Saturday, December 31, 2011

aZam 2012

No comments:
2011 bakal melabuhkan tirainya. macam-macam perkara yang dah berlaku. sama yang dirancang mahupun tidak. azam 2011? entahlah. ada yang tercapai ada yang terkapai-kapai.... sedihnya......




 2012? InsyaAllah akn membuka lembaran baru buat aku. apa azamku?

of course nak jd hamba yg taat
anak yg patuh
kakak yg baek
nak dapatkn IPT yang terbaek!!!
n many more

tulah manusia kan? semuanya nak. kalau nak list rasanya macam tak cukup page ja. walau apapun, aku harap aku tak tersampuk dek kemajuan dunia. macam mana tu? iyalah,kalau dok online 24 jam tanpa buat sesuatu yang bermanfaat, rasanya macam dah jadi penyakit. harap-harap aku tak jadi macam tu. amiin. maaflah kalau ada yang terasa sebab benda ni lazim berlaku. bukan hendak memerli, tapi inilah yang aku ingin elakkan.

duGaAn-dUgAaN~

No comments:
assalamualaikum.
tadi pergi kursus nak amik lesen untuk kenderaan... yang nak dikongsikan ialah tentang ujian yang melanda tadi. masa tu nak pergi ambil wudhuk dekat surau tu. tapi kecil ja ruang tempat solat. cuma ada beberapa paip iaitu tempat ambil wudhuk dan satu kawasan bersebelahan solat yang boleh memuatkan kira-kira 4 orang kalau nak solat tapi dalam bilik yang

yVonNe RidLey

2 comments:
seribu ucapan apresiasi diucapkan buat ayahanda kerana menghadiahkan anakanda sebuah buku yang sememangnya telah memberi seribu satu pengetahuan yang sangat berharga.



walaupun kejadian seorang wartawan barat, Yvonne Ridley ditahan pihak Taliban telah lama berlaku tapi setelah ia dibukukan,perkara ini seolah-olah masih segar lagi. Bagaimana layanan yang diterimanya oleh pihak Taliban telah membuka matanya tentang Islam. Alhamdulillah. syukur ke hadrat Ilahi kerana telah memberi hidayah kepada saudara baru kita.
saya yakin, masih ramai yang tak tahu siapakah dia Yvonne Ridley ini,bukan? Terutama para remaja.


Video temubual bersama Yvonne

jadi, harapan di sini ialah semoga ramai golongan muda terutama remaja kita lebih peka akan perkara-perkara sebegini termasuklah diri saya sendiri. Berdasarkan pembacaan, saya amat marah dengan tindakan Presiden Amerika dan yang seangkatan dengannya. Ramai saudara-saudara se-Islam kita yang dikurung di penjara eg dekat Guantanamo. mereka diseksa,dan macam-macam lagi perkara yang dilakukan ke atas mereka. sedih sangat.




tapi, walaupun dipenjara dan terkurung oleh binatang-binatang ganas, mereka tetap taat sujud kepada yang Maha Esa.





Allahuakbar.. inilah yang baru layak digelar hamba Allah. walau apa jua keadaan,mereka tetap berdoa dan yakin dengan Allah. bagaimana pula dengan kita? kesibukan hal-hal dunia membuatkan kita kadangkala terlupa akan Pencipta kita. Adakah layak kita menggelarkan diri kita ni 'hamba Allah'? Atau 'hamba dunia'? Tatkala dilanda kesusahan,barulah kita menadah tangan kepada Allah meminta-minta. padahal sewaktu diberi kesenangan,kita kadangkala alpa. Tidak malukah kita?  Tepuk dada,tanya iman.

Friday, December 30, 2011

FiLeM yG BesT

No comments:
baru-baru ni astro citra tayangkan filem The Day After Tomorrow. Walaupun tak sempat tengok keseluruhan, tapi apa yang dapat dikomen ialah nampak sangat orang barat ni suka mengkaji. Ceritanya mengisahkan kesan terhadap bumi kalau berlaku pemanasnan global. Sangat membuka minda. Macam real. 

Tapi, sampai sekarang orang Malaysia takdak lagi buat filem macam tu. Yang selalu kita dengar cuma filem cinta, cinta, dan cinta.... Ada filem-filem yang nak bukak fikiran pun mengisahkan perihal masalah sosial. Tapi, apa yang best? Bagi aku, filem-filem yang ditayangkan melambangkan peribadi orang kita. Nampak sangatlah orang kita cuma nak hasilkan cerita-cerita yang dapat tarik penonton tapi jarang-jarang nak selitkan sesuatu yang lebih bermanfaat. Ialah, kalau ada filem-filem yang fakta pun, penonton pulak tak ramai. Jadi,pulangan tak banyak. Cover filem sekarang dah jadi trend kena letak gambar-gambar yang tayang body. Astaghfirullahal'azim.


 Nak kaut untung punya pasal. Wajarkah? Contohnya filem-filem kat bawah ni. Tupun dah try cari yang habes sopan punya cover. 






satu lagi, filem 3 Idiots dari bollywood. Best jugak walupun ada beberapa part yang sensored sikit. Filem ni mampu memberi motivasi. Mengisahkan tentang3 orang pelajar jurusan engineering. Tapi, 2 orang daripada mereka belajar kerana ibu bapa bukannya minat. Lagi sorang ni betul-betul belajar kerana ilmu. Akhirnya, dek kerana ilmu yang dia ada, dia berjaya.
 walau apapun, semoga produser filem di Malaysia dapat menghasilkan lebih banyak filem-filem yang dapat membuka minda masyarakat kita ke arah yang lebih baik. Bukan sekadar mencari publisiti sahaja. Gunakan kepakaran anda ke arah kebaikan.