnya, 2/3 tanah Palestin secara sahnya telah dibahagikan kepada pendatang yahudi serta bakinya 1/3 keluasan tanah, diberikan kepada penduduk Palestin yang sah. Sekali lagi berlaku ketidak adilan apabila penduduk Palestin dinafikan hak mereka untuk bersuara. Mereka tidak langsung diminta pendapat serta keizinan malah sebaliknya, penindasan serta kezaliman makin bermaharajalela. Liga Negara Arab ketika itu juga gagal membantu Palestin apabila tentera yang dihantar turut dimusnahkan oleh pengganas yahudi. Akhirnya, Palestin terpaksa akur apabila yahudi zionis mengumumkan Negara Israel pada petang 14 Mei 1948 seterusnya mengisytiharkan kemerdekaan ‘ palsu ‘ mereka secara rasmi pada 15 Mei 1948.


Inilah yang dikatakan yahudi laknatullah. Mereka tidak akan sesekali berdiam diri serta bersenang lenang selagi impian mereka tidak terlaksana. Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud “Engkau akan temukan orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman adalah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” (QS. Al-Ma’idah: 82). Rejim yahudi meningkatkan serangan dengan menghancurkan 478 buah kampung dan mengusir hampir 800 000 rakyat palestin ke luar Negara. Warga tua, kanak-kanak serta ibu mengandung dibunuh. Malah, anak di dalam kandungan dikeluarkan terburai. Sehingga kini Palestin terus diasak kekejaman dan penindasan. 


Peristiwa dahulu seolah-olah di ulang tayang semula kini. Pembunuhan, pemenjaraan, sekatan ekonomi serta serangan ke atas masjidil aqsa semakin menjadi-jadi. Namun, kemana perginya umat islam kini? Ketika saat British, yahudi dan PBB bersatu bergabung untuk menjatuhkan Palestin, umat islam tetap diam membatu seolah-olah menurut telunjuk PBB seperti Pak Pandir.


Ayuh, sahabat.. Isu Palestin ini bukan khas untuk rakyat Palestin sahaja. Bukan juga untuk negara-negara arab di sekitarnya, tetapi isu kita bersama selaku umat islam seluruh dunia. Sebagaimana termaksub dalam alquran yang bermaksud “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara kerana itu, damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada ALLAH supaya kamu mendapat rahmat“(Al-hujurat:10). 


Pelbagai mekanisma harus diatur. Kefahaman perlu diperluaskan lagi, sumbangan kemanusiaan pula perlu dipergiatkan. Jom sama-sama tingkatkan usaha, perkasakan ukhuwwah, serta patrikan kesatuan bersama. Selebihnya, kita serahkan kepada ALLAH untuk menentukan segalanya. Insya-Allah, semoga kejayaan dan kegemilangan Islam sampai ke kemuncak satu hari nanti. Amin.


Oleh: Nur ‘Amahirah binti Hasan Zaki,

Kuliah Perubatan Universiti Iskandariah




Friday, May 11, 2012

Jalan ini..

السلام عليكم


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Hari ini aku masih bisa berkarya dengan ilham dan segala kemudahan kurniaan Allah. 

.....
Petang itu aku berdiri di sebalik jendela yang mengahadap ke halaman rumahku. Menghirup saki-baki kenangan yang bakal meninggalkanku.. benar, bakal meninggalkan ku dan kita semua. Masa takkan mampu berputar melawan arah. Detik itu juga fikiranku menerawang. Langit jingga beransur gelap. Bila-bila masa sahaja azan akan dilaungkan. Aku merakam suara-suara alam ke dalam hatiku. Aku takut akan merindui mereka. ; cengkerik, katak, burung-burung, ayam dll.

Ya, aku sayangkan suasana ini . Damai. Walaupun kampung aku cuma 'kampung moden'. Bukanlah moden sangat, tapi kalau segala kemudahan cukup, 'moden'lah tu. Kalau nak dibandingkan dengan suasana dan cara hidup emak dan ayahku 20-30 tahun dahulu memang sangat BERBEZA. 

Namun begitu, bayank perkara di sini membuatkan aku bahagia. Semangat kemasyarakatan, kerjasama... Bukan mudah nak merasai suasana ni. Rata-rata penduduk kampungku bekerja sendiri sahaja. Sama ada bertukang, menoreh getah, bersawah, berniaga dan macam-macam lagi. Hal ini membuatkan kami ada ruang dan peluang bertegur sapa sesama kami. Kenduri kendara? Alhamdulillah, masih ada sistem 'PAKAT'. Siapa tahu 'PAKAT"? Ya. Ramai yang tahu. Misalannya terdapat kenduri kendara, penduduk kampunglah yang akan bekerjasama memasak, mendirikan khemah, dan segala persediaan untuk majlis Walimatul urus. Tidak ramai yang menggunakan khidmat katering. Tetapi, memang seronok. Suasana mahabbah dapat dirasai. Bekerja sesama tetangga. Kalau ada kenduri, bacaan Yasiin... 

Tapi, apa yang menyentuh hatiku.. melihat anak-anak muda sebayaku memenuhi dada-dada akhbar dengan tajuk yang kurang kusenangi. Aku gusar aku juga mungkin tersalah langkah. Zaman sekarang. Pelbagai perkara yang cuba bersaing dalam mencucuk minda muda remaja. Minda yang sepatutnya mencerna fikiran dalam merencanakan jalan membantu perjuangan. Duit bantuan pelajaran. Ke arah manakah yang dibelanjakan? Berapa peratus untuk biayaan pelajaran? Berapa peratus untuk kemewahan diri? Telefon bimbit baru? Buku? 

Aku tahu. Tetapi aku belum pasti apakah aku mampu mengawal diri. Manusia berubah. Begitu juga aku. Semoga aku masih bisa membezakan baik buruk sesuatu perkara. Entahlah. Aku pernah mendengar pengalaman Pak Su yang pernah menjadi pensyarah di sebuah IPTS . Katanya, dia sedih melihat bagaimana anak-anak muda Melayu yang pergi ke sana hanya untuk suka-suka. Segala-galanya 'seronok'. Tidak ramai yang serius dalam mencapai matlamat. Apabila tiba masa peperiksaan, ramai yang merayu-rayu agar diberikan markah yang terbaik. Serba salah dibuatnya.

Lantas, aku ingin menjadikan kisah ini iktibar buat diriku. Aku bakal melangkah ke satu lagi fasa. Aku benar-benar berharap agar pilihan ini tidak salah. Semoga Allah terus memberiku keyakinan ini. Aku tak mahu pisang berbuah dua kali. Namun, aku yakin dengan ketentuan Allah. Aku tahu Allah akan memberi yang terbaik buatku walaupun kadangkala perkara itu tak pernah ku harapkan berlaku. 

Aku tersentak. Laungan azan menyedarkan aku dari lamunan. "Allahuakbar! Allahuakbar!"

...................


Saat ini juga kesedihan mula terasa. Sahabat-sahabat yang lain bakal membawa haluan masing-masing. Semoga bertemu lagi. Tiada apa yang mampu aku berikan melainkan sebaris doa buat mereka. 


sekian, wassalam...

Wednesday, May 2, 2012

Jom!! tanak nasi dalam bekas air kotak..

السلام عليكم

Siapa kata nak tanak nasi hanya dalam periuk?? Dalam bekas air kotak pun boleh...
Inilah serba sedikit pengalaman yang boleh saya kongsikan hari ini. Semuanya bermula semasa saya menyertai program outdoor di Kem UUM Sintok. Saya dan beberapa peserta lain telah dibimbing oleh seorang lelaki yang agak berusia. Kami memanggil beliau dengan gelaran Pak Cik. Biarpun masa yang kami luangkan di sana tidaklah lama, namun pelbagai pahit manis dapat dirasai.

gambar hiasan

Pertamanya kami dibawa mendaki bukit yang terdapat di kem tersebut. Biarpun agak gementar, namun amat seronok. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Lelaki dan perempuan. Pasukan perempuan meredah bukit melalui jalan yang berbeza dengan pasukan lelaki. Pak Cik itulah yang mengetuai kami. Semasa dalam perjalanan, pelbagai rahsia dan pengalaman dikongsikan bersama membuatkan kami tidak kekok untuk bertanya soalan kepada beliau.

Tips!! Semasa meredah hutan, kami perlu berbaris.. Barisan tidak boleh putus.. atau!! anda akan sesat..

Ya! Benar... Namun, itulah apa yang telah belaku kepada saya dan beberapa peserta lain. Kami seikit ketinggalan kerana berada di bahagian belakang barisan. Masa itu, kami tawakkal sahaja kepada Allah. Semoga jalan yang kami redah (ikut hati) tu betul...

Setelah beberapa ketika, Alhamdulillah.. kami bertemu dengan rakan-rakan yang terpisah tadi.

Masa dalam perjalanan, macam-macam benda yang berlaku. Masa ini lah semangat setiakawan, kesabaran, kekuatan.. amat penting!! Alhamdulillah, semasa aktiviti tersebut saya terselamat daripada 'Si Penghisap Darah'.. siapa lagi kalau bukan penghuni hutan belantara.. Si Pacat.

pacat!! 

Waktu tu jugalah.. kena buat-buat berani. Kalau ada kawan lain yang kena pacat, kita lah yang kena sukarela nak buang. Apa yang lagi 'best' jalan dekat kawasan sungai, licin... Tambah-tambah pula kalau lepas hujan. Rasa macam main luncur ais (walaupun tak pernah main)..

Setelah hampir 2 jam meredah hutan, kami akhirnya berjaya keluar.. lokasi kami waktu tu dekat Padang Lapang Sasar UUM....

Penat, seronok, semuanya bercampur baur.. Akhirnya sekotak air dan sebungkus roti menghilangkan penat dan lelah kami... Hah.. masa tu lah Pak Cik tadi berkongsi kisahnya sepanjang berpuluh-puluh tahun bekerja sebagai tentera dan jurulatih di Kem UUM. Antara serba sedikit ilmu yang kami dapat ialah...

TANAK NASI DALAM BEKAS AIR KOTAK??

PERTAMA SEKALI
bahan yang kita perlukan ialah air kotak.. jangan minum airnya..


KEDUA
beras la.. kalau tak dak beras, tak jadi nasi la..

KETIGA
dawai.. tak faham sangat dawai macam mana..

tapi, daripada apa yang Pak Cik tu beritahu, kita akan bakar kayu, daun-daun nak buat unggun api.. Kemudian, letakkan dawai tadi atas unggun api yang dah tak berapa marak. Agak-agak api sederhana.
Biar sampai dawai tadi panas.. Kemudian potong bucu bekas air kotak tadi. masukkan beras. Letakkan bekas air kotak tadi di atas dawai.. lepas tu, nak pergi mana pun pergilah.. Bila balik nanti, dh boleh makan nasi berperisa.. ;-)

HASILNYA

(sekadar hiasan saja.. tak betul pun..) 

p/s; rasa nasi tadi bergantung kepada perisa air yang digunakan. kalau teringin nak rasa 'nasi oren', tanaklah nasi dalam air kotak perisa oren..

itu saja lah.. maaflah kalau tak faham. kalau nak faham, cuba buat sendiri. (saya pun tak berpeluang nak aplikasi lagi benda ni)

kalau dekat kem lain, mereka buat dalam buluh


bukan lemang!! nasi

Ada lagi, kalau masa tengah dahaga dalam hutan, tak bawa air mineral pulak... tak pa, kita boleh minum air dari akar pokok.. segar rasanya.. tapi maaflah saya sendiri tak tahu pokok apa sebab tak sempat tanya. Pak Cik tu cakap lagi, dia pernah makan haiwan-haiwan dalam hutan macam musang, apa lagi entah.. (memang kami tak berapa sedap telinga dengar)..

setakat tu saja, wassalam...

Friday, April 20, 2012

Sedekahkan al-Fatihah buat si mati

السلام عليكم


Alhamdulillah, di hari Jumaat yang mulia ini, saya berkesempatan untuk menulis entri kali ini. Kisah ini berlaku kira-kira 4 tahun yang lalu. Semasa itu saya masih di bangku sekolah. Ada seorang senior saya yang berbangsa India. Namanya Reena Rishinee. (tak tahu ejaan saya betul ke tidak). Dia tinggal satu kamar dengna saya kebetulan satu katil dengan saya. Apa yang saya boleh katakan tentangnya ialah, dia ni kalau ada masa lapang mesti akan baca Bible. Kalau tak salah saya itulah buku yang selalu dipegangnya atas katil kalau masa lapang. Cuma dia tak lama di sekolah itu. Saya pun sempat berkenalan dengannya setahun sahaja. Dia sangat baik, dan tak pernah kacau hidup orang. Dia sangat menghormati orang lain. Walaupun tidak sebangsa dan seagama dengannnya.

Baiklah, cuma sekadar intro tentangnya. Bukanlah saya nak memperkatakan tentang Kak Reena, tetapi suatu kejadian yang berlaku. Suatu hari, kami terserempak di kantin sekolah. Waktu itu, saya dimaklumkan olehnya tentang kematian salah seorang waris pelajar sekolah itu. Saya cuma sempat berkata


Thursday, April 19, 2012

Jika Cinta, Apa buktinya??

السلام عليكم


Kak Haura' dan Fina sayang, cuba tengok kakak ni. Bagus kan? Dia suka baca al-Quran. Tentu Allah sayang dia. Jom kita baca al-Quran.




 Ya, kita ‘tahu’ kita perlu mencintai Allah SWT. Tapi adakah kita ‘faham’ dan ‘jelas’ samada kita sudahpun mencintai Allah SWT ataupun belum? Apakah bukti kita mencintai Allah SWT? Mari ikuti ‘checklist’ berikut untuk mengenalpasti sejauh mana kita meletakkan Allah SWT menempati cinta paling utama di hati kita.

Saturday, April 14, 2012

Sembang 'kedai kopi'

السلام عليكم

Hadis Rasulullah saw:“Umat Islam itu satu badan, apabila sakit satu anggota, seluruh badan akan merasa kesakitannya.”

Alhamdulillah... selesai juga majlis walimah "mak menakan pupu" (faham tak?) saya tu...
saya mengambil peluang tersebut untuk membantu tuan rumah menyiapkan persiapan yang masih belum selesai. biarlah tidak seberapa, asalkan kita hulurkan juga sedikit bantuan. Alhamdulillah... disebabkan perkara itu, saya telah berpeluang berjumpa kembali sanak saudara yang sebaya dengan saya. setelah sekian lama tidak bertemu. kali terakhir pun semasa kami masih kanak-kanak. zaman yang penuh dengan keseronokan. bermain di sana sini. namun, saki baki kenangan itu masih terpalit di ingatan... insyaALLAH...

malam sebelum bermulanya majlis tersebut, kami telah 'bertungkus-lumus' mengemas rumah. tiba-tiba sahaja kami diundang untuk ke khemah kenduri untuk menikmati juadah tengah malam. AIR KOPI. sedapnya masih terasa hingga saat ini (^_^)

Friday, April 13, 2012

Pantasnya masa...

السلام عليكم

Alhamdulillah, Allah masih memberi kesempatan dan ilham untuk menulis pada hari ini. Hm, pejam celik, pejam celik... cepatnya masa bergerak.. cuba kita fikir sejenak.. masa ni berlari atau berjalan? kenapa laju semacam ni?  Jawapannya... tanya diri sendiri. biasanya kalau kita sedang melakukan perkara yang seronok, kita tak sedar pun masa yang berlalu. tapi, bila dengar ceramah, orang berucap kat depan... "Isy, bila nak habis ni?" la, macam tu pun boleh jugak? biasalah, manusia.. macam-macam.. kalau sembahyang jemaah, imam baca surah panjang-panjang, berpuasa, rasa macam masa lambat sangat.. kenapa? Syaitan lah tu. hasut kita supaya tidak bersabar dalam melakukan ibadah.. masa layan facebook, blog, twitter dan yang sewaktu dengannya tak pula rasa lambat.. mula duduk depan komputer pukul 8 pagi... sedar-sedar dah 8 malam.. pernah tak jadi macam tu?? semua tu sebab kita KHUSYUK layan benda-benda tu lah. kalau kita boleh khusyuk dalam ibadah macam tu kan seronok?

Friday, April 6, 2012

Kucing

السلام عليكم



Hulwan Mukhlis menjeling ke arah kucing-kucing di rumahnya itu dengan pandangan yang sinis. Dia rimas dan tidak selesa. Bahkan dia sesekali dia merasakan yang kucing-kucing itu telah mencuri kasih sayang keluarganya. Entah mengapa dia begitu benci akan kucing itu.

"Macam manalah diorang ni boleh hidup dengan kucing. Eii!! Rimasnya aku! Dahla bulu kucing di merata tempat. Argh!" Hulwan Mukhlis mengibas-ngibas seluarnya. Bukan sahaja kucing, sekali dengan bulu kucing pun dia tidak suka.

Hari demi hari berlalu. Kini sudah hampir 3 tahun kucing-kucing itu 'menumpang' di rumahnya.

Sunday, March 25, 2012

ALLAH kata itu yang terbaik

السلام عليكم


Hari ni dah 25 Mac. Nampaknya sudah 4 hari berlalu meninggalkan 'HARI YANG MENDEBARKAN' itu. Alhamdulillah. Kalimat kesyukuran ini perlu diucapkan walau apa jua keputusan yang telah diterima. Redha. Ya, itu yang terbaik. Tapi redha juga tak bermakna kita perlu menerima keputusan itu tanpa sebarang rasa ingin memperbaiki kekurangan di masa lalu. Jangan pula terlalu berputus asa sampaikan kita tidak lagi mengharap daripada ALLAH. Na'uzubillah..

Kita kena ingat, keputusan yang kita terima adalah berdasarkan usaha di masa lalu. ALLAH dah kata itu yang terbaik. 

Sunday, March 18, 2012

Berdebarnya!! Hanya ALLAH yang tahu..

السلام عليكم

Alhamdulillah....
satu per satu perkara yang ditunggu-tunggu sudah berlalu.. dan kini yang masih menghantui minda, fikiran, mahupun apa sahaja yang dilakukan sekarang. Kalau minggu lepas masa kawan-kawan lain sedang hangat menceritakan mimpi mereka (tentang keputusan SPM), aku masih tidak merasa apa-apa.. Namun begitu, semakin dekat aku dengan hari yang dinanti-natikan itu, semakin berdebar-debar rasanya. Namun, segala-galanya telah tercatat di Luh Mahfuz.

Apa sahaja ketentuan ALLAH, harus diterima dengan hati yang redha. Mungkin itu yang TERBAIK buat kita. Memanglah semua orang hendakkan yang terbaik, tapi kadangkala apa yang kita semaikan itu tidak sejajar dengan apa yang kita impikan... Betul atau tidak?? Tepuk dada, tanya selera.. (tanya selera??!)

Friday, March 16, 2012

Formula Pemakanan dalam Islam


السلام عليكم

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. 
Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengketengahkankembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan dalam kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan-penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan.

___________________________________

Thursday, March 15, 2012

Bersama Adik-adik Tahun 6 SK Felda Batu Lapan

السلام عليكم

Alhamdulillah... akhirnya program yang dirancang telah berjalan dengan lancar hasil kerjasama rakan-rakan, guru-guru, adik-adik, para waris dan izin daripada ALLAH. Tanggal 11-12 Mac lalu, sebuah program telah dijalankan kendalian bekas pelajar SK Felda Batu Lapan. Aktiviti ini hanya dijalankan separuh hari sahaja... (8.00am-1.00pm)

Pada mulanya program tersebut hampir-hampir sahaja dibatalkan kerana banyak masalah dan agak rumit untuk dilaksanakan. Namun, ALLAH lebih mengetahui apa yang terbaik. Hasil musyawwarah dengan para guru, akhirnya program ini 'TERPAKSA' dijalankan jua. Namun, kita sentiasa perlu ikhlaskan diri dalam melaksanakan amanah yang dipikul. Terlalu banyak berfikiran negatif mampu mematahkan semangat. Walaupun demikian, berkat dorongan ibu ayah, rakan-rakan seperjuangan dan doa, perkara ini telah menjadi mudah dan mampu berjalan lancar.

Everything will make sense

HARI PERTAMA

Takziah buat adik Nurul Nadirah bt Abdullah

السلام عليكم

baru- baru ini negara kita telah dihangatkan dengan satu berita tentang kehilangan adik Nurul Nadirah bt Abdullah ataupun yang lebih dikenali sebagai Dirang oleh ahli keluarganya. Dipercayai hilang sejak 1 Mac lalu, ketika keluar ke kedai.

Ibu mangsa juga telah menerima satu SMS ugutan berkenaan kehilangan anaknya itu.

 

Nurul Nadirah bt Abdullah

Kehilangannya disedari selepas bapanya pulang bekerja kira-kira jam 2.30 petang.

Mangsa dipercayai dibunuh dahulu sebelum dibakar dan dicampakkan ke ladang kelapa sawit bagi menghilangkan bukti. Rangka manusia rentung yang dijumpai oleh pihak polis SAH milik Dirang.

Innalillah wainna ilaihi raji'uun...

Marilah kita sedekahkan al-Fatihah buat adik Nurul Nadirah bt Abdullah. Semoga rohnya aman di sana. Sesungguhnya ALLAH lebih menyayanginya...

La tahzan