Saturday, December 31, 2011

duGaAn-dUgAaN~

assalamualaikum.
tadi pergi kursus nak amik lesen untuk kenderaan... yang nak dikongsikan ialah tentang ujian yang melanda tadi. masa tu nak pergi ambil wudhuk dekat surau tu. tapi kecil ja ruang tempat solat. cuma ada beberapa paip iaitu tempat ambil wudhuk dan satu kawasan bersebelahan solat yang boleh memuatkan kira-kira 4 orang kalau nak solat tapi dalam bilik yang
sama. yang tragisnya ialah bila kepala paip dipulas.. hanya bunyi angin saja yang keluar. airnya mana? aduh. sedihnya. dah siap tadah tangan lagi. baru saja ada beberapa orang yang sudah pun mengambil wudhuk di tempat yang sama. bukan satu, tapi kesemua paip di situ tidak berfungsi pada waktu aku nak guna tu. ada 3. dengan nekad, kaki  aku melangkah keluar dari surau ke arah tandas yang berada kira-kira 7 meter dari surau. kenalah siap-siap balik pasal toilet tu bahagian luar sana. tapi ada sorang ni tengok aku semacam saja. aku malu sangat kena berulang-alik..tapi, memandangkan waktu rehat dah nak habis, terpaksalah jua ambil wuduk kat toilet tu. takut-takut kalau nak tunggu air tu keluar dari paip entah sampai bila nak bertenggek dekat situ. kursus dah nak mula tak lama lagi.


bila dah siap, aku masuk balik kat surau tadi. tiba-tiba ada sorang perempuan yang juga nak nak bersolat. anehnya, dia dah pon ambil wudhuk padahal sewaktu aku nak ke tandas tadi, dia baru nak masuk surau. rupa-rupanya sewaktu aku pergi, paip itu sudahpun berfungsi. sedihnya aku. tapi takpa. aku yakin ada hikmahnya. sebab kalau takdak masalah, aku tentu tak dekat dengan-Nya. aku redha saja. seakan-akan tidak percaya. yang peliknya, paip itu seolah-olah tidak mahu bertoleransi dengan aku. masa aku nak guna saja yang jadi macam tu.

hm... tak apalah. just say 'innalillah'.. semuanya datang daripada Allah.. terima sahaja. jangan mengeluh. aku bukan nak mengeluh, tapi sekadar nak berkongsi pengalaman yang aku anggap unik jugaklah. mungkin perkara ni biasa bagi semua orng tapi bagi aku tidak.

aku yakin mesti ada sebabnya perkara tu terjadi. 

No comments: