Saturday, December 31, 2011

yVonNe RidLey

seribu ucapan apresiasi diucapkan buat ayahanda kerana menghadiahkan anakanda sebuah buku yang sememangnya telah memberi seribu satu pengetahuan yang sangat berharga.



walaupun kejadian seorang wartawan barat, Yvonne Ridley ditahan pihak Taliban telah lama berlaku tapi setelah ia dibukukan,perkara ini seolah-olah masih segar lagi. Bagaimana layanan yang diterimanya oleh pihak Taliban telah membuka matanya tentang Islam. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi hidayah kepada saudara baru kita.
saya yakin, masih ramai yang tak tahu siapakah dia Yvonne Ridley ini,bukan? Terutama para remaja.


Video temubual bersama Yvonne

jadi, harapan di sini ialah semoga ramai golongan muda terutama remaja kita lebih peka akan perkara-perkara sebegini termasuklah diri saya sendiri. Berdasarkan pembacaan, saya amat marah dengan tindakan Presiden Amerika dan yang seangkatan dengannya. Ramai saudara-saudara se-Islam kita yang dikurung di penjara eg dekat Guantanamo. mereka diseksa,dan macam-macam lagi perkara yang dilakukan ke atas mereka. sedih sangat.




tapi, walaupun dipenjara dan terkurung oleh binatang-binatang ganas, mereka tetap taat sujud kepada yang Maha Esa.





Allahuakbar.. inilah yang baru layak digelar hamba Allah. walau apa jua keadaan,mereka tetap berdoa dan yakin dengan Allah. bagaimana pula dengan kita? kesibukan hal-hal dunia membuatkan kita kadangkala terlupa akan Pencipta kita. Adakah layak kita menggelarkan diri kita ni 'hamba Allah'? Atau 'hamba dunia'? Tatkala dilanda kesusahan,barulah kita menadah tangan kepada Allah meminta-minta. padahal sewaktu diberi kesenangan,kita kadangkala alpa. Tidak malukah kita?  Tepuk dada,tanya iman.

2 comments: