Friday, December 30, 2011

FiLeM yG BesT

baru-baru ni astro citra tayangkan filem The Day After Tomorrow. Walaupun tak sempat tengok keseluruhan, tapi apa yang dapat dikomen ialah nampak sangat orang barat ni suka mengkaji. Ceritanya mengisahkan kesan terhadap bumi kalau berlaku pemanasnan global. Sangat membuka minda. Macam real. 

Tapi, sampai sekarang orang Malaysia takdak lagi buat filem macam tu. Yang selalu kita dengar cuma filem cinta, cinta, dan cinta.... Ada filem-filem yang nak bukak fikiran pun mengisahkan perihal masalah sosial. Tapi, apa yang best? Bagi aku, filem-filem yang ditayangkan melambangkan peribadi orang kita. Nampak sangatlah orang kita cuma nak hasilkan cerita-cerita yang dapat tarik penonton tapi jarang-jarang nak selitkan sesuatu yang lebih bermanfaat. Ialah, kalau ada filem-filem yang fakta pun, penonton pulak tak ramai. Jadi,pulangan tak banyak. Cover filem sekarang dah jadi trend kena letak gambar-gambar yang tayang body. Astaghfirullahal'azim.


 Nak kaut untung punya pasal. Wajarkah? Contohnya filem-filem kat bawah ni. Tupun dah try cari yang habes sopan punya cover. 






satu lagi, filem 3 Idiots dari bollywood. Best jugak walupun ada beberapa part yang sensored sikit. Filem ni mampu memberi motivasi. Mengisahkan tentang3 orang pelajar jurusan engineering. Tapi, 2 orang daripada mereka belajar kerana ibu bapa bukannya minat. Lagi sorang ni betul-betul belajar kerana ilmu. Akhirnya, dek kerana ilmu yang dia ada, dia berjaya.
 walau apapun, semoga produser filem di Malaysia dapat menghasilkan lebih banyak filem-filem yang dapat membuka minda masyarakat kita ke arah yang lebih baik. Bukan sekadar mencari publisiti sahaja. Gunakan kepakaran anda ke arah kebaikan.

No comments:

Post a Comment